Alhamdulilah dengan izin Allah, Aku telah selamat sampai ke rumah sewa di Bandar Seri Putra, Bangi,pada jam 5.05pagi tadi di terminal bas Putra, KL dan bertolak dari setesen bas Langgar,Kota Bharu pada jam 9.30pagi dan ini memberi makna bahawa cuti semester ku semenjak Aidilfitri lalu sudah berakhir.
Sebenarnya aku pulang ini dengan keadaan tidak bersedia kerana menyangka 19haribulan itu jatuh pada hari selasa, tetapi sangkaan ku meleset apabila pada waktu pagi isnin "Mama" menanyakan bila hendak ambil duit perbelanjaan, pada masa itu aku kata"sempat lagi..kan balik esok?" mama pun dengan muka terkejut mengatakan"weh bas male ni la! kato nok balik 19haribulan!!" aku pun dengan keadaan terkejut terus "check" tarikh dalam telefon dan memang benar hari ini lah aku kene balik ke kampus he..he..
Dengan keadaan yang tak tahu nak buat ape aku macam biasa ke pejabat ABIM Kelantan dan selepas itu pada hari terakhir di KB ni aku hendak bersarapan dengan roti canai "Cotek" salah satu makanan kegemaranku.
Dalam perjalanan ke kesana, aku terserempak dengan Ust Faisal YDP ABIM dan memberi tahu beliau aku akan pulang pada malam ini dan beliau kata insya'allah kita jumpa sebelum balik nanti.
Selepas menikmati sarapan, satu sms dari ust. Nasaruddin menanyakan bila balik sana? aku mengatakan malam ini, beliau pun terkejut dan ingin meminta aku buatkan blog untuk YB Takiyuddin ADUN Bunut Payong. Aku mengatakan tak pe kita jumpa tengah hari nanti.
Samapai di pejabat, aku ke kedai percetakan Triple 3 ditingkat bawah pejabat untuk menganbil kad nama Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) aku.
Pada waktu itu juga Kak Su menanyakan bila balik, aku katakan malam ini, die pun kata lor.. meh tolong kak su instal YM dengan Winamp.
Bila aku naik ke pejabat di tingkat 3, aku terus membuka laptop dan ke bilik Kak pah. Kak pah mengajak makan, aku menerima pelawaan itu kerana kami (aku, kak pah, kak su dan kak nadrah) selalu bersarapan dan lunch bersama.
Aku menagataka akan balik malam ini, beliau terkejut, sambil aku bagi kad nama aku tadi.
Selepas itua aku menunggu kedatangan Abe afze, kerana ingin mengambil kunci asrama yang dipengang olehnya untuk menyerahkan kembali ke ust Wan Zainuddin. Aku menelefonnya dan aku mengatakan akan balik malam ini, die terkejut dan akan sampai pada tengah hari nanti.
Pada sebelah tengah hari aku ke tempat Ust Nasaruddin tadi di Pejabat Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu untuk membantu beliau tadi. dan aku telah menyiapkan 50% dan akan disiapkan dalam waktu terdekat nanti.
Selepas itu aku kembali ke pejabat ABIM...
Beginilah keadaan aku sepanjang cuti semester, aku lebih suka berada di posisi kemasyarakatan daripada mencari kerja.
Disini aku ingin menguacapkan jutaan terima kasih kepada ust Faisal YDP ABIM kelantan kerana banyak memberi semangat dan panduan dalam aku membantuk diri ini dan juga dalam membina kembali PPIK ini.
kepada Kak Pah dan Kak Nadrah , terima kasih juga kerana sudi menjadi teman bicara dan juga seoarang kakak semasa di pejabat dan dalalam apa-apa aktiviti ABIM.
Kepada Abe Afzan, terima kasih kerana sudi melayan karenah aku ini walaupun karenah mu boleh tahan juga he..he.. dan juga banyak membantu dalam apa jua keadaan.
Kini aku di perantau kembali dan aku akan terus berperanan disini sebagai mana dipelajari sepanjang berada di ABIM Kelantan waktu cuti baru-baru ini dan Insya'Allah kita akan berjumpa lagi pada hari raya Aidil Adha rase cuti dua minggu lak he..he..
ok..salam perjuangan dan kasih sayang
0 comments:
Post a Comment