Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?


Esok (15 Sept 2009) merupakan kertas peperiksaan penamat bagi semester 5 ini, namun aku punyai pelbagai halangan dan cobaan dalam mencapai kepada hari ujian itu.


Sudah seminggu aku diuji dengan penyakit, dimana pada kertas ujian sebelum ini, aku mengidap selsema dan dengan segera aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan, bimbang akan keadaan sekarang dengan kes H1N1 yang masih belum pulih, Waiiyazubillah... Alhamdulillah aku sembuh jua biarpun sedikit gangguan semasa menjawab soalan didalam dewan.

Selepas itu sebelum menduduki kertas ujian sebelum ini, kepala ku diserang kesakitan yang amat dengan denyutan yang mendadak, aku tidak dapat menumpukan akan hafalan tetapi dengan semangat untuk lulus ujian , aku tekat keluar membeli ubat penadol (actifast) pada pagi tersebut seleas jagar dari tidur seleas subuh. Aku terpaksa membuka puasa awal untuk menelan 2 biji ubat itu. Alamdulillah ia dapat dikawal tetapi pada pagi itu aku tidak dapat hendak mengulang hafalan sedangkan ujian disebelah petang nya.

Esok merupakan subjek ujian terakhir bagi bidang aku dan tiga hari selepas itu tarikh kepulangan aku ke halaman, namun perjalannya juga tidak mudah kerna aku demam tiba-tiba, biarpun pada malam itu badan ku sudah merasa ketidaksenangan. Pada pagi keesokan harinya aku ke masjid kampus untuk mengulang hafalan tetapi agak terganggu dan aku terpaksa ke klinik sekali lagi untuk pemeriksaan. Apa yang doktor bagitau, aku memang mendapat demam tetapi diperingkat ringan dan dia memberi sedikit ubat demam, pening dan batuk.

Aku tidak mengetahui apa yang akan terjadi besoknya, insya' allah aku dapat menghabiskan hafalan dan boleh manjawab ujian dengan tenteram. Aku juga berterima kasih kepada "cdia" kerana terus memberi semangat kepada ku dan mengambil berat. AKu tidak memberi khabar kesihatan ku kepada ibinda di kempung kerna biarlah bonda menjalankan kehidupan seperti biasa insya'allah aku selamat sampai dikampung... SELAMATA HARI RAYADARI KU..

LAWAN TETAP LAWAN !!!!



Perjalan ini sudah aku duga dan aku bersedia menghadapinya kerna ia dalah fitrah kehidupan. Ujian datang dalam pelbagai rupa tidak kira dari segi kenikmatan atau keazaban dan ada juga kadang-kadang ia merupakan balasan atas kesilapanku sepanjang perjalanan ini. Aku sentiasa mensyukurinya kerana ia membawa 1001 hikmah kepada iman ini.

Aku sedar dibahu ini terpukul segunung amanah dan harapan daripada mereka yang memberi kepercayaan kepada diriku dan aku meminta maaf jika ia tidak dapat di langsai kesemuanya yang mungkin bertambung dengan ujian kehidupan.

Akan tetapi aku tidak pernah berundur walaupun seinci kerana LAWAN TETAP LAWAN! adalah pendirianku. Aku tidak menghiraukan suara-suara belakang walau aku tahu ia mungkin kesilapan aku kerana aku bergerak sekadar kemampuan individuku.

Aku mengistiharkan aku masih berdiri teguh dan tiada istilah jatuh dalam perjuanganku kerana aku telah melihat bagaimana mereka-mereka yang pernah "futur" ditengah jalan. Apa yang pasti aku berbuat sedaya upaya aku kerana aku sedang menuju kesuatu masa yang akan memberi sepenuh kekuatanan dan aku akan GEMPUR!!! GEMPUR!!! GEMPUR!!!

Kamu nak melangkah keluar, silakan, anda hendak kebelakang aku tak kisah, MATA engkau ktan serong terhadapku, pedulik peh.. terget aku ialah mereka yang komited kepada perjuangan bukan yang memilih tempat.

Prinsip perjuangan ku adalah rendah diri, aku tidak merasakan hebat dalam kalangan yang hebat. Aku tidak perah mengejar darjat jika ia tidak memerlukan, aku hanyalah seorang yang ingin belajar dan melengkapkan diri. Mungkin diri ku sedikit keras dan panas, tetapi ia tidak menjadi halangan kerana Saidina Omar lebih keras dan garang sehinggakan SYAITAN takun dengannya.

Ingta lah sahabat, perjuangan dalam gerakan Islam memerlukan ke ikhlasan, komited, ilmu dan amal. Jika mereka tidak mahu... tinggalkan aje, jika mereka banyak songeh lantaklah! aku tidak mengira anda siapa, bekas ape pun yang penting adalah komited yang tidak punya banyak alasan!

Dan Ingatlah... aku akan disini untuk selamanya dan tidak akan terdetik dijiwa untuk memaling kan muka. lisan perkataan tidak akan mengubah pendirianku.. percayalah dihadapan ada peluang menanti untuk .....GEMPURRR!!!! salam perjuangan........

Alhamdulillah, pada hari ini (1 Sept 2009) aku diizinkan oleh Allah SWT untuk menduduki peperiksaan selepas mengharungi halangan-halang dimana jika aku tidak berusaha maka aku akan disekat untuk memasuki dewan.

Bagi aku ujian ada semester ini adalah yang paling bermakna dan memberi beberapa hikmah. Ia juga perhitungan aku untuk meneruskan pengajian pada semester hadapan

Pada semester ini aku mengambil 5 subjek saja berbanding yang lepas iaitu 8 subjek. dan jadual peperiksaan pun banyak dijarakkan dankekosongan dan ia membolehkan aku mengulangkaji dalamtempoh yang panjang.

Kertas terakhir aku pada 15 sept 2009, dan selepas itu aku akan bercuti raya selamase bulan hingg a 20 Oktober 2009 (sebulan bermula raya). aku dengan izin Allah akan berangkat pulang dengan bas express pada 18 september 2009 jam 8.30malam.....

Pada 9 Ogos 2009 berkahirnya Majlis Himpuna Agung Tahunan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia ke 48 (MPAT-48 PKPIM) dimana ia telah berlangsung di Wisma Belia, Kuala Lumpur, Jalan Syed Putra.

MPAT ke-48 ini dibuat bersama-sama Kongres Pelajar dan Penegasan Teras-teras Kenegaran pada 7 dan 8 ogos yang dirasmikan oleh YB Dato Saifuddin, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.


MPAT-48 ini merupakan himpunan tahunan gabuangan PKPIM dari kampus-kampus dan juga negeri bagi membincangkan penambahbaikan perjalanan gerak kerja sepanjang setahun berlalu dan juga tempat untuk memilih pimpinan.

Pihak PPIK telah menghangtar 2 orang perwakilan iaitu Saudara Syahiran (setiausaha Agung) dan juga Saudari Khairiah dari KUIS dan juga 2 orang pemerhati iaitu Saudara Faizal dari KLMU dan Saudari Syazwani dari Kolej Shah Putra.

Pada tahun ini merupakan tahun pemipucuk pimpinan baru dimana Saudara Faisal Abdul Aziz telah diamanah kan untuk meneruskan tampok pimpinan sebagai Presiden 09/10 dan nama lain seperti timbalan Presiden iaitu saudara Akmal, Naib presiden kebangsaan Saudara Hanif, Naib Presiden Antarabangsa Saudara Abu Qasim, Naib Presiden Hal Ehwal Siswi (HEWI) Saudari Akmar, Setiausaha Sudara Khairul Anuar Musa,bendahari saudari Syafawati dan beberapa barisan exco yang belum nyatakan lagi.

Pada malam sebelum hari terakhir, telah diadakan malam tautan anak negeri dimana setiap anak negeri tidak kira dari kampus atau dari badan gabungan lain dikehendaki menyertai negeri masing-masing dibawah badan gabungan negeri PKPIM.

PPIK telah berjaya mengumpulkan anak negeri dari kampus lain dan di kendalikan oleh saudara Syahiran selaku Setiausaha Agung PPIK pusat dan juga perhubungan kampus.

Disini pihak PPIK mengucapkan tahniah kepada pimpinan baru PKPIM kerana dipilih oleh Allah SWT untuk meneruskan perjuangan dalam memartabatkan suara pelajar dan Islam khasnya.

Perasmian dan Ucaptama Oleh YB Saifuddin

Antara Pembantang dalam Kongres Pelajar

Muktamirin dan Muktamirat

Barisan Pimpinan PKPIM 08/09

Menyanyikan Lagu Negaraku, Asma'Ul Husna dan Lagu Hidup Biar Berjasa (PKPIM)

Saudara Ku Nazri (Speaker)

Pembubaran Pimpinan

Gimik Perlantikan Presiden Baru Oleh Mantan Presiden Saudara Hilmi Ramli

Ucapan penangguhan oleh Mantan Presiden

Ucapan Penangguhan Oleh Presiden Baru

Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri

Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri
Ahli PPIK dari pelbagai Kampus dalam Malam Tautan Anak Negeri

Bergambar kenangkenangan ahli PPIK