Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Ke Khemah Kerja ABIM Kelantan

Pada 15 Febuari 2010, aku ke Besut untuk menghadiri Khemah Kerja Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan, bertempat di Pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) cawangan sana.


Aku yang kebetulan pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina bersama-sama dalam Kursus tesebut yang di adakan untuk exco dan pimpinan bagi membincangkan perancangan ABIM Kelantan bagi jangka masa 2tahun.

Halatuju ABIM Kelantan disampaikan sendiri oleh Al-Fadhil Ust. Faisal yang juga merupakan YDP ABIM Kelantan dan selepas iu kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan mengikut posisi masing-masing dalam organisasi, seperti aku bersama dalam perbincangan bagi posisi belia dan pelajar.

Selepas itu kami dan kumpulan yang lain dikehendaki membentangkan hasil perbincangan bagi diambil perhatian oleh YDP.

Mereka yang hadir dalam Khemah Kerja ini ialah,aku yang juga salah seorang exco, YDP Ust Faisal, Timbalan YDP En. Khairul Anuar, Setiausaha Negeri En. Alami, Penolong S.U En. Faizul Afzan, Bendahari En. Fadlul, Ketua HELWA Puan Nadrah, beberapa orang exco iaitu Ust. Amin, En. Bajili, Puan Suaidah & Puan Anith.Mereka yang mewakili ABIM Daerah iaitu Saudara Abdullah Nawi dan Ust. Che Soh dan beberapa orang staff iaitu En. Mazelan, Puan Ani, Cik Hasnah, Puan Habibah & Sir Syafiq. Khusus ini juga turut dihadiri oleh teman-teman dari ABIM Besut.

Kusus ini berakhir pada petang dan seleps itu aku tumpang abg afzan dan berehat seketike di rumah beliau dan kemudian terus ke stesen bas kerana malam itu kau aku kembali ke KUIS ki..ki..


Aku di jaga oleh 2 org body big ki..ki..


Lunch Time



Pearkh possing sambil duk bukak gula2


Tengok zuhudnyer orang2 ABIM ni, makan atas lantai jer,
dah la tengah jalan orang nak lalu.



Pada 9 Febuari 2010, aku bersama teman-teman iaitu Nasrul Izad ( Mantan Presiden MPM KUIS 09/10), Fakhrurrazi ( Mantan Presiden MPM KUIS 07/08) ,Nuaim ( Mantan YDP Persatuan Mahasiswa Undang-undang KUIS 09/10) dan Hilmi ( mantan Setiausaha Agung MPM KUIS 09/10) ke perhimpunan tertutup Mahasiswa Selangor.

Dalam perhimpunan yang bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Shah Alam ini di hadiri oleh pimpinan pimpinan Mahasiswa dari pelbagai kampus antaranya KUIS, UPM, UniSEL, UM, dan beberapa lagi IPT swasta sekitar Shah Alam.

Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mengetahui pendangan Mahasiswa tentang pentadbiran kerajaan Selangor serta menerima cadangan-cadangan dalam pembangunan generasi muda ini.

Saya dan teman-teman sebenarnya bukan mewakili KUIS kerana kami di jemput oleh Abg Saifullah yang merupakan PA kepada YB Nik Nazmi yang merupakan ADUN Seri Setia. Abg Saifullah juga adalah mantan Naib Presiden Antarabangsa kepada Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Setibanya kami di sana, kelihatan sungguh ramai pimpinan kampus termasuk KUIS yang baru sahaja di iktiraf sebagai MPM bagi 2010/11. Dan kami terus berjumpa dengan Abg Saifullah dan juga abg Noryzal yang merupakan Exco ABIM Pusat dan bekerja dengan YB yang aku tak ingat sape dah hi..hi..

Sementara menunggu kedatangan Tan sri Khalid dan Anwar Ibrahim, disampingkan dengan ucapan-ucapan beberapa Yb termasuk YB Azmin Ali Whip Parlimen Malaysia.

Kemuadian barulah Tan Sri Khalid dan beberapa minit kemudian Dato Sri Anwar Ibrahim tiba dan tidak disangkal begitu kuatnya pengaruh beliau sehinggakan kesemua audion berdiri biarpun ada diantara pimpinan kampus bukan mewakili parti polti seperti IPTA dan KUIS ( berlagak).

Ucapan alu-aluan disampiakan oleh MB Selangor dan kemudian oleh DSAI akan tetapi beliau menjadikan ucapanya itu sebagai satu syarahan kerana tidak dapat bersama dalam sesi dialog berikutan ingin menyesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan mahkamah.

Dalam ucapannya, DSAI menerangkan berkaitan dengan kes nya dimana difitnah oleh seorang pemuda yang berkhidmat dengannya tetapi di akhir menfitnah dia pula. ini lah generasi yang tidak berjati diri.

Selain itu, beliau juga memberi penduan kepada Mahasiswa dalam bergerak dan cara-carannya yang pastinya banyak berubahan dari zaman beliau dahulu.

Yang satu lagi ayat yang manarik perhatian aku aialah beliau menyatakan dia di jemput untuk sertai UMNO selepas keluar dari penjara dalam kes baling dan beliau di bimbing oleh Syeikh Dr. Yusuff Qardhawi dan Dato' Dr. Wahbah Zuhaily dalam isu-isu yang menimpanya. Memang benar beliau memang mempunyai pengaruh dengan pemimpin dunai Islam kerana penglibatan beliau dalam gerakan Islam di malaysia iaitu PKPIM dizaman mahasiswa dan ABIM di zaman selepasnya.

Selepas itu sesi dialog diadakan diantara Tan Sri Khalid, Azmin Ali dan Mahasiswa dalam beberapa isu dan yang paling memalukan ialah wakil dari KUIS yang banyak menimbulkan persoalan bagi aku iaitu :-

1. Safiq Akmal memperkenalkan dirinya sebagai presiden Gerakan Mahasiswa Sesat opss.. Sedar he..he.. sedangkan mereka sudah membubarkan diri di hadapan first cafe tahun lepas he..he..

2. Beliau membawa isu yuran yang telah lama dimana ia bukan lah isu yang besar kerana isu itu adalah diatara KUIS dengan MAIS yang memperuntukan kepada KUIS.

3. beliau menuntut RM5 juta dari MB Selangor untuk KUIS dihadapan kampus lain sedangkan UniSel pun ada pada masa itu kemuadian RM5 Juta itu hanyalah cadangan dan perlu di bincangkan dalam Dun terlebih dahulu.

Himpunan ini berakhir dalam pukul 11malam dan kami bertolak dan mencari kedai-kedai disekitar Shah Alam kerana tak sempat untuk menjamah makanan kerana sudah habis he..he.. kesian kan. Tapi tak pe aku belasah ABG aiskrim pastu diletakkan buah dan chokolate.. bes... he..he..

Sampai di KUIS dalam pukul 1lebih dan ditahan oleh pak guard kerana blim lewat, dan surat jemputan pula tak da, kemudian diminta kad pengenalan. Selepas si Nasrul Izad menunjukkan SMS jemputan Abg Saifullah barulah kami di lepaskan ki..ki.. dan beberapa minit kemudain barulah rombongan bas KUIS sampai.


Hadirin


Lupe dah sape die ni


Awek2 yg hadir ki..ki..


Ni YB... er...?
Pengerusi yg erm... lu tgk diri..


Tan sri duk jawan soalan


Anwar Ibrahim


Ucapan Aluan MB Selangor


ni yg jd moderator ni YB... salak selatan kalu xsilap


Azmin Ali.....Parlimen Gombak

Berbual dengan Abg Saifullah..PA ADUN Sri Setia


duduk : Nasrul Izad dan Razi, Berdiri: Nuaim & Helmi

Salam Ukhuwwah kepada pembaca,


Pada kali ini aku ingin berkongsi dengan teman-teman pengalaman aku di dalam bidang kesukarelawan, bagaimana boleh bermula, bagaimana dan apakah ia.

Bermulanya aku di dalam kesukarelawan apa bila di peringkat sekolah aku menyertai sebuah pasukan NGO( Pertubuhan bukan kerajaan) beruniform yang dipanggil Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK).

Pada masa itu, BBNK baru sahaja ditubuhkan di sekolah Maktab (Maahad) Pengajian Islam (MPI), Kota Bharu ,iaitu pada tahun 2000. Pada masa itu, penasihatnya iaitu Ust Wardi ingin membuka hanya kepada pelajar Saff Awal (Peralihan) dimana aku ketika itu berada.

Sebelum itu, Kadet ini memang mencuri tumpuan kepada pelajar-pelajar lain kerana kadet ini bersifat Islamik, yang paling istimewa selain kawad, pertolongan cemas, Pengurusan orang sakit dirumah, ikatan, ikhtiar hidup, perkhemahan, ialah kurukulum Pengurusan Jenazah yang tidak ada pada pasukan berunifiorm yang lain.

Ust. Wardi membuka penyertaan sewaktu mengajar didalam kelas, keistimewaan diatas lah yang menyebabkan aku serta rakan-rakan menyertainya dan aku dan seorang laigi teman terpilih untuk ke kursus ahli pangkat rendah, pada tahun 2000 bertempat di SRI Al-Hikmah Tg.Mas Kelantan.

Pada masa itu tidak banyak sekolah di Kelantan yang didaftarkan dengan BBNK ini seperti SMKA Naim Lil Banat, SMKA Falahiyah, SMKA Wataniah, SMK Puteri Saadong, SMK Kedai Buloh, SMK Zainab, SM Swasta Wadi Sofea dan beberapa lagi sekolah menengan yang aku lupa hi..hi.. dan pada masa itu sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan hanya beberapa buah sahaja iaitu Maktab Pengajian Islam (Sekolah aku), Maahad Tahfiz Pulai Condong dan SMU(A) Padang Siam (kini Maahad Ahmadiah,Tanah Merah).

Dalam kursus tersebut aku dan seorang teman diberi penerangan apakan itu BBNK dan fungsinya,dimana ia sebuah pertubuhan NGO yang bersifat kemasyarakatkan berkonsepkan Islamik dalam melahirkan golongan muda yang berjiwa besar dan mempunyai jati diri yang jelas dalm kehidupannya dismping ingin mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing.

Selepas daripada menghadiri kursus APR itu, aku dan teman kembali kesekolah dan menyusun organisasi. Aku pada masa itu masih tidak ada asas dalm pengorganisasianlalu meminta pandangan daripada senior-senior lama dan latihan kawad, kami menumpang jurulatih oleh Kadet Pertahanan Awam yang merupakan antara kadet tertua di MPI.

Aku dipilih sebagai timbalan pengerusi Kadet Briged Bakti MPI dan pada masa itu, Pengerusinya ialah saudara Azhar (Jahar). Latihan diadakan pada hari sabtu sebagai mana yang ditetapkan oleh unit Ko-Kurikulum sekolah.

Selain itu, keistimewaan lain dalam BBNK ini ialah perkhemahan Perdana BBNK yang mengumpulkan kesemua Kadet ini daripada sekolah-sekolah lain dan pada masa itu Perkhemahan ini diadakan di Jeram Pasu (tahun 2000). Akan tetapi aku tidak dapat bersama kerana ada halangan lain...(aku lupa kenapa).

Pada tahun berikutnya (2001) barulah aku dapat menyertainya dan pada masa itu aku sudah dinaikkan pangkat sebagai pengerusi dan juga Komandan kawad yan berpangkat sarjan dan ber tali merah dibahu.

Setelah beberapa tahun aku memegang pengerusi, aku masih mencari pelapis dan dalam masa yang sapa, di MPI pelajar-pelajar kurang untuk menyertai badan beruniform ini lebih-lebih lagi ramai yang masuk Kadet Polis yang sudah pastinya berketerampilan yang kelasdan tidak kurang juga ahli Briged ini melompat ke sana walaupun hanya menyertai pertandingan kawad sahaja.

Tetapi itu tidak menjadi halangan kepada ku sehinggalah aku cuba untuk bersama dengan kadet yang kurang mendapat sambutan walaupun pada suatu ketida pernah gah iaitu Kadet Bomba dan Pertahan Awam(PA). Tetapi PA pada masa itu tidak begitu aktif, jadi kami banyak berkerjasama dengan kadet bomba, sampaikan gambar dalam majalah pun orang yang sama he..he..

Setelah beberapa timbalan bertukar iaitu Saudara Izuddin, Saudara Syafiq Azmi dan yang terakhir saudara Rahaizad Ahma, barulah BBNK MPI mendapat sambutan, dimana beberapa junior yang juga pimpinan dalam pengawas, membantu untuk menggerakkan BBNK MPI ini.

Alhamdulillah tugas ku berakhir pada tahun 2004 dan pada tahun 2005, penasihat Beriged bakti bertukar kepada Cikgu Zuhairi dan Cikgu Mat Noor yang menggantikan Ust. Wardi serta ditambah dengan penasihta perempuan iaitu cikgu Nor Izura dan Madam Zainara kerana BBNK MPI telah membuka keahlian untuk perempuan.

Akan tetapi apa yang mengecewakan aku ialah mereka telah melupakan golongan yang mempertahankan sekian lama kadet ini yang pernah suatu ketika dahulu mendapat ancaman untuk dibubarkan kerana ahli hanya 5 orang sahaja dan BBNK ini juga digunana untuk unit amal dibawah PAS sedangkan BBNK ini direct daripada ABIM.

Selepas tamat SPM aku berbincang dengan Rahaizad (mantan timbalan) untuk meneruskan kegiatan ini diperingkat kesukarelaan pula yang dipanggil Skuad Ibu Pejabat (sekarang dikenali Skuad Sukarelawan Remaja (SSR)) yang berpusat di pejabat ABIM tanjung mas Kelantan.

SIP atau SSR ini menghimpunkan pimpinan daripada setiap sekolah yang ingin menyumbang darisegi tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan dan kejurulatihan.

Aku bersama Rahaizad, Mustaqim dan Aiman Hilmi bersepakat untuk menyertainya dengan mengisi borang serta wang pendaftaran RM5 pada masa itu aku bersama teman-teman berurusan dengan Kak Nah (Cik Hasnah).

Bermulanya bergelar SIP

Program yang mula2 aku menjadi AJK ialah dalam APR dimana aku, rahaizad dan mustaqim (pada masa itu aiman ada halalangan) ke pusat Islamic Outreach ABIM di Kok Lanas Kelantan biarpun sudah sehari program itu bermula.

Sampai sahaja aku disana, aku ditawarkan untuk mengajar kawad dan kebetulan aku minat dalam bab ni. Aku berjumpa dengan 1st encharge kawad pada masa itu iaitu Saudari Tngku Nur Amn bekas juara kawad kaki di perkhemahan perdana yang lepas dan beliau pun sama-sama mendaftar menjadi SIP.

Pada malam itu, ada sesi taaruf, barulah aku boleh tengok sorang-sorang ajk yang menjadi SIP dari pelbagai pimpinan sekolah. Pada masa itu orang badjet kami ni budak wara' la ki..ki..

Setelah lama dalam APR itu barulah kami saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bersama dalam program-prgram lain yang dianjurkan oleh BBNK termasuk Perkhemahan Perdana dimana aku pada masa itu ditugaskan sebagai Teknikal, aiman dan mustaqim sebagai logistik dan rahaizad sempat bersama hanya seketika kerana melanjutkan pelajaran.

Sehinggalah keluarnya keputusan SPM, aku mengambil keputusan untuk meneruskan STAM di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Rahaizad, ke Poli-Tech Mara, Kedah, Mustaqim ke Kolej Teknologi Indra Kayangan, Perlis dan Aiman Hilmi ke UiTM Penang.

Tinggalah aku keseorangan bersama beberapa lagi yang masih menyambung pelajaran di peringkat STAM dan STPM maka yang lain sudah selamat menyambung pelajaran ke IPT luar dan dalam negeri.

Sehinggalah pada bulan 12, mereka kembali kerana dalam cuti semester dan dalam masa yang sama, diadakan program yang mencari pelapis kepada SIP ini iaitu Kem Jati Diri.
Mula Menjadi Office Boy

Pada tahun 2006, pada masa itu masih dalam pengajian STAM di Maahad darul Anuar (MADA), aku sering ke pejabat pada waktu lapang tetapi tidak kerap kerana mengejar masa belajar lagi dan bekerja sambilan di stesen minyakPetronas Dusun Muda.

Dan selepas itulah sementara menunggu keputusan STAM keluar, aku menghabiskan masa berada di pejabat BBNK dengan membantu darisegi urusan pelajabat bersama Kak Nah. Pada masa itu lah aku merasakan selesa di sana. Pada masa itulah aku kenal Kak Jat, Kak Pah, Kak Su dan Abg Afzan sehinggalah tidak disenagi oleh individu,individu yang tak berakhlak sampaikan kami (aku, asmawi dan Asmazira) di cop..err... emm.. malu nak bagi tahu perkataan tu.. tak pelah....(nak tahu tanya aku personal).

Aku terus berkeras untuk disitu dan aku telah bertekan dengan Pok Mat yang selalu mengawal anak buahnya untuk buat yang dia suka dan dalam masa itu aku bertegaskan" jangan ganggu saya lagi dan saya tidak suka dikawal..". Dia menerima dan ok... blah...buat la hal sdiri...(nak tahu cerita lebih lanjut..tanya aku lagi..)

Sehinggalah keluarnya keputusan STAM..akan tetapi aku gagal satu mata pelajaran yang menyebab aku tidak dapat sijil. Selepas itu rahaizad juga yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang agama cuba mengajak aku untuk masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,KUIS ( dulu dikenali sebagai KISDAR).

Aku menerima pelawaan itu dengan mengisi borang online dan alhamdulillah aku dan Rahaizad telah diterima masuk dimana aku dalam bidang Usuluddin manakala Rahaizad dalam Bidang Syariah selama 3 tahun (2006-2010).

Biarpun begitu, kami tidak lupa akan BBNK ini dan pada cuti sebulan, kami balik dan pada masa yang sama kami menjadi urusetia dalam Perkhemahan Perdana BBNK 2007 di kok Keli dan kami bergiat sehingga ke hari ini....

DAn akhir sekali ucapan tahniah aku kepada pihak Pertubuhan Briged Bakti kerana telah berjaya menubuhkan BBNK ke peringkat kebangsaan pada thun 2009 iaitu Pertubuhan Briged Bakti Malaysia (BBM).

Untuk maklumat lanjut sila layari www.brigedbakti.org.my @ www.brigedbakti.blogspot.com


di Perkhemahan perdana 2008


Pada malam Aspirasi Kebudayaan berkheman perdana 2008


XPDC ke Gunung St0ng 2009


Perasmian penutup APR


Antara latihan di APR



Pada 1 Febuari aku bersama teman-teman yang lain ( Jijan, Abu Bakar, Habibah dan Azah) telah dijemput ke Perhimpunan tahuan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Bangi, bertempat di Dewan Kuliah Akademi Islam Lama (DK AI).

Aku bersama teman-teman yang lain dijemput mewakila Persatuan Kebangsan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kampus KUIS yang dikenali sebagai Ikatan Ilmuwan Muda (ILMUWAN).

Diperingkat pusat, PEPIAS merupakan badan gabungan kepada PKPIM yang mewakili negeri Selangor dan PEPIAS cawagan bangi ini berpusat di KUIS.

Selepas proses pendaftaran dengan bayaran RM2 berserta dengan keropok muruku ikan ki..ki..

Program bermula dengan ucapan YDP PEPIAS Bangi 09/10 iaitu saudara Muzakkir dan dirasmikan oleh Presiden PEPIAS Pusat yang juga teman seperjuangan dalam badan gabungan negeri iaitu Saudara ZulHelmi.

Selepas dirasmikan, berlaku proses pembubanaran dimana semua pimpinan 09/10 tampil kehadapan yang dijemput oleh pengerusi tetap sebelum YDP mengumumkan pembubaran.

Apabila proses pembubaran selesai, pengerusi tetap memanggil nama-nama baru untuk megambil tempat walaupun ada muka lama yang hanya bertukar jawatan.

Ucapan tahniah aku kepada saudara Afiq yang sebelum ini adalah sebagai setiausaha kerana terpilih sebagai YDP PEPIAS Bangi bagi sesi 10/11.

Selesai sudah majlis itu, aku terus keahadapan bersama pimpinan PEPIAS bangi dan PUSAT sambil memeluk sebagai tanda persaudaraan dan budaya yang diamalkan dalam keluarga WADAH-ABIM-PKPIM.

Selepas itu apa yang paling aku suka ialah, apabila mereka umum ada jamuan yang disediakan di luar sana ki..ki.. hm.. bes nasik cap ayam, tak cakap banyak aku amik jer bersama dengan ayak.

tehniah aku ucapan kepada Saff pimpinan yang baru termasuk si Acap kerana terpilih terjadi Timb. YDP ki..ki...konfius...



Hadirin


Muzakkira-YDP PEPIAS Bangi 08/09 (Org Perak..)


Presiden PEPIAS- Zulhelmi (Org Tganu)

Barisan Pimpinan Lama


Barisan Pimpinan Baru(Si Acap tg Korek Idung)

Gempur!!!! Gear 5....


Hari bersilih ganti, rasanya baru saja di mula semester tetapi kini semester 6 ini kian berlabuh yang membawa tanda-tanda dekatnya ujian akhir semester Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang akan bermula 17 Febuari 2010.

Maka seluruh mahasiswa KUIS bertungkus lumus membuat persiapan dan ada juga yang masih berlenggang2 macam ada cita-cita untuk mengulang semester hadapan ki..ki...

Masa aku kini semakin sempit kerana banyak benda yang aku perlu disiapankan bermula dengan asimen dan mengulangkaji pelajaran.

Aku telah tingkatkan kelajuan ku kepada gear terakhir untuk memecut magi mengejar masa yang kian dekat dengan tarikh peperiksaan akhir semester.

Kepada teman-teman, ayuh sama -sama kita mengejar kecemerlangan sebenar sebagai seorang mahasiswa Islam yang suka mengusai Ilmu-ilmu dan buka n menunjukkan jaguh siapakah yang lantang dan pandai bercakap.

Aku mengharapkan doa dari semua teman-teman, guru-guru @ pensyarah2 dan kenalan dan tidak lupa juga kepada Ma dan ayah (minggu depan aku balik nak mintak restu he..he..). Semoga aku ditetangkan hati dan dapan menjawab soalan ini dengan baik dengan jawapan-jawapan yang jelas serta mendapat keberkataan segala ilmu yang dipelajari.... amin...

Jom Gempur!!! Inilah JIHAD kita.. TakbiRRR!!!

AllahuAkbar....