Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?


Sudah sekian lama aku menunggu saat ini, ye memang tren budak laki suke sangat simpan rambut panjang. Begitu juga aku, akhirnya pada 2009 di IPT barulah aku dapat
Menyimpan rambut panjang yang sebelum ini dikawal oleh ma dan juga pihak disiplin sekolah yang sentiasa memerhatikan kepanjangan rambut ini.

Pad zaman sekolah dulu aku selalu inginkan rambut belan tengah, ala macam yang kumpulan backstreetboys tu he..he.. tetapi pada masa sekolah rendah aku dikawal ketat oleh mak yang sentiasa suruh aku potong rambut nombor tiga.

Bila masuk sekolah menengah, aku cuba untuk simpan rambut panjang dan potong rambut pun tak pendek seperti biasa. Ma begitu marah sambil berkata..”Kerak rambuk po denga tok kerak..” aku pada masa itu buta tak dengar je hik..hik.. tapi padan muka aku kerna aku bersekolah di sekolah agama arab dibawah keloaan Yayasan Islam Kelantan yang diberi nama Maktab Pengajian Isla m (sekarang dan tukar Maahad kat perkataan kat depan ). Dimana pada masa itu telah diadakan spotcheck oleh guru dan pengawas sekolah itu dan aku dipotong rambut dengan mesin hua..hua.. bis rambut gue.

Tapi walaubagaimana pun selepas itu atu masin tidak memotong rambut bernombor 3 tetapi pendek ada style skit he..he.. tetapi niat ingin berambut panjang tu masih ada.

Selepas 3tahun di sekolah menengah, aku mula lupakan impian aku itu siap nak jadi pengawas lagi tu, tak tahu la nape hati tergerak bertanye guru dah buka ke temuduga pengawas dan dalam masa yang sama au beru habis cuti sakit selama seminggu kalo xsilap demam campak (nasib abik tak betul2 dicampakkan).

Alhmdulillah aku diterima menjadi pengawas akan tetapi semakin la susah hendak memotong rambut berstyle hik..hik… memang sepanjang jadi oengawas kerja aku sama orng masa aku kena waktu spotcheck hari tu hu..hu..

Hari berganti hari… masa berputar shinggakan siang dan malam bersilih ganti pada sitiap hari pada 2005 berakhirlah tugasan aku di MPI tu dan 2006 aku menyambung STAM di Maahad darul Anuar, PUlau Melaka (Sekarang sudah jadi Swasta yang diberi nama Akademi Omari). Semasa aku disama rambut aku kembali panjang kerana budak2 STAM di sane anak emas jadim tak kena spotcheck hua..hua..hua..

Selepas habis pengajian disama aku ke IPT yang diberi nama Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Disini aku mula menunjukkan taring, aku sudah bebas! Tepai nape la aku pi masukWataniah, bukan setakat rambut kena pendek tapi jangut dan misai pun kena buang… setahun aku bertahan hinggalah masuk sem 3

Masa ini abrulah aku luma simpan rambut, bukn panjang kebelakang tapi panjang kedepan he..he.. nk buat fesyen belah tengah katakana. Sakarang sem 6 barulah fesyen ni boleh semsuai dengan panjang rambut depan ni… fuh lame bebenor.. skarang bukan setakat rambut je panjang tapi perut pun maju wo… Ha.. jgn nk gelak lak :P

He..he.. aku akan terus melakukan trasnformasi yang berimejkan orang muda dengan dibantu oleh seseorang .


Semalam iaitu 13 Disember 2009 aku bersama abu bakar (S.U PKPIM KUIS) telah Menghadiri Seminar Pengukuhan Pandangan Alam Islam y6ang di sarah kan oleh Syed Naquib Al Attas yang merupakan tokoh pemikiran Islam.

Seminar ini diadakan di Institut Intergriti malaysia (IIM) Jalan Duta bersebelahan dengan Masjid Wilayah KL.

Ramai juga peserta yang hadir ke seminar pemikiran ini termsuklah pelajar-pelajar luar negara yang belajar di Malaysia ini.

Semiar ini dianjurkan oleh Himpunan Keilmuan Muda (HAKIM ) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)

Seminar ini bertujuan untuk menjelaskan pandangan Dunia atau pun sebenar terhadap ISlam seperti adakah orang yang percaya akan Allah itu tidak pernah membuat kemungkaran dan tantang definisi sebenar Al-Quran adakah sama dengan kitab-kitab lain.

Program berakhir pada jam 11 malam dan aku terus bergegas ke kampus kerana mengejar masa untuk asuk ke dalam.

Si Pengambil Kesempatan

Apa yang boleh aku buat, mungkin ini ada dunia, bila ada kelebihan semua ingin rapat dan jika tiada keintimewaan mungkin tidak dihiraukan.

Begitulah persoalan yang bermain di fikiranku dimana aku dengan sedikit kelebihan dalam IT dan sedikit lurus, mudah makan pujukan. Aku memang jenis macam ini, jika aku seorang otak meniaga, nescaya kayalah aku, akan tetapi sebailiknya yang aku hadapi, mungkin aku dah terbiasa dengan insfaq diri semasa didalam badan kesukarelwan dahulu kot.

Tetapi pada mulanya aku abaikan persoalan ini kerana tidak mahu berkira dengan teman-teman lagipun jika niat ikhlas, Insya'Allah dapat pahala.

Akan tetapi lain pula jadinya kerana aku memerhatikan orang yang selalu dekati aku hanyalah untuk menggunakan kebolehan aku dan keringanan tulangku.

Aku mula sedar akan perkara ini, kerana aku ingtkan bila aku membantu mereka, pastu aku juga akan dibantu mereka-mereka tadi jika aku memerlukan mereka. Tetapi mereka hanya baik dan bercakap bila inginkan kebolehan aku dan mesra pada waktu itu. mereka itu budak serumah aku yang kononnya ditarbiah.

Aku masih ingat pada masa aku tiada motor dahulu, pada waktu pagi semasa hendak kekelas, seorang pun tidak bertayakan akan aku pergi ke kelas dengan apa. Aku yakin ada diantara mereka tiada penumpang dan boleh je kalo nak tumpang kan aku.

Aku merasakan tertekan sangat dengan keadaan itu kerana susah untuk berulang alik dari rumah luar ke kampus. selalunya aku menaiki kerata prebet sapu dengan harga RM1 dan kadang-kadang aku berjalan kaki selama 20minit. Keadaan ini memaksa aku berbincang dengan ibu di kampung.

Biarpun hati ini berat untuk melontarkan hasrat, tetapi persoalan aku kemukaman kepada ibu dimana pada setiap hari aku mesti akan mengelurakan RM1 untuk kereta perebet sapu kerana sudah tidak larat untuk berjalan. Ibu memahami kedaan itu dan suruh aku mencari motor yang murah-murah. Alhamdulillah aku dapat motor itu.

Begitulah aku, ramai lagi kawan-kawan yang yang aku merasakan dilayan sebegini tetapi itula.. "cdia" sudah bayak berpesan kepada aku, berhati-hati dengan orang. Wajah dan muka boleh dilihat tetapi hati siapa tahu.

Aku meminta maaf jika ada sedikit perubahan terhadap diri ini kepada mereka yang merasai perubahan ini harap anda boleh merima.

Apa yang boelh aku pesankan, setiap manusia ada hati, ada maruah dan air muka, tidak kira siapa mereka itu, pemimpin ataupun fakir, kanak-kanak atau pun orang tua. Ingtalha ukhuwwah bukan hanya orang yang satu kepada ...ape da istilah mereka satu FIKRAH ? (konon)

Hormatilah mereka biarpun berlainan ideologi, selagi mereka tidak menzahirkan penafian akan Islam serta ajaran, selagi itu mereka itu adalah Saudara SeIslam...

Sejak petang kelmarin, Blogspot dan Youtube tak boleh di layar, aku tidak pasti kenapa, adakah sudah di sekat kerana sekarang isu KUIS dimana ia di cetuskan oleh beberapa golongan yang tidak berfikiran matang untuk membuat apa-apa tindakan atau yang di gelar GMS (Gerakan Mahasiswa Sesat).

Jika benar kerana perkara itu, ia akan terkesan kepada blogger KUIS yang lain yang ingin berkongsi pandangan dan ilmu yang tidak bersangkut paut dengan isu dalaman KUIS ini.

Saya yang juga Admin kepada gabungan Blogger KUIS ( KUIS BLOGGER GROUP) merasakan tidak ptut untuk menyekat media baru ini kerana:

1. Blog merupakan peluang untuk mereka dalam celik IT

2. Blog hanyalah pendangan peribadi dan jika ia di sekat nampak sangat mereka yang menyekat "access" ini tidak berfikiran terbuka.

3. Akan membantutkan lagi aktiviti mahasiswa darisegi penonjolan dalam alam maya, kerana kebanyakan persatuan di KUIS telah mempunyai blog persatuannya.

Saya membuka perbincangan dengan pihak terbabit tentang isu ini, adakah patut ia di sekat atau sebaliknya. Jika ia disekat secara membabi-buta maka mereka lebih kurang dengan golongan yang menuntut perkara yang tidak sepatutnya tula. sssssssassame je.. :P

Tetapi harapan saya agar laman blog dapat di layar kembali apabila sekembalinya mahasiswa selepas cuti aidiladha dan midsem nanti. Kalo nak sekat Youtube je, sekat lah kertana benda tui memang memerlukan iman yang kukuh dan amanah yang berkualiti apabila melayarinya.

Apa-apa boleh hubungi saya

Mohd Syahiran Bin Muhammad
DIp.Usuluddin Sem 6
013-200 80 63

Baru-baru ini iaitu pada 14 November 2009 aku pelawa untuk menjadi fesilitaor dalam program SMART Solat anjuran Persatuan Mahasiswa Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Program ini diadakan di surau muhajirin, Bukit Mahkota, Bangi yang memberi sasaran kepada adik-adik diperigkat rendah dengan kehadiran seramai lebih kurang 30 orang.

Bemula 8.00pagi sehingga 6.30 petang, peserta kem ini di ajar untuk mengenal, memahami serta memantapkan solat sebagai tunggak kepada agam Islam serta penganutnya.

Program dimulakan dengan Ceramah tentang kepentingan solat yang disampikan oleh teman aku, iaitu saudara Farhan (Pa'an) yang juga selaku pengarah program.

Seterusnya peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan kepada fesi yang ada dan juga mengikut jantina.

Aku memegang 2 orang peserta untuk mengajar cara-cara solat dan menghafal bacaan dalam solat yang wajib dibaca.

Biar pun bagi aku agak sukar untuk mengajar mereka ini dalam memahami lepentingan solat, tetapi telah menjadi tanggugjawab kita sebagai orang ISlam yang akan terus berpesan-pesan kepada kebenaran dan juga kesabaran.

Apabila aku teringat akan keadaan anak muda sekarang yang sengaja meninggalkan solat malah ada yang tidak pernah bersolat, lalu jiwa ini menjadi semangat untuk mendidik peserta ini selama dalam program ini untuk memahami solat.

Majlis penutupan disampaikan oleh Ketua Jabatan Usuluddin, KUIS, iaitu Ust. Abu Zaki B. Ismail bersama-sama imam surau dan juga pengarah program.

Begitulah pendirian aku terhadap beberapa konflik didalam dunia kemahasiswaan dimana banyak sekali paltform-platform pelajar yang memperjuangakn bangsa dan agama di kampus meakili ngo-ngo dan parti politik.

Semestinya ada perbezaan pada setiap kumpulan itu pada mana-mana perkara dan yang pastii ada juga perkara-perkara yang boleh disepakati. Aku tidak bimbang kepada pimpinan tertinggi kerana mereka sudah menampakkan persepakatan dalam melaksanakan tugas masing-masing yang saling lengkap-melangkapi.

Permasalahan sekarang ialah golongang yang berada di peringkat akar umbi di kampus-kampus yang masih ingin menunjukkan belang masing-masing. Kekadang aku tertanya-tanya mengapa mereka sebeginirupa sedangkan sama-sama memperjuangakan Islam dan bangsa yang sama?

Aku mengambil langkah mengetepikan soal ini kerana berpandangan mereka ini masih berdarah muda yang inginkan cabaran dan perlumbaan. Yang pentingnya pimpinan di peringkat pucuk sudah faham akan tugas masing-masing.

Di kampus aku juga mengemudikan sebuah paltform mahasiswa yang juga mawakili ngo pelajar Islam di peringkat kebangsaan. Aku lebih suka mengambil pendekatan meneruskan kerja daripada memperdebatkan masalah fahaman dengan kumpulan lain dan terus terang aku nyatakan perkara ini bukan serius untuk diambil perhatian kerana berkaitan dengan isu semangat semata-mata faham-faham lah orang-orang muda ini.

Mengapa aku berpendangan sedemikian, kerana ramai teman-teman yang semasa bergalar mahasiswa melaung-laungkan semangat perjuangan dan ada juga yang membenci kerajaan akan tetapi apabila sudah berada dialam kerjaya, suara ini sunyi kerana bekerja dengan kerajaan dan tidak dinafikan ada yang masih bergiat sehingga sekarang didalam platformm iduknya.

Kepelbagaian platform yang memperjuangan kan Islam dalam negara bukan bermaksud mewujudkan kabilah(kumpulan) atau mazhab tetapi mereka ini masih dalam ahli sunnah wal jamaah yang menjalankan kerja-kerja dakwah mengikut mendekatan masing-masing, ada yang “exstreme” ada juga yang menggukan kaedah berlembut malah ada juga yang menggukan mendekatan hiburn bagi menarik kaum muda.

Kesemua pndekatan-pendekatan itu tidak salah selagi tidak berlawanan dengan Al-Quran,Assunnah, Kesepakatan Ulamak dan dan situasi setempat. Yang paling pentingnya niat ikhlas kerana mengikuti perintah Allah SWT.

Salam Perjuangan...

Alhamdulilah dengan izin Allah, Aku telah selamat sampai ke rumah sewa di Bandar Seri Putra, Bangi,pada jam 5.05pagi tadi di terminal bas Putra, KL dan bertolak dari setesen bas Langgar,Kota Bharu pada jam 9.30pagi dan ini memberi makna bahawa cuti semester ku semenjak Aidilfitri lalu sudah berakhir.

Sebenarnya aku pulang ini dengan keadaan tidak bersedia kerana menyangka 19haribulan itu jatuh pada hari selasa, tetapi sangkaan ku meleset apabila pada waktu pagi isnin "Mama" menanyakan bila hendak ambil duit perbelanjaan, pada masa itu aku kata"sempat lagi..kan balik esok?" mama pun dengan muka terkejut mengatakan"weh bas male ni la! kato nok balik 19haribulan!!" aku pun dengan keadaan terkejut terus "check" tarikh dalam telefon dan memang benar hari ini lah aku kene balik ke kampus he..he..

Dengan keadaan yang tak tahu nak buat ape aku macam biasa ke pejabat ABIM Kelantan dan selepas itu pada hari terakhir di KB ni aku hendak bersarapan dengan roti canai "Cotek" salah satu makanan kegemaranku.

Dalam perjalanan ke kesana, aku terserempak dengan Ust Faisal YDP ABIM dan memberi tahu beliau aku akan pulang pada malam ini dan beliau kata insya'allah kita jumpa sebelum balik nanti.

Selepas menikmati sarapan, satu sms dari ust. Nasaruddin menanyakan bila balik sana? aku mengatakan malam ini, beliau pun terkejut dan ingin meminta aku buatkan blog untuk YB Takiyuddin ADUN Bunut Payong. Aku mengatakan tak pe kita jumpa tengah hari nanti.

Samapai di pejabat, aku ke kedai percetakan Triple 3 ditingkat bawah pejabat untuk menganbil kad nama Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) aku.

Pada waktu itu juga Kak Su menanyakan bila balik, aku katakan malam ini, die pun kata lor.. meh tolong kak su instal YM dengan Winamp.

Bila aku naik ke pejabat di tingkat 3, aku terus membuka laptop dan ke bilik Kak pah. Kak pah mengajak makan, aku menerima pelawaan itu kerana kami (aku, kak pah, kak su dan kak nadrah) selalu bersarapan dan lunch bersama.

Aku menagataka akan balik malam ini, beliau terkejut, sambil aku bagi kad nama aku tadi.

Selepas itua aku menunggu kedatangan Abe afze, kerana ingin mengambil kunci asrama yang dipengang olehnya untuk menyerahkan kembali ke ust Wan Zainuddin. Aku menelefonnya dan aku mengatakan akan balik malam ini, die terkejut dan akan sampai pada tengah hari nanti.

Pada sebelah tengah hari aku ke tempat Ust Nasaruddin tadi di Pejabat Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu untuk membantu beliau tadi. dan aku telah menyiapkan 50% dan akan disiapkan dalam waktu terdekat nanti.

Selepas itu aku kembali ke pejabat ABIM...

Beginilah keadaan aku sepanjang cuti semester, aku lebih suka berada di posisi kemasyarakatan daripada mencari kerja.

Disini aku ingin menguacapkan jutaan terima kasih kepada ust Faisal YDP ABIM kelantan kerana banyak memberi semangat dan panduan dalam aku membantuk diri ini dan juga dalam membina kembali PPIK ini.

kepada Kak Pah dan Kak Nadrah , terima kasih juga kerana sudi menjadi teman bicara dan juga seoarang kakak semasa di pejabat dan dalalam apa-apa aktiviti ABIM.

Kepada Abe Afzan, terima kasih kerana sudi melayan karenah aku ini walaupun karenah mu boleh tahan juga he..he.. dan juga banyak membantu dalam apa jua keadaan.

Kini aku di perantau kembali dan aku akan terus berperanan disini sebagai mana dipelajari sepanjang berada di ABIM Kelantan waktu cuti baru-baru ini dan Insya'Allah kita akan berjumpa lagi pada hari raya Aidil Adha rase cuti dua minggu lak he..he..

ok..salam perjuangan dan kasih sayang


Alhamdulillah akhirnya terijab kabul juga kedua mempelai ini dan pada hari raya keenam beliau menjemput aku kerumahnya. Beliau yang dimaksudkan Aisy Anawari yang baru sahaja bergelar pengantin baru atau raja sehari dan ape-ape lagi lah gelaran.

Aisy ni sahabat seperjuangan dalam Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) dan banyak membantu dalam menjaga tarbiah adik-adik di Pusat Asasi UIA Petaling Jaya.
Orang nya hebat kerana berjaya menjadi seorang "engineer" lepasan UIA.

Pada hari raya keenam aku bersama seorang lagi teman PPIK iaitu saudara Zul Amin mengunjunginya disebelah petangnya. Kebetulan masa sampai tu ingtakan beliau yang menyambut tetamu, tetapi duk bergambar dalam bilik ceh.. he..he.. nasib baik lah bertemu dengan Abg Asyraf Wajdi yang merupakan mantan Presiden PKPIM yang juga abg iparnya... fuh hebat..

lepas makan-makan dan berbual-bual dengan abg asyraf, barulah aku ke dalam rumah dan sengaja menganggunya, dengan ucapan tanhiah serta doa kami pun bergambar sebagaimana gambar diatas he..he..

Aku doa kan mereka berdua berbahagia buat selamanya-lamanya dan dipermudahkan segala urusan...Amin....

*klik untuk imej yang lebih jelas

Alhamdulillah pada tahun ini aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati Aidilfitri bersama-sama keluarga. Kerana pada tahun ini lengkap dengan adik beradik, bersama pasangan masing-masing ditambah pula bonus iaitu anak buah . Orang yang paling gembira tak lain ialah ma dan ayah.

Aku bertolak pulang berhari raya malam dua hari sebelum raya dan tiba di Kelantan pada pagi pukul 8 bermakna aku masih ada 1hari sebelum raya. Nasib baik persiapan aku tidak begitu banyak. Dari segi pakaian sudah ada cuma perlu gosokkan je.

Tahun ini aku memakai pakaian biasa yang aku pakai pada raya dua tahun lepas iaitu jubah hijau gelap bersama lilitan serban warna putih yang aku beli di masjid India K.L he..he.. Tetapi iitu tak bermakna aku tidak ada baju raya baru, kerana aku ckup berterima kasih kepada ma kerana saban tahun, beliau selalu belikan baju baru biarpun aku kata "baju tahun lepas kan ada lagi..?"

Tahun ini aku memakai baju melayu warna kelabu yang butang ditengah bersama sedikit line keemasan di tepi kiri dan kanan dada ku.

Seperi biasa aku solat Aidilfitri di Masjid Mukim Paya Rambai dalam kampung Paya Rambai dengan kenderaan pasangan kepada kakak-kakak ku (kesunyian plak rase masih single) kerata suami kepada kakak ku yang sulong jensi Honda Accord warna putih dan kakak ku yang kedua GEN-2 pun warna putih.

he..he.. tahun ini la merupakan aidilfitri transformasi kepada aidilfitri tahuan lepas kerana transisi zaman budak-budak kepada zaman dewasa. dulu kami selalu berbonceng ke masjid masa iu semua masih single, sekarang zaman dah berubah. enjoy ma tahun ni leh rasa kerana menantu die he..he.. ayah sudah awal kemasjid dengan motor honda 50 nya. maklumlah tok bilal he..he..

Tahun ini juga aku tidak berseorang di tempat saff solat kerana melayan karenah anak sedare yang sulong, baru aku tahu tak leh duk diam gak budak ni, dah la menjerit masa orang tengah solat, tak macam pakcik die dulu-dulu, sopan santun he..he..

Selepas solat seperti biasa rumah mula-mula sekali yang akan dikunjungi ialah rumah tok sedare depan dengan lorong nak masuk rumah aku. disitulah sanak saudara yang jauh-juah sebelah ayah berkumpul.

Selepas itu alang-alang ade kereta ma pun mengambil peluang tok berkunjung ke rumah sepupunya yang dah lame tok gi. memang diorang terkejut sebab sebelum ni tak kenal pun anak-anak ma ni he..he.. kena lok ado hok hesem sorang yang tungal laki ni..betoi tak tipu he..he..

Pada keesokan harinya aku bersama keluarga sebelah ma ke perkuburan moyang dan pak sedare yang sulong di perkuburan banggol. Memang menimbau memori lama lah kerana masa kecik-kecik dulu aku diasuh oleh moyang perempuan sewaktu ma dan ayah pergi bekerja, masa tu moyang lelaki dan meninggal.

Selepas tu ke rumah sepupu pak sedare sulong wah mereka pun tak kurang hebatnya.. bukan pe semua dah kawin siap ada anak lagi he..he.. eh... silap sorang lum kawin lagi yang sulong lak tu he..he.. takpe laki..

Pada sebelah petangnya aku ke rumah Ustaz Zahidin "Abah" aktivis ABIM dan WADAH Kelantan. Disana aku bertemu teman-teman dalam ABIm Kelantan, adik-adik Briged Bakti dan ABIM Besut.

Hari ketiga aku kerumah sepupu kawin tapi nenek lain atok same he..he.. walau pun ak kenal tapi time bergambar dengan pengantin aku la yang dulu nak masuk :)

hari keempat ramai orang yang buat rumah terbuka, rumah mak sedara pastu pak sedara sebelah ma dan ayah. lepas tu kerumah ustaz faisal YDP ABIM Kelantan bersama adik-adik PPIK "Cawangan Kampus UIA Gombak."

hari raya kelima kenduri kawin lagi di rumah kawan... yelah die takm pe la dah dah habis belajar, dah ada kerja lak tu, engineer lak tu he..he.. aku ni.... "in waiting".

sebelah petang lak aku kerumah ustaz Nasaruddin Naib Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, beliau ni banyak membimbing semasa dalam pengawas dan badan dakwah di sekolah menengah dahulu.


Cuti Semester Selama Sebulan

Begitulah seterusnya... selepas eminggu beraya aku menunggu pejabat ABIM Kelantan ni habis cuti selama seminggu.

Aku bercuti selama sebulan sempena cuti semester dan sebagaimana sebelum-sebelum ini aku menang akan menjadi sukarelawan di pejabat ABIM Kelantan dan juga menjalankan tugas sebagai SU PPIK ditempat yang sama untuk membantu pihak ABIM dan menyelesaikan apa-apa yang berkaitan dengan PPIK.

begitulah aktiviti aku sepanjang cuti dan raye.... he..he..


Esok (15 Sept 2009) merupakan kertas peperiksaan penamat bagi semester 5 ini, namun aku punyai pelbagai halangan dan cobaan dalam mencapai kepada hari ujian itu.


Sudah seminggu aku diuji dengan penyakit, dimana pada kertas ujian sebelum ini, aku mengidap selsema dan dengan segera aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan, bimbang akan keadaan sekarang dengan kes H1N1 yang masih belum pulih, Waiiyazubillah... Alhamdulillah aku sembuh jua biarpun sedikit gangguan semasa menjawab soalan didalam dewan.

Selepas itu sebelum menduduki kertas ujian sebelum ini, kepala ku diserang kesakitan yang amat dengan denyutan yang mendadak, aku tidak dapat menumpukan akan hafalan tetapi dengan semangat untuk lulus ujian , aku tekat keluar membeli ubat penadol (actifast) pada pagi tersebut seleas jagar dari tidur seleas subuh. Aku terpaksa membuka puasa awal untuk menelan 2 biji ubat itu. Alamdulillah ia dapat dikawal tetapi pada pagi itu aku tidak dapat hendak mengulang hafalan sedangkan ujian disebelah petang nya.

Esok merupakan subjek ujian terakhir bagi bidang aku dan tiga hari selepas itu tarikh kepulangan aku ke halaman, namun perjalannya juga tidak mudah kerna aku demam tiba-tiba, biarpun pada malam itu badan ku sudah merasa ketidaksenangan. Pada pagi keesokan harinya aku ke masjid kampus untuk mengulang hafalan tetapi agak terganggu dan aku terpaksa ke klinik sekali lagi untuk pemeriksaan. Apa yang doktor bagitau, aku memang mendapat demam tetapi diperingkat ringan dan dia memberi sedikit ubat demam, pening dan batuk.

Aku tidak mengetahui apa yang akan terjadi besoknya, insya' allah aku dapat menghabiskan hafalan dan boleh manjawab ujian dengan tenteram. Aku juga berterima kasih kepada "cdia" kerana terus memberi semangat kepada ku dan mengambil berat. AKu tidak memberi khabar kesihatan ku kepada ibinda di kempung kerna biarlah bonda menjalankan kehidupan seperti biasa insya'allah aku selamat sampai dikampung... SELAMATA HARI RAYADARI KU..

LAWAN TETAP LAWAN !!!!



Perjalan ini sudah aku duga dan aku bersedia menghadapinya kerna ia dalah fitrah kehidupan. Ujian datang dalam pelbagai rupa tidak kira dari segi kenikmatan atau keazaban dan ada juga kadang-kadang ia merupakan balasan atas kesilapanku sepanjang perjalanan ini. Aku sentiasa mensyukurinya kerana ia membawa 1001 hikmah kepada iman ini.

Aku sedar dibahu ini terpukul segunung amanah dan harapan daripada mereka yang memberi kepercayaan kepada diriku dan aku meminta maaf jika ia tidak dapat di langsai kesemuanya yang mungkin bertambung dengan ujian kehidupan.

Akan tetapi aku tidak pernah berundur walaupun seinci kerana LAWAN TETAP LAWAN! adalah pendirianku. Aku tidak menghiraukan suara-suara belakang walau aku tahu ia mungkin kesilapan aku kerana aku bergerak sekadar kemampuan individuku.

Aku mengistiharkan aku masih berdiri teguh dan tiada istilah jatuh dalam perjuanganku kerana aku telah melihat bagaimana mereka-mereka yang pernah "futur" ditengah jalan. Apa yang pasti aku berbuat sedaya upaya aku kerana aku sedang menuju kesuatu masa yang akan memberi sepenuh kekuatanan dan aku akan GEMPUR!!! GEMPUR!!! GEMPUR!!!

Kamu nak melangkah keluar, silakan, anda hendak kebelakang aku tak kisah, MATA engkau ktan serong terhadapku, pedulik peh.. terget aku ialah mereka yang komited kepada perjuangan bukan yang memilih tempat.

Prinsip perjuangan ku adalah rendah diri, aku tidak merasakan hebat dalam kalangan yang hebat. Aku tidak perah mengejar darjat jika ia tidak memerlukan, aku hanyalah seorang yang ingin belajar dan melengkapkan diri. Mungkin diri ku sedikit keras dan panas, tetapi ia tidak menjadi halangan kerana Saidina Omar lebih keras dan garang sehinggakan SYAITAN takun dengannya.

Ingta lah sahabat, perjuangan dalam gerakan Islam memerlukan ke ikhlasan, komited, ilmu dan amal. Jika mereka tidak mahu... tinggalkan aje, jika mereka banyak songeh lantaklah! aku tidak mengira anda siapa, bekas ape pun yang penting adalah komited yang tidak punya banyak alasan!

Dan Ingatlah... aku akan disini untuk selamanya dan tidak akan terdetik dijiwa untuk memaling kan muka. lisan perkataan tidak akan mengubah pendirianku.. percayalah dihadapan ada peluang menanti untuk .....GEMPURRR!!!! salam perjuangan........

Alhamdulillah, pada hari ini (1 Sept 2009) aku diizinkan oleh Allah SWT untuk menduduki peperiksaan selepas mengharungi halangan-halang dimana jika aku tidak berusaha maka aku akan disekat untuk memasuki dewan.

Bagi aku ujian ada semester ini adalah yang paling bermakna dan memberi beberapa hikmah. Ia juga perhitungan aku untuk meneruskan pengajian pada semester hadapan

Pada semester ini aku mengambil 5 subjek saja berbanding yang lepas iaitu 8 subjek. dan jadual peperiksaan pun banyak dijarakkan dankekosongan dan ia membolehkan aku mengulangkaji dalamtempoh yang panjang.

Kertas terakhir aku pada 15 sept 2009, dan selepas itu aku akan bercuti raya selamase bulan hingg a 20 Oktober 2009 (sebulan bermula raya). aku dengan izin Allah akan berangkat pulang dengan bas express pada 18 september 2009 jam 8.30malam.....

Pada 9 Ogos 2009 berkahirnya Majlis Himpuna Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ke 48 (MPAT-48 PKPIM) dimana ia telah berlangsung di Wisma Belia, Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra.

MPAT ke-48 ini dibuat bersama-sama Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaran pada 7 dan 8 ogos yang dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.


MPAT-48 ini merupakan himpunan tahunan gabuangan PKPIM dari kampus-kampus dan juga negeri bagi membincangkan penambahbaikan perjalanan gerak kerja sepanjang setahun berlalu dan juga tempat untuk memilih pimpinan.

Pihak PPIK telah menghangtar 2 orang perwakilan iaitu Saudara Syahiran (setiausaha Agung) dan juga Saudari Khairiah dari KUIS dan juga 2 orang pemerhati iaitu Saudara Faizal dari KLMU dan Saudari Syazwani dari Kolej Shah Putra.

Pada tahun ini merupakan tahun pemipucuk pimpinan baru dimana Saudara Faisal Abdul Aziz telah diamanah kan untuk meneruskan tampok pimpinan sebagai Presiden 09/10 dan nama lain seperti timbalan Presiden iaitu saudara Akmal, Naib presiden kebangsaan Saudara Hanif, Naib Presiden Antarabangsa Saudara Abu Qasim, Naib Presiden Hal Ehwal Siswi (HEWI) Saudari Akmar, Setiausaha Sudara Khairul Anuar Musa,bendahari saudari Syafawati dan beberapa barisan exco yang belum nyatakan lagi.

Pada malam sebelum hari terakhir, telah diadakan malam tautan anak negeri dimana setiap anak negeri tidak kira dari kampus atau dari badan gabungan lain dikehendaki menyertai negeri masing-masing dibawah badan gabungan negeri PKPIM.

PPIK telah berjaya mengumpulkan anak negeri dari kampus lain dan di kendalikan oleh saudara Syahiran selaku Setiausaha Agung PPIK pusat dan juga perhubungan kampus.

Disini pihak PPIK mengucapkan tahniah kepada pimpinan baru PKPIM kerana dipilih oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan suara pelajar dan Islam khasnya.

Perasmian dan Ucaptama Oleh YB Saifuddin

Antara Pembantang dalam Kongres Pelajar

Muktamirin dan Muktamirat

Barisan Pimpinan PKPIM 08/09

Menyanyikan Lagu Negaraku, Asma'Ul Husna dan Lagu Hidup Biar Berjasa (PKPIM)

Saudara Ku Nazri (Speaker)

Pembubaran Pimpinan

Gimik Perlantikan Presiden Baru Oleh Mantan Presiden Saudara Hilmi Ramli

Ucapan penangguhan oleh Mantan Presiden

Ucapan Penangguhan Oleh Presiden Baru

Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri

Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri
Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri

Bergambar kenangkenangan ahli PPIK


Sukur Alhamdulillah pada 8ogos telah berlangsungnya perkahwinan mantan Timbalan Presiden PKPIM Saudara Abdul Muntaqim atau Abg Naim dirumah permaisuri pilihannya di Rawang.

Aku bersama saudara Fahkrul presiden APIS dan beberapa rakannya ke rumah abg naim selepas seminar kongress pelajar yang kebetualan diadakan pada 7,8,9 ogos 2009.

Ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Abg naim dan akhirnya aku dapat juga melihat siapa isterinya yang sebelum ini aku selalu mendesaknya suruh kawin he..he..

Semoga rumah dan tangga anda di rahmati Allah dan bahagia berkekalan hingga keakhirnya...


Pada 31 Julai 2009 aku di lantik oleh ABIM Negeri untuk menjadi perwakilan dalam himpunan tahunan atau Muktamar Sanawi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Aku bersama deligasi dari ngeri iaitu YDP Ust Faisal, TYDP Abg Khairul Anuar Ibrahim, SU Alami, PSU Abg Afzan TYDP ABIM Kota Bharu Abg Abdullah Nawi, Ust Che soh dan Ust Che Wei dari ABIM Pengkalan Chepa, serta beberapa orang exco negeri iaitu Ust. Amin, Kak Syikin, Kak Suhaida dan termasuk aku. Mana kala pemerhati saudara SaifulIslam, Saudari Syazwani (PPIK), Saudari Shahida (PPIK) dan Zul Amin (PPIK)

Aku bertolak pada petang jumaat kerana terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan kerana pada hari itu masih ada kelas dan ada beberapa temu janji.

Setibanya di KL Sentral aku bertemu beberapa sahabat dari pimpinan PKPIM yang baru sahaja ditemu-ramah oleh pihak Malaysiakini termasuk abg afzan dan saudara Zulamin yang kebetulan menginap di sekretariat PKPIM.

Selain itu disana juga ada ABIM dari sabah yag baru tiba dan beberapa kakak yang turut ingin ke sana.

Aku bergerak bersama-sama mereka kecuali pimpinan PKPIM tadi, Abg .Afzan dan ZulAmin kerana mereka ada urusan lain yang perlu diselesaikan.

Aku dan kawan-kawan yang lain selamat tiba di masjid Sultan Alam Shah untuk makan malam dan pada masa yang sama sedang berlansungnya diskusi.

Selepas habis program pertama aku terus ke tempat menginap di Sekolah Menengah Tg. Ampuan Jumaah. Pada masa aku sampai, rombangan dari ABIM kelantan masih belum sampai kerana ada masalah.

Aku megucapkan tahniah kepada pimpina baru serta presiden baru Ust. Razak Idris yang juga orang Kelantan (Wakaf Baru) dimana beliau sebelum ini merupakan pensyarah Usuluddin di UKM dan pada bulan oktobor nanti akan menghabiskan pengiannya di peringkat PhD di Malbornd.

Berikut adalah barisan pimpinan ABIM Pusat 09/10 :

Naib Presiden Kebangsaan : Ahmad Saparuddin Yusup

Naib Presiden Antarabangsa : Khairul Faiz Morat

Naib Presiden HELWA : Fadhlina Siddiq

Setiausaha Agung: Muhd Raimi Abd Rahim

Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin

Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel

Ketua Biro Dakwah: Naim Mohd Noor

Ketua Biro Penerangan: Mohd Hilmi Ramli

Ketua Biro Pembangunan Sosial: Akmal Hisham Abdul Rahim

Ketua Biro Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah

Ketua Biro Penataran: Abdul Razak Aripin

Ketua Biro Pendidikan: Dr Haslinda Abdullah

Ketua Biro Ikhtisas: Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan): Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim

Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan): Noryzal Zainal Abidin

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Perhubungan Antarabangsa) : Jufitri Joha

Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (IT dan Perhubungan): Adli Abdul Wahid



Deligasi ABIM Kelantan

Bergambar bersama barisan pimpinan baru pusat


Angkat Sumpah sebagai pimpinan baru


Ucapan penagguhan oleh mantan presiden Abg Yusri

KUIS Bercuti H1N1

Pada suatu petang dimana setiap hari rabu, kelas aku hanya ada 2 sahaja iaitu pada waktu pagi jam830 dan pada sebelah petang iaitu jam 4. Tetapi pada hari itu kelas pagi dibatalkan dan aku hanya ke KUIS pada jam 2.30petang kerana hendak bertemu dengan Ustaz tentang perbentangan.

Selepas itu aku ke Kajang untuk membeli tiket balik raya dan alhamdulillah ada yang kosong iaitu pada 18 september 2009 dan aku mebali ke KUIS untuk mesuk kelas disebelah petang. Sebelun itu aku makan tengah hari sebelum masuk kelas.

Apabila selesai makan aku terus bergegas tempat motor aku untuk ke kelas tetapi tiba-tiba aku tengok pehal lak ramai pelajar berduyun-duyun ke Pusat Konvensyen KUIS (PKK) aku blur seketika sambil memerhatikan keadaan.

Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan aku bertanya dengan mereka yang lalu-layang mereka cakap semua pelajar kena pi taklimat H1N1. Masa itu terdetik dalam hati" hmm.. die mai dah...". sebelum ini KUIS bising dengan Denggi je kerana Bandar Sri Putra merupakan kawasan tertinggi Denggi.

Lalu aku sertai dalam himpunan itu dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Timbalan Rektor HEP Ust Khairi. Beliau mengistiharkan bahawa pada jam 5petang pada 4Ogos (hari ini) sehingga 10Ogos, premis KUIS akan ditutup atas dasar ramai pelajar-pelajar yang mengidap demam dan diarahkan oleh kementerian kesihatan Malaysia untuk tutup.

Dalam fikiran aku ada kebaikan dan ada keburukan, yang baiknya aku boleh siapakan slide perbentangan dan juga ujian subjek Firaq yang pada asalnya pada 10 ogos, aku juga boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan aku dalam Muktamar PKPIM pada hujung minggu ini.

tetapi keburukkannya banyak silibus pelajaran akan tertunggak mungkin buka nanti akan banyak kelas ganti pada waktu siang dan malam.

Pada malam itu ini aku bercadang untuk ke Gombak untuk membuat persiapan muktamar PKPIM.

Syukur alhamdulillah dengan kuasa Allah laptop aku kembali boleh digunakan walaupun skrin masih lagi tak dibaiki lagi. Ingat lagi semasa mula-mula aku adapat tahu laptop aku rosak, pada masa itu aku merasa "blur" tak tahu nak buat ape dengan duit yang tidak mencukupi aku hanya mendiamkan diri.

Mujurlah aku dapan meminjam dengan kawan di UKM, dapatlah aku menyelesaikan beberapa perkara seperti asignment, tempahan design dan juga kerja-kerja muktamar MPAT PKPIM.

Pada suatu hari, tak tahu mengapa aku merasakan untuk menekan butang memasang laptop, lalu aku menekannya dengan dipasang kepada monitor dan disusun rapi wayarnya, tiba-tiba monitor bernyala dan mengeluarkan gambar ACER.. wah.., terperanjatnye aku.. dan boleh bukak..

Aku menunggu sehingga hadis Loading, dan selepas itu aku semak segala fail penting yang ada dalam nya, wah.. masih ada.... asimen aku.....projek aku......

tetapi aku kembali blur kerana... kenapa laptop ni mati secara tiba-tiba dan hidup secara tiba-tiba? aku mengatakan mungkin ia ujian bagi aku, lalu aku biarkan persoalan itu berlalu.....

Labtop Aku Rusok..

Hari ni aku nk ngare kok versi klate, aku loni po nga ile sbloh kaki... hola gewe aku iaitu labtop kesayange rusok, aku tok tahu bakpo dio jadi gitu, hujung muggu lepah aku ado program di kaje(Kajang) pahtu aku ikuk saing-saing aku balik gombok sebak hari senin cuti konvokesyen KUIS.

Lepah aku balik rumoh, aku tra bukok labtop aku, tengok-tengok tokleh "display" kat skin... pada mulonyo aku ingak monitor hok rusok sebak labtop aku tok guno skrin sebak rusok, jadi aku beli la monitor dan sambung situ.Tapi aku chek, tok rusok pun pahtu aku chek kat labtop..rupo-ruponyo labtop tu sdri rusok hok aku sdiri pong tok tau sebak gapo.

Maso aku balik rumoh, aku tengok mejo hok aku wak alas monitor dan labtop takdop, budok-budok rumoh aku buak tubik lua sebak male tu ado usroh kat umoh. Aku tokse nk nuduk sapo-sapo jadi aku anggap ni mungkin uje tuhe.

Jadi buak maso ni aku tokleh nok wak gapo-gapo design lah, sklo ado hok mitok tolong buak banner dan lain-lain. Aku tengoh blur loni tok tahu nak wat gano dengan labtop tu sebak kalu gi bekki, maha skrin sajo RM800 petah lagi bekki bare hok jeng dale tu.

Hola nak wat gano, aku tawakkal jela, ajat nok pinje denge saing hok ngaji di UKM.. :) tengoklah gano, hmm... pade stakat ni lah sajo nok kongsi kesedihe he..he..

MLM...MLM... alah... anda semua pun tahu ape benda itu tadi, yelah aku pun melalui pelbagai pengalaman sepanjang menjadi mahasiswa di KUIS ni. Apa yang ingin aku konsikan disini bagai mana kisah-kisah promote-promote MLM ni cube memikat aku...he..he..

Kisah bermula semasa aku semester dua dimana pada masa itu aku sangat memerlukan wang untuk memampung perbelanjaan sara diri di kampus..yelah RM1000 sebulan sebenarnya tak cukup untuk hidup di bandar besar ni..lain la kalo duk di Kelantan.

Jadi aku cuba bertanyakan orang-orang tentang hasrat untuk mencari kerja sambilan. Aku bertanya kakak aku yang tinggal di Gombak dan dia memberi jawapan bahawa beliau bersedia mengambil aku bekerja bersamanya dan memberi masa yang sesuai untuk membawa aku ke tampat kerjanya.

Pada suatu hujung minggu waktu malam, kakak aku tadi pun datang menjemput aku di kampus dan membawa aku ke tempat kerja "partime"nya. Bertempat di KL, dalam sebuah bangunan yang tinggi dan besar. Apabila aku masuk kedalam,kelihatan ramai orang-orang yang berpakaian segak dengan "kot" pada masa itu aku mula merasakan perniagan ini akan memberi keuntungan jugak.

Kakak aku membawa aku berjumpa dengan kawannya yang berbangsa cina...tapi... aku pada masa itu berkeadaan dalam kejutan budaya kerana mereka ini bersalaman antara lelaki dengan perempuan dan... termsuk kakak aku. Pada masa itu aku terpaksa juga bersalaman kerana menghormati mereka.

Mereka mengeluarkan dokumen-dokumen yang entah pe..pe.., dan menceritakan dengan panjang lebar beserta peta minda "network" perniagaan MLM ini. Memang aku berasa terteraik kerana produk yang dijual adalah satu barang wangian kesihatan tetapi wang keahlian itu yang menjadi masalah sebanyak RM2000.

keahlian aku sudah dibayar oleh kakak aku tetapi apa yang bermain difikiran aitu bagaimana aku nak menarik pelanggan kerana kenalan aku semuanya bukan orang yang berada. Aku membiarkan saha ia berlalu... selepas beberapa minggu aku mengikuti nya lagi dan pada masa itu ahti aku mula memberontak. Apabila sekembalinya aku ke asrama, amerenung seketika kerana aku seorang siswa pengajian ISlam, layakkan aku berada disuasana sebegini,

Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak menerskan perniagaan ini kerana 1. budaya mereka yang begitu sosial dan aku telah menegur kakak aku, sampai sekarang tidak mengajak aku lagi. 2. harga keahlian yang terlalu mahal tidak mungkin aku akan mempengaruhi pelanggan.

Pengalaman kedua, aku semasa semester 4, dimana pada suatu malam kawan aku mengajak makan bersamanya dan dia kata hendak belanja aku... dalam fikiran aku macam syak sesuatu kenapa mamat ni baik sangat.

Sampai di kedai makan aku diminta duduk dan diminta oder apa sahaja... Selepas makan, dia memanggil seorang lagi kawannya datang dan lalu membuka dokumen dalam fail. Beliau menceritakan penjang lebar akan pernaigaan MLM ini.

Pada akhir penerangan beliau bertanyakan hendak menggukan pakej yang mana, dan aku dengan tegas menyatakan "TIDAK BERMINAT LANGSUNG".. selepas itu kawan tu panggil seorang lagi kawan dia, dan datang. Orang tu budak KUIS dan orang Kelantan yang lupa diri he..he.. dia datang dan bertanya "bakpo demo xse" saya pun bagi tau "Kawe tak terbuko hati :)"
lalu dia berleter dan menggunakan ayat-ayat yang bukan untuk ummat Islam. Kurang hajar dan kasar, tetapi tidak atahu mengapa tahap kesabaran aku pada malam itu sangat tinggi.
Nama MLM itu ialah LUXOR!!! blah la weiii, nak berniaga pun kena pekse kerr!! :P

Dan pengalaman ketiga, aku dimana pada baru-baru ini aku menyatakan kepada sepupu aku, "Hari free" dia pun kata hendak berjumpa pada pukul 3 di bandar tasek selatan. Aku dengan waktu yang tepat sampai disana dan dibawa oleh beliau ke suatu pejabat "part-time"nya.

Aku diminta masuk ke dalam suatu dewan untuk mendengar penerangan tentang produk MLM ini dengan membawa alat Pendidikan yang dipanggil Score A Programme. Aku mendengar dan ia akag menarik kerana alat ini ialah pengisian latihan pengajaran kepada anak-anak diperingkat rendah dan menengah.

Selepas sejam lebih didalam aku berasa lapar dan mengantar masej kat sepupu aku kate lapar nak keluar mencari makan. Lalu aku keluar dan sebelum itu ada lagi, aku dibawa ke pejabatnya dan diberi penerangan tentang strategi perniagaan ini. Pada Akhir penerangan, aku diminta memilih pekej yang disediakan dan aku menyatakan taknak kerana masih trauma dengan MLM yang lepas. Yang ini hampir memaksa ini tetapi agak lembut dan melepaskan aku akhirnya.

Begitulah sedikut perkongsian pengalaman aku semasa di ngorat oleh orang-orang MLM ni. Ini tidak bermakna aku anti MLM kerana aku sudah ada pilihan sendiri... apa die?? adalah... he..he.. sokonglah produk orang islam :)


Muktamar ABIM Kelantan telah berlansung dengan jayanya pada 11 Julai 2009 bertempat di Rumah Anak Yatim Puteri harapan (RPH), Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Abdul Rahman Selaku Timbalan Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Kelantan yang mewakili Pengrah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan.

Dif-dif jemputan dan VIP disambut oleh perbarisan kawalan kehormat Pasukan Briged Bakti Kelantan itulah merupakan kelainan muktamar pada tahun ini yang menonjolkan salah satu pertubuhan beruniform yang ditubuhkan oleh ABIM Kelantan pada suatu ketika dahulu.

Aku ditugaskan untuk menjaga teknikal walaupun bersama Abg Afzan yang sudah seminggu berkampung di sekretariat ABIM Kelantan kebetulan pada masa ini aku cuti tengah semester selama seminggu.

Ucapan alu-aluan oleh Ust Faisal Abdullah yang merupakan YDP ABIM kelantan yang merungkai sedikit tentang tema muktamar iaitu
"Meneladani Qudwah,Membina Generasi" dimana ABIM Kelantan mengambil contoh tokoh Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah membebaskan kota constantinople sebagai icon dalam membina generasi belia di Kelantan.

Selepas itu ucaptama oleh Abg Yusri yang merupakan Presiden ABIM Pusat dimana di ABIm Pusat pula mendepankan tokoh Sultan Salahuddin Ayubi yang sedia maklum baginda telah membebas kan Palesti dari Kristian dan Yahudi.

Selepas itu di sesi kedua merupakan perbentangan oleh Abg Ju Fitri Joha sempana perlancaran Grup Generasi Al-Fateh yang akan menjadi pengerak dalam agenda pembinaan generasi berteraskan tokoh ini.

Dan sesi sidang muktamar yang membincangkan hal-hal organisasi dan halatujunya. Pada tahun ini ABIM Kelantan mengemukakan 5 muka baru dalam organisasi iaitu Ust Amin, Kak Syikin, Sdr.Bajili, Sdr. Hilmi dan termasuk aku yang ditaklifkan sebagai biro siswazah muda.

Aku berterimaksih kepada Al-Fadhil YDP kerana memberi kepercayaan untuk memikul amanah yang agak berat dimana ia lebih menumpukan kepada belia yang masih belajar seiring dengan tanggugjawab aku juga sebagai setiausaha Agung Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) yang merupakan wakil suara Mahasiswa dan pelajar diKelantan.

Harapan agar Allah swt memberi kekuatan pada diri ini untuk melaksanakan tugas dengan baik bersama bimbingan abg dan kakak bersama YDP sendiri... insya' Allah.

utuk maklumta lanjut sila klik sini

Beginilah keadaan sekretariat ABIM kelantan
semasa proses persiapan bahan multimedia







yg dk dtgh bukn speaker tetap ek

bergambar besama exco2 yg baru bersama presiden dan pgrusi GPTD

(Dari Kiri) Aku, Abah Zahidin, Abg Yusri, Abg Ju Fitri dan Zul Amin

Himpunan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 10 Julai 2009 bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu dimana ia telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan.


Aku hadir bersama pimpinan ABIM Negeri Kelantan yang juga merupakan badan gabungan kepada Majlis Belia Kelantan (MBK). Seramai 8 orang yang mewakili ABIM Kelantan iaitu abg Nuar, Ust Fadhlul, Alami, Kaka Suhaidah, Kak Izat, Kak Salmi dan Kak Nadrah termasuk 2 orang yang mawakili exco yang tidak dapat hadir iaitu Zul Amin dan Ust Amin ….Amin….murah rezeki he..he..

Apa yang mebanggakan ialah Ust Faisal yang juga merupakan Yang Di Pertua ABIM Kelantan mengetuai bacaan ikrar belia dan menyerahkan skrol ikrar kepada YB Menteri.
Majlis ini dihadiri oleh pelbagai pertubuhan belia termasuk Pertubuhan Belia 4B, persatuan beruniform seperti Pengakap, Pergerakan Putri Islam dan St John, dan banyak lagi yang aku lupa ape tah lagi he..he..

Pada hari tersebut aku belajar cmner makan di hotel 5 bintang, walaupun mula-mula masuk tu rasa lain tapi “cover” je… Selepas majlis perasmian kami dihidangkan sajian makan berperingkat, cmner tu? Ha.. aku periksa lam menu ada 6 makanan tak termasuk air. Makana pertama Sup Jagung +telur, kedua Ayam masak sos tiram kot, ketiga ikan talapia goreng masak masam manis, keempat Daging kambing masak lada hitam, Kelima Nasi Goreng Belacan dan yang terakhir.. lizert..op salh ek dessert..la buah tebikai kuning , merah dan betik..Apa yang pelik nya makanan punye la mantop tapi air mula dari makanan pertamas sampai last air kosong je.. ish…

Sepanjang aku kami makan, kami di alun oleh suara-suara yang perasan merdu oleh penyanyi solo yang perasan nak jadi artis daripada persatuan belia he..he.. Dh la nasyid diletakkn pada akhir masa tu orang nak balik dah… ini lah 1 belia 1 negara he..he..

Di akhir majlis aku bergambar dengn YDP dn exco-exco ABIM Kelantan yang masih belum balik kerana ada yang balik awal.

Aku pulang dan menyambung kembali kerja persiapan muktamar ABIM Kelantan pada keesokkan harinya yang ditingglkan kepada abg afzan..seba tu la dia wakil kan kat orang suh datang.


Hotel Renaissance,

YB Dato’ Shabery tengah berucap

antara muka2 exco yg hadir he..he..

yg ni pun same(termasuk aku yg hensem)

dlm byk2 makana yg ni plg bes aym masak... sos tiram kot

Alhamdulillah pada petang jumaat iaitu pada 4 Julai 2009, aku selamat sampai ke Kota Bharu kerana diberi cuti oleh pihak KUIS sempena Pertengahan Semester. Aku bertolak pada 8 pagi hari jumaat dengan menaiki bas cap Transnasional di perhentian bas Kajang.

Namun cerita diatas adalah "ending" kepada cerita sebenar bagaimana aku boleh dapat juga bercuti biar pun tiket dah abis... opps.... ok begini, aku berniat hendak balik pada hari Jumaat malam kerana terpaksa siapkan tugasan (assignment) dimana pada hari Jumaat adalah tarikh tutupnya.

Petang khamis aku ditemani kawan ke stesen bas Kajang untuk membeli tiket, dalam hati aku memang pasti adanya tiket "comfirm" sebab sebelum ni aku pernah beli tiket ke KB (Kota Bharu) pada hari yang sama iaitu beli tiket waktu pagi untuk naik dimalamnya, akan tetapi kali ini nasib tak menyebelahi aku walaupun tiket aku beli sehari sebelum tarikh kejadian.

Selepas selesai bab tiket, tinggal pasal tugasan pulak. Selepas sahaja waktu kelas pada 5.30 petang, aku seperti biasa menumpang kawan balik ke rumah sewa 4tingkat... eh silap tingkat 4..la.. dan aku membuka laptop dan fail tugasan terus sambung kerja tugasan yang sudah 3 hari aku buat.

Pada malam yang sama juga adalah pertemuan Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) atau bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan pelajar yang tinggal di luar kampus. Tetapi aku terpaksa selepaskan tugasan itu dan dalam masa yang sama juga aku kene buat pembetulan "design" pemplete PKPIM yang aada sedikit kesalahan dan serahkan kepada bos percetakan selepas waktu isya'.

Seleas menyerahkan benda tu kat bos, aku sambung kembali tugasan, pada mulanya aku hendak hantarkannya pada keesokan harinya, tetapi baru ku teringat, pagi esok sebelum pukul 8 mana ada kedai yang buka lagi, dah la Bas pukul 8 pagi. Aku dengan bergegaskena siapkan sebelum pukul 11malam dimana sebelum tutupnya kedai print kat luar tu.

Tetapi aku rasa tak sempat hendak siapkan sebelum pukul 11,lalu aku teringat akan kawan-kawan yang menawarkan perkhidmatan mencetak tugasan ni. Lalu aku menghantar sms kepada rakan di asrama siapa yang buat perkhidmatan ni, dan alhamdulillah ada. Jadi aku kena siapkan sebelum pukul 12 pula kerana selepas waktu tu, tidak dibenarkan masuk kampus.

Aku meneruskan misi siapkan tugasan dan apabila sudah siap, aku terus sampan dokumen itu dalam "pendrive" dan aku keluar ruamh mendapatkan basikal terus turun dengan lif dan ke kampus KUIS. Aku menuju ke asrama untuk "print" tugasan ini di bilik I 105, dan selepas itu lepas siap di kacip, misi kedua aku adalah menghantar tugasan ini ke bilik pensyarah.

Aku hampir-hampir tidak dapat menghantarnya kerana pintu depan bangunan Akademi Islam itu terkunci, aku buntu sebentar dan hampir putus asa. Akan tetapi tiba-tiba tak tahu kenapa hai ini mengajak untuk mencuba pintu belakang, dan syukur pintunya tidak berkunci laku aku terus ke dalam dan menuju ke bilik penyarah tersebut.

Dengan keadaan mencemaskan takut-takut ada pakcik pengawal yang memeriksa bengunan ini, aku meneruskan juga misi ini walaupun terpaksa buang selipar untuk mengelak bunyi. Akhirnya aku sampai juga di bilik Ustazah Nazneen, penyarah mata pelajaran Sosiologi he..he.. jgn mare..

Apabila selamat keluar, aku dengan tidak melengahkan masa mengambil basikal tadi keluar kampus, biarpun penat mengayuh menaiki bukit, tetapi aku berpuas hati sebab dapat gak hantar asimen ni.

Tetapi misi aku masih belum berakhir, kerana masih mencari sapela yang boleh hantar aku ke stesen bas pagi esok ni. Hati ku berdebar-debar kerana aku terpaksa pulang bergegas ini juga kerana ketiadaan wang untuk menampung perbelanjaan makan minum disini. Sampai dirumah kawan aku tanya aku datng darimana dan kebetulan dia juga tanya bila balik kampung. Lalu aku meberanikan diri meminta tolong darinya untuk menghantar ke stesen bas dan dia sudi membantu.

Disini aku ingin mengucapkan tberbanyak-banyak terima kasih kepada Asyraf kerana menemani aku beli tiket balik kampung dan kepada Syafiq Akmal kerana sudi menghantar aku ke Kajang, aku tahu akan aku telah membebankan mereka, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala amal ibadat mereka kerana membantu sahabat yang bermasalah dari pelbagai segi untuk mengurangkan bebannya. Syukran... :)


Aku tidak pernah berseorangan dalam melaksanakan tugas sebagai da’ie, kesana kemari, keutara dan selatan, mejelajah merata bukan bermaksud bersiar-siar atau membazirkan duit ibu bapa yang diberi untuk perbelanjaan harian, akan tetapi keyakinan akan balasan Allah pada hari kemudian kepada mereka yang banyak membantu.

Mereka melihat aku selalu beseorangan ke mana-mana, kekadang ke kampus melawat adik-adik dari Kelantan, mereka mengutarakan persoalan “ nape abg sekian..sekian… tak datang sekali?” Aku tidak mampu menyatakan terus soalan itu tetapi hanya memberikan asalan yang “simple” seperti si fulan..ada kerja.

Biarpun lain seperti yang dibicarakan oleh hati…”Aku sudah mengajak berulagkali, akan tetapi ada sahaja alasan, aku tidak mahu meningglkan rakan yang pernah sama berjuang diperingkat sekolah dulu, dan terus terang aku katakan aku semakin tidak memahaminya. Tetapi tidak mengapalah, aku diajar untuk tidak memaksa dan sentiasa bersabar untuk terus mengajak walaupun kekadang aku sudah tahu jawapan dia.

Buat anda yang memerhati akan pergerakanku, aku tidak pernah beseorangan dalam melaksanakan kerja ini, malah sebenarnya aku hanya cebisan daripada mereka yang berperanan lebih dari aku iaitu mereka yang masih berada diatasku masih ramai, aku ini hanya berjalan kearah mereka yang ramai.

Aku memahami manhaj dakwah secara persendirian dan secara berkumpulan(berjemaah) boleh juga dikatakan berterang-terangan serta setiap langkah kesana dikira perjuangan yang mati syahid jika terhenti ditengahnya dan aku cuba bersedia untuk itu semua.

Aku sedar ilmu ini tidaklah semantap teman-teman lain yang bersemangat untuk mempertahankan agama, lantang berhujjah serta tidak putus dalam menjalankan aktiviti dakwah dalam kampus biarpun aku pernah bersama dengan mereka. Bagi aku, menganggap diri ini untuk belajar apa-apa yang baru, aku kurang dalam percakapan malah aku selesa dengan melaksanakan tugas beserta strategi.

Aku hanya menjalankan sedaya mungkin tanggungjawab ini, mungkin ada diantara anda yang melihat aku diatas, dan mengenalpasti kecatatan dalam meksanakan tugas, tegurlah dan itulah mungkin kelemahan aku yang hanya seorang pelajar.

Langkah ku ini tidak pernah keseorangan,kerana ia menuju kearah satu kolompok yang lebih mantap yang penuh dengan pembimbing yang akan membimbing aku untuk menjadi insan yang sedar akan tugas dan tanggungjawab.

Tidak perlu untuk dijunjung jika ku berada diatas, dan tidak boleh di pijak jika ku dibawah kerana apa yang aku harapkan ialah ukhuwwah yang menghormati persaudaraan seIslam tidak kira dari kelompok mana dikau. Jika jawatan itu membantu dalam melaksanakan tugas akan ku terima atas alasan itu.

Aku tidak pernah keseorangan… jika tinggal je aku untuk meneruskan perjuangan ini, akan ku cuba sedaya mungkin dengan ilmu dan pengalaman yang ada untuk meneruskan dalam menegak panji Islam di muka bumi ini bersama generasi yang pernah digilap oleh mereka suatu ketika dahulu. Jika aku gugur… tolonglah sambung perjuangan ini, biarkan aku melepasi ujian permulan nanti…Salam Perjuangan..


Pada 27 Jun 2009, aku di jemput oleh Abg Naim untuk menjadi fesilitator di Sekolah Menengah Kebangsaan HillCreast, Gombak, Selangor.

Aku bertolak dari rumah sewa pada petang jumaat, pada mulanya bersama teman tetapi beliau tidak kesampaian untuk sama-sama mengikutinya. Sampai di stesen Taman Melati aku solat di Madrasah Mustaqim taman Melawati dan makan selepas itu.

Sehingga selepas solat isya’ barulah abg. Naim bersama kawan-kawan yang lain, fakhrul ,fairul dan lain-lain menjemput aku sertam bermalam dirumahnya.

Pada keesokkan harinya, kami bertolak seawal jam 8pagi ke SMK Hillcreast yang terletak didak juah dari kawasan rumah abg naim.

Sampai disana kami breafing terakhir bersama dua orang lagi fesi perempuan iaitu syazwani dan adibah. Selepas itu program terus bermula dengan ucapan pengetua sekolah.

Program yang diberi nama kursus kepimpinan untuk ketua dan penolong kelas menjemput pihak kami dari Petra Training Counsultant (PTC) untuk memberi pengisian kepada peserta bertujuan member pendedahan awal tentang apakah itu kepimpinan serta kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul.

Program ini dimulakan dengan slot yang diberi nama “ice breaking” dan selepas itu pelbagai lagi modul-modul yang diisi dalam kursus ini seperti ceramah oleh ketua fesi iaitu abg naim sendiri, LDK dan sebagainya.

Kursus ini berakhir pada jam 1 petang, biarpun kursus ini diadakan selama setengah hari sahaja, aku yakin dengan peserta yang terdiri daripada ketua dan penolong kelas itu yang tahu hormati pihak luar, mampu menunjukkan kepimpinan mereka dan dapat membantu pihak sekolah dan juga disiplin dalam mengurus pegerakan pelajar serta dapat menjadi pembimbing rakan sebaya yang baik.