Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

*klik untuk imej yang lebih jelas

Alhamdulillah pada tahun ini aku masih diberi peluang oleh Allah SWT untuk menikmati Aidilfitri bersama-sama keluarga. Kerana pada tahun ini lengkap dengan adik beradik, bersama pasangan masing-masing ditambah pula bonus iaitu anak buah . Orang yang paling gembira tak lain ialah ma dan ayah.

Aku bertolak pulang berhari raya malam dua hari sebelum raya dan tiba di Kelantan pada pagi pukul 8 bermakna aku masih ada 1hari sebelum raya. Nasib baik persiapan aku tidak begitu banyak. Dari segi pakaian sudah ada cuma perlu gosokkan je.

Tahun ini aku memakai pakaian biasa yang aku pakai pada raya dua tahun lepas iaitu jubah hijau gelap bersama lilitan serban warna putih yang aku beli di masjid India K.L he..he.. Tetapi iitu tak bermakna aku tidak ada baju raya baru, kerana aku ckup berterima kasih kepada ma kerana saban tahun, beliau selalu belikan baju baru biarpun aku kata "baju tahun lepas kan ada lagi..?"

Tahun ini aku memakai baju melayu warna kelabu yang butang ditengah bersama sedikit line keemasan di tepi kiri dan kanan dada ku.

Seperi biasa aku solat Aidilfitri di Masjid Mukim Paya Rambai dalam kampung Paya Rambai dengan kenderaan pasangan kepada kakak-kakak ku (kesunyian plak rase masih single) kerata suami kepada kakak ku yang sulong jensi Honda Accord warna putih dan kakak ku yang kedua GEN-2 pun warna putih.

he..he.. tahun ini la merupakan aidilfitri transformasi kepada aidilfitri tahuan lepas kerana transisi zaman budak-budak kepada zaman dewasa. dulu kami selalu berbonceng ke masjid masa iu semua masih single, sekarang zaman dah berubah. enjoy ma tahun ni leh rasa kerana menantu die he..he.. ayah sudah awal kemasjid dengan motor honda 50 nya. maklumlah tok bilal he..he..

Tahun ini juga aku tidak berseorang di tempat saff solat kerana melayan karenah anak sedare yang sulong, baru aku tahu tak leh duk diam gak budak ni, dah la menjerit masa orang tengah solat, tak macam pakcik die dulu-dulu, sopan santun he..he..

Selepas solat seperti biasa rumah mula-mula sekali yang akan dikunjungi ialah rumah tok sedare depan dengan lorong nak masuk rumah aku. disitulah sanak saudara yang jauh-juah sebelah ayah berkumpul.

Selepas itu alang-alang ade kereta ma pun mengambil peluang tok berkunjung ke rumah sepupunya yang dah lame tok gi. memang diorang terkejut sebab sebelum ni tak kenal pun anak-anak ma ni he..he.. kena lok ado hok hesem sorang yang tungal laki ni..betoi tak tipu he..he..

Pada keesokan harinya aku bersama keluarga sebelah ma ke perkuburan moyang dan pak sedare yang sulong di perkuburan banggol. Memang menimbau memori lama lah kerana masa kecik-kecik dulu aku diasuh oleh moyang perempuan sewaktu ma dan ayah pergi bekerja, masa tu moyang lelaki dan meninggal.

Selepas tu ke rumah sepupu pak sedare sulong wah mereka pun tak kurang hebatnya.. bukan pe semua dah kawin siap ada anak lagi he..he.. eh... silap sorang lum kawin lagi yang sulong lak tu he..he.. takpe laki..

Pada sebelah petangnya aku ke rumah Ustaz Zahidin "Abah" aktivis ABIM dan WADAH Kelantan. Disana aku bertemu teman-teman dalam ABIm Kelantan, adik-adik Briged Bakti dan ABIM Besut.

Hari ketiga aku kerumah sepupu kawin tapi nenek lain atok same he..he.. walau pun ak kenal tapi time bergambar dengan pengantin aku la yang dulu nak masuk :)

hari keempat ramai orang yang buat rumah terbuka, rumah mak sedara pastu pak sedara sebelah ma dan ayah. lepas tu kerumah ustaz faisal YDP ABIM Kelantan bersama adik-adik PPIK "Cawangan Kampus UIA Gombak."

hari raya kelima kenduri kawin lagi di rumah kawan... yelah die takm pe la dah dah habis belajar, dah ada kerja lak tu, engineer lak tu he..he.. aku ni.... "in waiting".

sebelah petang lak aku kerumah ustaz Nasaruddin Naib Ketua Pemuda PAS Kota Bharu, beliau ni banyak membimbing semasa dalam pengawas dan badan dakwah di sekolah menengah dahulu.


Cuti Semester Selama Sebulan

Begitulah seterusnya... selepas eminggu beraya aku menunggu pejabat ABIM Kelantan ni habis cuti selama seminggu.

Aku bercuti selama sebulan sempena cuti semester dan sebagaimana sebelum-sebelum ini aku menang akan menjadi sukarelawan di pejabat ABIM Kelantan dan juga menjalankan tugas sebagai SU PPIK ditempat yang sama untuk membantu pihak ABIM dan menyelesaikan apa-apa yang berkaitan dengan PPIK.

begitulah aktiviti aku sepanjang cuti dan raye.... he..he..

0 comments: