Pada kali ini aku ingin berkongsi dengan teman-teman pengalaman aku di dalam bidang kesukarelawan, bagaimana boleh bermula, bagaimana dan apakah ia.
Bermulanya aku di dalam kesukarelawan apa bila di peringkat sekolah aku menyertai sebuah pasukan NGO( Pertubuhan bukan kerajaan) beruniform yang dipanggil Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK).
Pada masa itu, BBNK baru sahaja ditubuhkan di sekolah Maktab (Maahad) Pengajian Islam (MPI), Kota Bharu ,iaitu pada tahun 2000. Pada masa itu, penasihatnya iaitu Ust Wardi ingin membuka hanya kepada pelajar Saff Awal (Peralihan) dimana aku ketika itu berada.
Sebelum itu, Kadet ini memang mencuri tumpuan kepada pelajar-pelajar lain kerana kadet ini bersifat Islamik, yang paling istimewa selain kawad, pertolongan cemas, Pengurusan orang sakit dirumah, ikatan, ikhtiar hidup, perkhemahan, ialah kurukulum Pengurusan Jenazah yang tidak ada pada pasukan berunifiorm yang lain.
Ust. Wardi membuka penyertaan sewaktu mengajar didalam kelas, keistimewaan diatas lah yang menyebabkan aku serta rakan-rakan menyertainya dan aku dan seorang laigi teman terpilih untuk ke kursus ahli pangkat rendah, pada tahun 2000 bertempat di SRI Al-Hikmah Tg.Mas Kelantan.
Pada masa itu tidak banyak sekolah di Kelantan yang didaftarkan dengan BBNK ini seperti SMKA Naim Lil Banat, SMKA Falahiyah, SMKA Wataniah, SMK Puteri Saadong, SMK Kedai Buloh, SMK Zainab, SM Swasta Wadi Sofea dan beberapa lagi sekolah menengan yang aku lupa hi..hi.. dan pada masa itu sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan hanya beberapa buah sahaja iaitu Maktab Pengajian Islam (Sekolah aku), Maahad Tahfiz Pulai Condong dan SMU(A) Padang Siam (kini Maahad Ahmadiah,Tanah Merah).
Dalam kursus tersebut aku dan seorang teman diberi penerangan apakan itu BBNK dan fungsinya,dimana ia sebuah pertubuhan NGO yang bersifat kemasyarakatkan berkonsepkan Islamik dalam melahirkan golongan muda yang berjiwa besar dan mempunyai jati diri yang jelas dalm kehidupannya dismping ingin mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing.
Selepas daripada menghadiri kursus APR itu, aku dan teman kembali kesekolah dan menyusun organisasi. Aku pada masa itu masih tidak ada asas dalm pengorganisasianlalu meminta pandangan daripada senior-senior lama dan latihan kawad, kami menumpang jurulatih oleh Kadet Pertahanan Awam yang merupakan antara kadet tertua di MPI.
Aku dipilih sebagai timbalan pengerusi Kadet Briged Bakti MPI dan pada masa itu, Pengerusinya ialah saudara Azhar (Jahar). Latihan diadakan pada hari sabtu sebagai mana yang ditetapkan oleh unit Ko-Kurikulum sekolah.
Selain itu, keistimewaan lain dalam BBNK ini ialah perkhemahan Perdana BBNK yang mengumpulkan kesemua Kadet ini daripada sekolah-sekolah lain dan pada masa itu Perkhemahan ini diadakan di Jeram Pasu (tahun 2000). Akan tetapi aku tidak dapat bersama kerana ada halangan lain...(aku lupa kenapa).
Pada tahun berikutnya (2001) barulah aku dapat menyertainya dan pada masa itu aku sudah dinaikkan pangkat sebagai pengerusi dan juga Komandan kawad yan berpangkat sarjan dan ber tali merah dibahu.
Setelah beberapa tahun aku memegang pengerusi, aku masih mencari pelapis dan dalam masa yang sapa, di MPI pelajar-pelajar kurang untuk menyertai badan beruniform ini lebih-lebih lagi ramai yang masuk Kadet Polis yang sudah pastinya berketerampilan yang kelasdan tidak kurang juga ahli Briged ini melompat ke sana walaupun hanya menyertai pertandingan kawad sahaja.
Tetapi itu tidak menjadi halangan kepada ku sehinggalah aku cuba untuk bersama dengan kadet yang kurang mendapat sambutan walaupun pada suatu ketida pernah gah iaitu Kadet Bomba dan Pertahan Awam(PA). Tetapi PA pada masa itu tidak begitu aktif, jadi kami banyak berkerjasama dengan kadet bomba, sampaikan gambar dalam majalah pun orang yang sama he..he..
Setelah beberapa timbalan bertukar iaitu Saudara Izuddin, Saudara Syafiq Azmi dan yang terakhir saudara Rahaizad Ahma, barulah BBNK MPI mendapat sambutan, dimana beberapa junior yang juga pimpinan dalam pengawas, membantu untuk menggerakkan BBNK MPI ini.
Alhamdulillah tugas ku berakhir pada tahun 2004 dan pada tahun 2005, penasihat Beriged bakti bertukar kepada Cikgu Zuhairi dan Cikgu Mat Noor yang menggantikan Ust. Wardi serta ditambah dengan penasihta perempuan iaitu cikgu Nor Izura dan Madam Zainara kerana BBNK MPI telah membuka keahlian untuk perempuan.
Akan tetapi apa yang mengecewakan aku ialah mereka telah melupakan golongan yang mempertahankan sekian lama kadet ini yang pernah suatu ketika dahulu mendapat ancaman untuk dibubarkan kerana ahli hanya 5 orang sahaja dan BBNK ini juga digunana untuk unit amal dibawah PAS sedangkan BBNK ini direct daripada ABIM.
Selepas tamat SPM aku berbincang dengan Rahaizad (mantan timbalan) untuk meneruskan kegiatan ini diperingkat kesukarelaan pula yang dipanggil Skuad Ibu Pejabat (sekarang dikenali Skuad Sukarelawan Remaja (SSR)) yang berpusat di pejabat ABIM tanjung mas Kelantan.
SIP atau SSR ini menghimpunkan pimpinan daripada setiap sekolah yang ingin menyumbang darisegi tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan dan kejurulatihan.
Aku bersama Rahaizad, Mustaqim dan Aiman Hilmi bersepakat untuk menyertainya dengan mengisi borang serta wang pendaftaran RM5 pada masa itu aku bersama teman-teman berurusan dengan Kak Nah (Cik Hasnah).
Bermulanya bergelar SIPProgram yang mula2 aku menjadi AJK ialah dalam APR dimana aku, rahaizad dan mustaqim (pada masa itu aiman ada halalangan) ke pusat Islamic Outreach ABIM di Kok Lanas Kelantan biarpun sudah sehari program itu bermula.
Sampai sahaja aku disana, aku ditawarkan untuk mengajar kawad dan kebetulan aku minat dalam bab ni. Aku berjumpa dengan 1st encharge kawad pada masa itu iaitu Saudari Tngku Nur Amn bekas juara kawad kaki di perkhemahan perdana yang lepas dan beliau pun sama-sama mendaftar menjadi SIP.
Pada malam itu, ada sesi taaruf, barulah aku boleh tengok sorang-sorang ajk yang menjadi SIP dari pelbagai pimpinan sekolah. Pada masa itu orang badjet kami ni budak wara' la ki..ki..
Setelah lama dalam APR itu barulah kami saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bersama dalam program-prgram lain yang dianjurkan oleh BBNK termasuk Perkhemahan Perdana dimana aku pada masa itu ditugaskan sebagai Teknikal, aiman dan mustaqim sebagai logistik dan rahaizad sempat bersama hanya seketika kerana melanjutkan pelajaran.
Sehinggalah keluarnya keputusan SPM, aku mengambil keputusan untuk meneruskan STAM di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Rahaizad, ke Poli-Tech Mara, Kedah, Mustaqim ke Kolej Teknologi Indra Kayangan, Perlis dan Aiman Hilmi ke UiTM Penang.
Tinggalah aku keseorangan bersama beberapa lagi yang masih menyambung pelajaran di peringkat STAM dan STPM maka yang lain sudah selamat menyambung pelajaran ke IPT luar dan dalam negeri.
Sehinggalah pada bulan 12, mereka kembali kerana dalam cuti semester dan dalam masa yang sama, diadakan program yang mencari pelapis kepada SIP ini iaitu Kem Jati Diri.
Mula Menjadi Office BoyPada tahun 2006, pada masa itu masih dalam pengajian STAM di Maahad darul Anuar (MADA), aku sering ke pejabat pada waktu lapang tetapi tidak kerap kerana mengejar masa belajar lagi dan bekerja sambilan di stesen minyakPetronas Dusun Muda.
Dan selepas itulah sementara menunggu keputusan STAM keluar, aku menghabiskan masa berada di pejabat BBNK dengan membantu darisegi urusan pelajabat bersama Kak Nah. Pada masa itu lah aku merasakan selesa di sana. Pada masa itulah aku kenal Kak Jat, Kak Pah, Kak Su dan Abg Afzan sehinggalah tidak disenagi oleh individu,individu yang tak berakhlak sampaikan kami (aku, asmawi dan Asmazira) di cop..err... emm.. malu nak bagi tahu perkataan tu.. tak pelah....(nak tahu tanya aku personal).
Aku terus berkeras untuk disitu dan aku telah bertekan dengan Pok Mat yang selalu mengawal anak buahnya untuk buat yang dia suka dan dalam masa itu aku bertegaskan" jangan ganggu saya lagi dan saya tidak suka dikawal..". Dia menerima dan ok... blah...buat la hal sdiri...(nak tahu cerita lebih lanjut..tanya aku lagi..)
Sehinggalah keluarnya keputusan STAM..akan tetapi aku gagal satu mata pelajaran yang menyebab aku tidak dapat sijil. Selepas itu rahaizad juga yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang agama cuba mengajak aku untuk masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,KUIS ( dulu dikenali sebagai KISDAR).
Aku menerima pelawaan itu dengan mengisi borang online dan alhamdulillah aku dan Rahaizad telah diterima masuk dimana aku dalam bidang Usuluddin manakala Rahaizad dalam Bidang Syariah selama 3 tahun (2006-2010).
Biarpun begitu, kami tidak lupa akan BBNK ini dan pada cuti sebulan, kami balik dan pada masa yang sama kami menjadi urusetia dalam Perkhemahan Perdana BBNK 2007 di kok Keli dan kami bergiat sehingga ke hari ini....
DAn akhir sekali ucapan tahniah aku kepada pihak Pertubuhan Briged Bakti kerana telah berjaya menubuhkan BBNK ke peringkat kebangsaan pada thun 2009 iaitu Pertubuhan Briged Bakti Malaysia (BBM).
Untuk maklumat lanjut sila layari
www.brigedbakti.org.my @
www.brigedbakti.blogspot.comdi Perkhemahan perdana 2008
Pada malam Aspirasi Kebudayaan berkheman perdana 2008
XPDC ke Gunung St0ng 2009
Perasmian penutup APR
Antara latihan di APR
0 comments:
Post a Comment