Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?


Esok (15 Sept 2009) merupakan kertas peperiksaan penamat bagi semester 5 ini, namun aku punyai pelbagai halangan dan cobaan dalam mencapai kepada hari ujian itu.


Sudah seminggu aku diuji dengan penyakit, dimana pada kertas ujian sebelum ini, aku mengidap selsema dan dengan segera aku ke klinik untuk mendapatkan rawatan, bimbang akan keadaan sekarang dengan kes H1N1 yang masih belum pulih, Waiiyazubillah... Alhamdulillah aku sembuh jua biarpun sedikit gangguan semasa menjawab soalan didalam dewan.

Selepas itu sebelum menduduki kertas ujian sebelum ini, kepala ku diserang kesakitan yang amat dengan denyutan yang mendadak, aku tidak dapat menumpukan akan hafalan tetapi dengan semangat untuk lulus ujian , aku tekat keluar membeli ubat penadol (actifast) pada pagi tersebut seleas jagar dari tidur seleas subuh. Aku terpaksa membuka puasa awal untuk menelan 2 biji ubat itu. Alamdulillah ia dapat dikawal tetapi pada pagi itu aku tidak dapat hendak mengulang hafalan sedangkan ujian disebelah petang nya.

Esok merupakan subjek ujian terakhir bagi bidang aku dan tiga hari selepas itu tarikh kepulangan aku ke halaman, namun perjalannya juga tidak mudah kerna aku demam tiba-tiba, biarpun pada malam itu badan ku sudah merasa ketidaksenangan. Pada pagi keesokan harinya aku ke masjid kampus untuk mengulang hafalan tetapi agak terganggu dan aku terpaksa ke klinik sekali lagi untuk pemeriksaan. Apa yang doktor bagitau, aku memang mendapat demam tetapi diperingkat ringan dan dia memberi sedikit ubat demam, pening dan batuk.

Aku tidak mengetahui apa yang akan terjadi besoknya, insya' allah aku dapat menghabiskan hafalan dan boleh manjawab ujian dengan tenteram. Aku juga berterima kasih kepada "cdia" kerana terus memberi semangat kepada ku dan mengambil berat. AKu tidak memberi khabar kesihatan ku kepada ibinda di kempung kerna biarlah bonda menjalankan kehidupan seperti biasa insya'allah aku selamat sampai dikampung... SELAMATA HARI RAYADARI KU..

0 comments: