Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Begitulah pendirian aku terhadap beberapa konflik didalam dunia kemahasiswaan dimana banyak sekali paltform-platform pelajar yang memperjuangakn bangsa dan agama di kampus meakili ngo-ngo dan parti politik.

Semestinya ada perbezaan pada setiap kumpulan itu pada mana-mana perkara dan yang pastii ada juga perkara-perkara yang boleh disepakati. Aku tidak bimbang kepada pimpinan tertinggi kerana mereka sudah menampakkan persepakatan dalam melaksanakan tugas masing-masing yang saling lengkap-melangkapi.

Permasalahan sekarang ialah golongang yang berada di peringkat akar umbi di kampus-kampus yang masih ingin menunjukkan belang masing-masing. Kekadang aku tertanya-tanya mengapa mereka sebeginirupa sedangkan sama-sama memperjuangakan Islam dan bangsa yang sama?

Aku mengambil langkah mengetepikan soal ini kerana berpandangan mereka ini masih berdarah muda yang inginkan cabaran dan perlumbaan. Yang pentingnya pimpinan di peringkat pucuk sudah faham akan tugas masing-masing.

Di kampus aku juga mengemudikan sebuah paltform mahasiswa yang juga mawakili ngo pelajar Islam di peringkat kebangsaan. Aku lebih suka mengambil pendekatan meneruskan kerja daripada memperdebatkan masalah fahaman dengan kumpulan lain dan terus terang aku nyatakan perkara ini bukan serius untuk diambil perhatian kerana berkaitan dengan isu semangat semata-mata faham-faham lah orang-orang muda ini.

Mengapa aku berpendangan sedemikian, kerana ramai teman-teman yang semasa bergalar mahasiswa melaung-laungkan semangat perjuangan dan ada juga yang membenci kerajaan akan tetapi apabila sudah berada dialam kerjaya, suara ini sunyi kerana bekerja dengan kerajaan dan tidak dinafikan ada yang masih bergiat sehingga sekarang didalam platformm iduknya.

Kepelbagaian platform yang memperjuangan kan Islam dalam negara bukan bermaksud mewujudkan kabilah(kumpulan) atau mazhab tetapi mereka ini masih dalam ahli sunnah wal jamaah yang menjalankan kerja-kerja dakwah mengikut mendekatan masing-masing, ada yang “exstreme” ada juga yang menggukan kaedah berlembut malah ada juga yang menggukan mendekatan hiburn bagi menarik kaum muda.

Kesemua pndekatan-pendekatan itu tidak salah selagi tidak berlawanan dengan Al-Quran,Assunnah, Kesepakatan Ulamak dan dan situasi setempat. Yang paling pentingnya niat ikhlas kerana mengikuti perintah Allah SWT.

Salam Perjuangan...

0 comments: