Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Hati ini Sudah Bangun

Jabal Tariq (Gibraltar) Si Gunung Penakluk Eropah


Mengapa diri ini sungguh berat nak siapkan tesis ni, mungkin ini lah kelemahan aku dan banyak lagi kelemahan aku. Alhamdulillah Allah sudah membuka kelemahan aku untuk tatapan diri sebagai pemuhasabah, kalo tidak aku erus dgn leka.

Namun begitu, dari dulu lagi aku tidak pernah berkata layak dalam memikul tanggung jawab yang berbar ini, biarpun aku bukan lah pemimpin negara tapi aku berada bersama-sama pemimpin umat yang bertungkus lumus, bersengkang mata dalam berfikir akan masalah umat, ini.

Aku merasakan diri jauha sangat seperti mereka malah adik-adik yang bekerja di peringkat kampus. Aku mengaku aku juga seperti mereka menjaga kampus dan negeri, malah kadang-kadang beraksi di peringkat pusat jika diperlukan. Dalam fikiran ku, aku hanyalah sebagai penongkat sementara menunggu generasi yang lebih berkualiti bagaikan menunggu buah yang masak, aku sebagai tuan yang menjaga pohon ini supaya tidak dimakan binatang.

Kadang-kadang aku terkilan dengan generasi lama, apakah yang mereka mahukan sebenarnya? Adakah aku disini hanya semata-mata pekerja. Aku masih muda, maku mahukan tunjuk ajar dari orang lama. Tatapi mengapa merek sebaliknya? Kalo mereka tidak mahukan pelapis, apa yang mereka jana sebelum ini? Wang? Semangat Politik? huh.. salah tu..

Kadang-kadang aku merasakan kehadiran ku ini berada ditampat yang salah, naum Allah swt menghantar 2orang individu yang menjadi pengikat kepada aku akan terus berada disini. Namun pendirian aku tetap sama.

Aku untuk tidak mahu untuk berfikir akan masalah ini yang penting adalah kerja. Aku cuba menjalankan segala tugas walu hati ini masih berkial2 mencari jawapan dan tujuan.

Tidak lama sebelum ini, tidak ku sangka aku mula rebah, kerna aku hanya bekerja diatas sesuatu yang tidak nyata. mengapa mereka melakukan sebegini? Apa yang mereka nak? yang aku faham kita disini adalah penjana generasi, tetapi mengapa begini sikap mereka?

Aku muali serabut sehinggakan aku terpaksa meniggalakan ia dan menumpukan perkara yang pasti walaupun sebelum itu aku baru sahaja selesai mendengar ngauman sang penakluk hati-hati pejuang yang menceritakan pengalaman lamanya dalam perjaungan ini.

Akan tetapi aku tidak dapat menahan hati ini setelah aku merasakan 2orang pengikatitu tidak teguh. AKu memerlukan "role-model" aku tidak dapat berdiri tanpanya didalam perjalanan perjuangan ini.

Sampai dibilik asrama setelah meninggalkan tmedan itu, aku mulai berfikir, aku melihat keluarga yang lain lebih menghargai aku, tetapi aku merasakan tidak perlu aku mengikut mereka sebab mungkin tugas aku disini sebagai pembantu dalam membangukan semua keruntuhan di medan yang sudah lama aku berdiri ini.

Sebelum itu, aku sudah menolak segalanya tidak kira lah apa tugas yang diberikan, peringkat kampus ker, negerike, ketua pengaji ker. Aku tidak mahu semua itu, aku serabut!!

Tiba-tiba aku bertanya hati ini bagaimanakah keadaan kamu sekarang? Jawab hati, aku tidak dapat berdiri sekarang kerana penyokong aku yang sebelum ini menjadi tongkat sudah kamu buangkan. Oh itu rupanya.. aku sudah faham meranan aku, yer, ok baik aku tinggalkan tetapi tidak semua, tidak boleh banyak, aku ambil sikit.

Tiba-tiba timbul bibit kebangkitan diri ini, aku mulai tergambar akan gerakan yang sebenar dan apa yang aku buat. Aku terlihat 3buah buku ini, duanya abg afzan beli di PWTC dan satunya adalah buku yang aku jual, tetapi yang pasti ia memberi seribu teguran kepadaku. Mereka yang dicerikatakan dalam buku itu bertungkus lumus membawa syiar ini namum dengan kerakusan mereka juga usha beratus tahun itu musnah di pihak musuh.

Aku mulai sedar dan aku akan mengambil peranan ini dan perana dulu, aku yakin dengan pengganti ku dan di negeri, aku sudah berbincag dengan YDP walu kadang2 aku jua terasa dengan mereka yang se akan2 meninggalkan keluaraga sendiri dan menaikkan keluarga angkat.

Aku sudah mebuat keputusan dinegeri serahlah pada negeri. maaf aku tidak mahu campur. Otak aku ini tidak mampu memikirkannya, buat lah ape pun, aku tidak mahu membuang masa, lalu pada malam itu juga aku menyatakan hasrat kepada abg afzan.

Dikampus pula kebangkitan dirasai bila si penonggak menegur ku, aku sudah lama tidak melawatnya semenjak kenaikan pangkat nya ke pengarah Akademi Islam KUIS. Namun dengan ketentuan Allah, beliau mengur ku dan bertanyakan pengkhabaran angkatan di kampus ini. Aku mulai bersemangat kembali, biarpun jawapan ku simple"dalam proses pendaftaran" tatapi dari nsitu aku melupakan halangan yang aku tempuhi iaitu tesis dan kelas sem pendek.

Tiba-tiba aku teringat kata-kata pensyarah ku yang sebelum ini banyak bersama, beliau pada masa itu mengetengahkan persoalan imam mahdi yang kebanyaakan hadis mengenainya dhaif, dan beliau membuat kesimpulan dengan tidak meolak akan hadis itu, tetapi menegaskan.. " Kita Bukan Bersifat Menunggu..Tetapi Kita Perlu Bertindak..Bukan Menuggu(imam mahdi)" Siapa pemimpin nanti.?? kita jawab, Kamilah pemimpin nanti yang kedepan dengan panji ISLAM.

Itu sudah cukup membuat aku sedar kembali, yang pasti harapan agar ia menjadi sebati sebagai darah dan daging dalam jiwa ku. isnya'Allah...

Maka Wajah Baru ku Ini Bermula!!!

Jika Tidak Kerna Bulan..
Masakan Bintang Terbit Tinggi...
Jika Tidak Kerana Tuhan...
Takkan Saya Berada Disini..

Wassalam.

Pada 24 Mac 2010, aku dijemput oleh Anda Biijak jauhi Zina (ABJZ) Counsaltant menjadi tarinner untuk membina laman blog dengan menggunakan Blogspot bertempat di Pusat Komuniti Jemaah Islam Malaysia (JIM), Taman Melawati

Aku ke sana dengan Abg Syamil pada jam 1petang dan beliau merupakan "1st encharge" kepada Counsaltant ini. Sampai disana aku makan tengah hari dan solat Zohor. Pada jam 2 petang barulah slot aku bermula.

Bengkel blog ini dibuat di bilik mesyuarat Islah di pejabat yang sama dimana mereka yang sertai adad dikalangan trainner ABJZ Cousultant iaitu Abg syamil, Abg Ariff Farid, Kak Siti, Puan Saleha, Saudara Khairul (Timb Presiden KARISMA), Puan Rosmawati (Ummi Ros) yang juga pengarah raudhatul Sakinah dan juga teman saya dari KUIS Saudara Nasrul Izad yang sedang membuat praktikal disana.

Bengkel dibuat khas untuk Trainner2 ABJZ bagi menyelaraskan jenisnya bagi memudahkan orang ramai mendapat maklumat mengenai ABJZ dengan lebih mudah dan terus.

Biarpun dalam bengkel selama 3jam ini tidak dapat menyempurnakan blog2 mereka dari segi kecantikan kerana laman blog mereka ini akan dibuat seakan-akan websaite bukan seperti laman2 blog biasa.

Ucapan terima kasih kepada pihak ABJZ kerana sudi menjemput saya biarpun dan daripada situ saya boleh kenal dengan mereka yang berpotensi dalam bidang kemsyarakatan ini disamping boleh berkongsi pengalaman dan menambah ilmu.





Aku berkampung dalam Sem Pendek

Sudah 3minggu teman2 yang lain menikmati cuti, dan selama itu juga ramai teman2 seperjuangan yang sudah lega sepelas 3tahun berjuang dalam mengejar Diploma ini dan dalam masa yang sama, aku masih di KUIS meneruskan perjuangan menghabiskan saki baki subjek dan latihan ilmiah.

Mungkin ia kelemahan aku yang tidak mampu untuk memberi fokus kepada banyak perkara dan subjek2 yang begitu banyak. Begitu juga halnya dengan penyiapan tesis ini, aku ak dapat untuk menumpukan dalam pembikinannya.

Dalam sem pendek ini, aku kena habiskan beberapa surah hafalan dan juga latihan ilmiah disamping terpaksa membahagikan masa untuk mencari sedikit pendapatan dengan bekerja sebagai pembantu pensyarah dalam pembikinan laman web Ilmu.

Kadang-kadang akku merasakan cukup susah untuk mendapatkan segulung Diploma dalam bidang pengajian Islam Usuluddin ni. Tetapi semangat itu kembali selepas aku banyak bersemuka dengan pensyarah-pensyarah serta banyak bernayakan pandangan dan pengalaman mereka sewaktu perjalana menjadi seoarang cendikiwan .

Aku berdoa kepada Allah SWT yang berkuasa itu agar aku diberkati seluruh perjalan hidup ku dan dibantu sehingga mencapai cita-cita. Aku sedar jika aku tewas di pertengahan jalan ini aku akan menegecewakan mereka yang banyak membimbing aku daripada pelbagai bidang yang banyak membentuk aku sehingga menjadi seperti sekarang.

Aku akan menharuangi jua... LAWAN TETAP LAWAN.....

Semester Pendek sudah bermula, aku pada mulanya menyangkakan tak dapat lah pulang bercuti namun aku diberi rezki oleh Allah swt dimana selepas pendaftaran ada 5hari sebelum bermulanya pembelajaran, lalu selepas sahaja pendaftaran keesoknanya aku terus ke terminal bas Kajang membeli tiket pulang kekampung pada malam ini (10 mac 2010).

Aku meminta jasabaik seoarang sahabat yang mempunyai kereta menghantar aku ke terminal pada sebelah malamnya. Biarpun agak kelewatan sahabat itu datag ambil aku di asrama kerana ada sedikit urusan kerja sehinggkan hampir2 aku terlepas bas, tetapi aku dapat juga meneruskan perjalanan aku pulang kekampung halaman.

Sepanjang cuit 5hari ini, bermula hari rabu hingga ahad, melakukan perkara rutin aku bila pulang kekampung iaitu menjenguk pejabat Setiausaha Agung Persatuan Pembimbing Pelajar Islam kelantan (PPIK) di pejabat ABIM Kelantan yang sudah lama kekosongan he..he..

Aku berbual dengan kak Pah yang sememangnya seorang yang suka berbual dan berkongsi cerita dan Gosip he..he..

Selain itu juga aku berhasrat ingin berjumpa dengan beberapa pembimbing yang banyak memberi nasiahat dan tunjuk ajar iaitu ust. faisal dan abg afzan.

Ust. Faisal adalah YDP ABIM Kelantan yang kini baru sahaja di pilih untuk memegang jawatan YDP Majlis Belia Kelantan (MBK). Dari situ aku sudah dapat gambaran keadaan beliau yang cukup padat dengan agenda dan aktiviti sehinggakan pejabat Abim pun jarang dijejaki. Biarpun begitu, beliau dapat juga laungkan sedikit masa bersarapan roti canai dengan aku dan byak juga perkara yang dapat dibincangkan walaupun selepas itu beliau kembali bz...

Kemudian abg afzan dimana sewaktu percutian ni, beliau diambang peperiksaan Open Universitinya (OUM). walaupun begitu sempat juga pergi mendengar ceramah di USM, pastu mengikutnya mengisi slot sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan,
ke Kem Ibadah Exco Dakwah ABIM di Bachok, Makan satay di Bachok yang disertai oleh Zul Amin (GPTD Salahuddin) dan ke kenduri perkahwinan Kak Jak... yang penting sempat jua berbincang tentang gerakan dan masa depan ABIM Kelantan nih.

Majlis Perkahwinan Kak Jak

Aku amat bersyukur kerana kak angkat ku ni akhirnya dilamar oleh seorang jejaka ( kawan pada abg afzan gak..).

Ezzat Mulyawati atau Kak Jak ni seorang yang sporting dan tidak mudah marah. Beliau banyak membantu aku dari semua segi termasuk kewangan.

Kak Jak Suka warna Merah terang dan suka bunga Ros dan yang pastinya beliau seorang yang tidak berkira dengan adik-adiknya.

Pada 14 Mac 2010 adalah hari bertuah bagi Kak Jak dan Abg Hazrat kerana hari ini baru lah di war-warkan perkahwinan mereka setelah beberapa bulan membuat akad atas sebab-sebab tertentu.

Pagi itu aku ke Billion untuk mencari hadiah kepada nya, sebab dah janji sebelum ni, pening kepala aku untuk mencarinya, sampaiakan aku berbincang dengan "Cdia" hadiah ape yang elok untuk orang perempuan nih.."Cdia" kate " uish.. Ore gi bekwoh buke bui cendera hati, kne bui gelas 1 set.." Aku bila dengar tu. aduss orang tengah takda duit ni, suh beli gelas 1 set lak he..he.. aku pun bagi tau lah, " Duit tok cukup naok beli benda tu.." Pastu aku terus mencarinya sehingga terjumpa satu cendaramata dlmnya ada bunga Ros merah..ki..ki..

Pada waktu petang aku & abg afzan sampai. dan kebetulan hari tu abg afzan pakai tshirt berkolar, nampak mudaj biarpun jelas kelihatan maju kedepan he..he..

Biaselah dah kawin kakak angkat, suami pun orang kenal, jadi majlis tu wt cm rumah sendiri je ki..ki... ramai kawan-kawan abg harat dan abg afzan, siap bergambar pe lagi. Yang paling bes aku dapat makan bersama pengantin he..he...

Sudah puas bergambar dan berbual, dalam jam 5.30 ptg kami pulang kerana pada malam ni juga aku kena kembali ke kampus.

Selamat Pengantin Baru Kak.. :)



He..he.. Dapat Makan Bersama Pengantin..


Cewah... teringan gak rasannya..hmm.. tgu 5tahun lagi..opsss..

Nila grup Abg Afzan n Abg Abg Hazrat tu...


Machokan Aku... (Bia Israel tengok)

Ke Khemah Kerja ABIM Kelantan

Pada 15 Febuari 2010, aku ke Besut untuk menghadiri Khemah Kerja Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Kelantan, bertempat di Pejabat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) cawangan sana.


Aku yang kebetulan pulang bercuti sempena Tahun Baru Cina bersama-sama dalam Kursus tesebut yang di adakan untuk exco dan pimpinan bagi membincangkan perancangan ABIM Kelantan bagi jangka masa 2tahun.

Halatuju ABIM Kelantan disampaikan sendiri oleh Al-Fadhil Ust. Faisal yang juga merupakan YDP ABIM Kelantan dan selepas iu kami dibahagikan dengan beberapa kumpulan mengikut posisi masing-masing dalam organisasi, seperti aku bersama dalam perbincangan bagi posisi belia dan pelajar.

Selepas itu kami dan kumpulan yang lain dikehendaki membentangkan hasil perbincangan bagi diambil perhatian oleh YDP.

Mereka yang hadir dalam Khemah Kerja ini ialah,aku yang juga salah seorang exco, YDP Ust Faisal, Timbalan YDP En. Khairul Anuar, Setiausaha Negeri En. Alami, Penolong S.U En. Faizul Afzan, Bendahari En. Fadlul, Ketua HELWA Puan Nadrah, beberapa orang exco iaitu Ust. Amin, En. Bajili, Puan Suaidah & Puan Anith.Mereka yang mewakili ABIM Daerah iaitu Saudara Abdullah Nawi dan Ust. Che Soh dan beberapa orang staff iaitu En. Mazelan, Puan Ani, Cik Hasnah, Puan Habibah & Sir Syafiq. Khusus ini juga turut dihadiri oleh teman-teman dari ABIM Besut.

Kusus ini berakhir pada petang dan seleps itu aku tumpang abg afzan dan berehat seketike di rumah beliau dan kemudian terus ke stesen bas kerana malam itu kau aku kembali ke KUIS ki..ki..


Aku di jaga oleh 2 org body big ki..ki..


Lunch Time



Pearkh possing sambil duk bukak gula2


Tengok zuhudnyer orang2 ABIM ni, makan atas lantai jer,
dah la tengah jalan orang nak lalu.



Pada 9 Febuari 2010, aku bersama teman-teman iaitu Nasrul Izad ( Mantan Presiden MPM KUIS 09/10), Fakhrurrazi ( Mantan Presiden MPM KUIS 07/08) ,Nuaim ( Mantan YDP Persatuan Mahasiswa Undang-undang KUIS 09/10) dan Hilmi ( mantan Setiausaha Agung MPM KUIS 09/10) ke perhimpunan tertutup Mahasiswa Selangor.

Dalam perhimpunan yang bertempat di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, Shah Alam ini di hadiri oleh pimpinan pimpinan Mahasiswa dari pelbagai kampus antaranya KUIS, UPM, UniSEL, UM, dan beberapa lagi IPT swasta sekitar Shah Alam.

Perhimpunan ini diadakan adalah bagi mengetahui pendangan Mahasiswa tentang pentadbiran kerajaan Selangor serta menerima cadangan-cadangan dalam pembangunan generasi muda ini.

Saya dan teman-teman sebenarnya bukan mewakili KUIS kerana kami di jemput oleh Abg Saifullah yang merupakan PA kepada YB Nik Nazmi yang merupakan ADUN Seri Setia. Abg Saifullah juga adalah mantan Naib Presiden Antarabangsa kepada Persatuan kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM).

Setibanya kami di sana, kelihatan sungguh ramai pimpinan kampus termasuk KUIS yang baru sahaja di iktiraf sebagai MPM bagi 2010/11. Dan kami terus berjumpa dengan Abg Saifullah dan juga abg Noryzal yang merupakan Exco ABIM Pusat dan bekerja dengan YB yang aku tak ingat sape dah hi..hi..

Sementara menunggu kedatangan Tan sri Khalid dan Anwar Ibrahim, disampingkan dengan ucapan-ucapan beberapa Yb termasuk YB Azmin Ali Whip Parlimen Malaysia.

Kemuadian barulah Tan Sri Khalid dan beberapa minit kemudian Dato Sri Anwar Ibrahim tiba dan tidak disangkal begitu kuatnya pengaruh beliau sehinggakan kesemua audion berdiri biarpun ada diantara pimpinan kampus bukan mewakili parti polti seperti IPTA dan KUIS ( berlagak).

Ucapan alu-aluan disampiakan oleh MB Selangor dan kemudian oleh DSAI akan tetapi beliau menjadikan ucapanya itu sebagai satu syarahan kerana tidak dapat bersama dalam sesi dialog berikutan ingin menyesaikan beberapa masalah yang berkaitan dengan mahkamah.

Dalam ucapannya, DSAI menerangkan berkaitan dengan kes nya dimana difitnah oleh seorang pemuda yang berkhidmat dengannya tetapi di akhir menfitnah dia pula. ini lah generasi yang tidak berjati diri.

Selain itu, beliau juga memberi penduan kepada Mahasiswa dalam bergerak dan cara-carannya yang pastinya banyak berubahan dari zaman beliau dahulu.

Yang satu lagi ayat yang manarik perhatian aku aialah beliau menyatakan dia di jemput untuk sertai UMNO selepas keluar dari penjara dalam kes baling dan beliau di bimbing oleh Syeikh Dr. Yusuff Qardhawi dan Dato' Dr. Wahbah Zuhaily dalam isu-isu yang menimpanya. Memang benar beliau memang mempunyai pengaruh dengan pemimpin dunai Islam kerana penglibatan beliau dalam gerakan Islam di malaysia iaitu PKPIM dizaman mahasiswa dan ABIM di zaman selepasnya.

Selepas itu sesi dialog diadakan diantara Tan Sri Khalid, Azmin Ali dan Mahasiswa dalam beberapa isu dan yang paling memalukan ialah wakil dari KUIS yang banyak menimbulkan persoalan bagi aku iaitu :-

1. Safiq Akmal memperkenalkan dirinya sebagai presiden Gerakan Mahasiswa Sesat opss.. Sedar he..he.. sedangkan mereka sudah membubarkan diri di hadapan first cafe tahun lepas he..he..

2. Beliau membawa isu yuran yang telah lama dimana ia bukan lah isu yang besar kerana isu itu adalah diatara KUIS dengan MAIS yang memperuntukan kepada KUIS.

3. beliau menuntut RM5 juta dari MB Selangor untuk KUIS dihadapan kampus lain sedangkan UniSel pun ada pada masa itu kemuadian RM5 Juta itu hanyalah cadangan dan perlu di bincangkan dalam Dun terlebih dahulu.

Himpunan ini berakhir dalam pukul 11malam dan kami bertolak dan mencari kedai-kedai disekitar Shah Alam kerana tak sempat untuk menjamah makanan kerana sudah habis he..he.. kesian kan. Tapi tak pe aku belasah ABG aiskrim pastu diletakkan buah dan chokolate.. bes... he..he..

Sampai di KUIS dalam pukul 1lebih dan ditahan oleh pak guard kerana blim lewat, dan surat jemputan pula tak da, kemudian diminta kad pengenalan. Selepas si Nasrul Izad menunjukkan SMS jemputan Abg Saifullah barulah kami di lepaskan ki..ki.. dan beberapa minit kemudain barulah rombongan bas KUIS sampai.


Hadirin


Lupe dah sape die ni


Awek2 yg hadir ki..ki..


Ni YB... er...?
Pengerusi yg erm... lu tgk diri..


Tan sri duk jawan soalan


Anwar Ibrahim


Ucapan Aluan MB Selangor


ni yg jd moderator ni YB... salak selatan kalu xsilap


Azmin Ali.....Parlimen Gombak

Berbual dengan Abg Saifullah..PA ADUN Sri Setia


duduk : Nasrul Izad dan Razi, Berdiri: Nuaim & Helmi

Salam Ukhuwwah kepada pembaca,


Pada kali ini aku ingin berkongsi dengan teman-teman pengalaman aku di dalam bidang kesukarelawan, bagaimana boleh bermula, bagaimana dan apakah ia.

Bermulanya aku di dalam kesukarelawan apa bila di peringkat sekolah aku menyertai sebuah pasukan NGO( Pertubuhan bukan kerajaan) beruniform yang dipanggil Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK).

Pada masa itu, BBNK baru sahaja ditubuhkan di sekolah Maktab (Maahad) Pengajian Islam (MPI), Kota Bharu ,iaitu pada tahun 2000. Pada masa itu, penasihatnya iaitu Ust Wardi ingin membuka hanya kepada pelajar Saff Awal (Peralihan) dimana aku ketika itu berada.

Sebelum itu, Kadet ini memang mencuri tumpuan kepada pelajar-pelajar lain kerana kadet ini bersifat Islamik, yang paling istimewa selain kawad, pertolongan cemas, Pengurusan orang sakit dirumah, ikatan, ikhtiar hidup, perkhemahan, ialah kurukulum Pengurusan Jenazah yang tidak ada pada pasukan berunifiorm yang lain.

Ust. Wardi membuka penyertaan sewaktu mengajar didalam kelas, keistimewaan diatas lah yang menyebabkan aku serta rakan-rakan menyertainya dan aku dan seorang laigi teman terpilih untuk ke kursus ahli pangkat rendah, pada tahun 2000 bertempat di SRI Al-Hikmah Tg.Mas Kelantan.

Pada masa itu tidak banyak sekolah di Kelantan yang didaftarkan dengan BBNK ini seperti SMKA Naim Lil Banat, SMKA Falahiyah, SMKA Wataniah, SMK Puteri Saadong, SMK Kedai Buloh, SMK Zainab, SM Swasta Wadi Sofea dan beberapa lagi sekolah menengan yang aku lupa hi..hi.. dan pada masa itu sekolah dibawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan hanya beberapa buah sahaja iaitu Maktab Pengajian Islam (Sekolah aku), Maahad Tahfiz Pulai Condong dan SMU(A) Padang Siam (kini Maahad Ahmadiah,Tanah Merah).

Dalam kursus tersebut aku dan seorang teman diberi penerangan apakan itu BBNK dan fungsinya,dimana ia sebuah pertubuhan NGO yang bersifat kemasyarakatkan berkonsepkan Islamik dalam melahirkan golongan muda yang berjiwa besar dan mempunyai jati diri yang jelas dalm kehidupannya dismping ingin mengurangkan gejala sosial yang semakin meruncing.

Selepas daripada menghadiri kursus APR itu, aku dan teman kembali kesekolah dan menyusun organisasi. Aku pada masa itu masih tidak ada asas dalm pengorganisasianlalu meminta pandangan daripada senior-senior lama dan latihan kawad, kami menumpang jurulatih oleh Kadet Pertahanan Awam yang merupakan antara kadet tertua di MPI.

Aku dipilih sebagai timbalan pengerusi Kadet Briged Bakti MPI dan pada masa itu, Pengerusinya ialah saudara Azhar (Jahar). Latihan diadakan pada hari sabtu sebagai mana yang ditetapkan oleh unit Ko-Kurikulum sekolah.

Selain itu, keistimewaan lain dalam BBNK ini ialah perkhemahan Perdana BBNK yang mengumpulkan kesemua Kadet ini daripada sekolah-sekolah lain dan pada masa itu Perkhemahan ini diadakan di Jeram Pasu (tahun 2000). Akan tetapi aku tidak dapat bersama kerana ada halangan lain...(aku lupa kenapa).

Pada tahun berikutnya (2001) barulah aku dapat menyertainya dan pada masa itu aku sudah dinaikkan pangkat sebagai pengerusi dan juga Komandan kawad yan berpangkat sarjan dan ber tali merah dibahu.

Setelah beberapa tahun aku memegang pengerusi, aku masih mencari pelapis dan dalam masa yang sapa, di MPI pelajar-pelajar kurang untuk menyertai badan beruniform ini lebih-lebih lagi ramai yang masuk Kadet Polis yang sudah pastinya berketerampilan yang kelasdan tidak kurang juga ahli Briged ini melompat ke sana walaupun hanya menyertai pertandingan kawad sahaja.

Tetapi itu tidak menjadi halangan kepada ku sehinggalah aku cuba untuk bersama dengan kadet yang kurang mendapat sambutan walaupun pada suatu ketida pernah gah iaitu Kadet Bomba dan Pertahan Awam(PA). Tetapi PA pada masa itu tidak begitu aktif, jadi kami banyak berkerjasama dengan kadet bomba, sampaikan gambar dalam majalah pun orang yang sama he..he..

Setelah beberapa timbalan bertukar iaitu Saudara Izuddin, Saudara Syafiq Azmi dan yang terakhir saudara Rahaizad Ahma, barulah BBNK MPI mendapat sambutan, dimana beberapa junior yang juga pimpinan dalam pengawas, membantu untuk menggerakkan BBNK MPI ini.

Alhamdulillah tugas ku berakhir pada tahun 2004 dan pada tahun 2005, penasihat Beriged bakti bertukar kepada Cikgu Zuhairi dan Cikgu Mat Noor yang menggantikan Ust. Wardi serta ditambah dengan penasihta perempuan iaitu cikgu Nor Izura dan Madam Zainara kerana BBNK MPI telah membuka keahlian untuk perempuan.

Akan tetapi apa yang mengecewakan aku ialah mereka telah melupakan golongan yang mempertahankan sekian lama kadet ini yang pernah suatu ketika dahulu mendapat ancaman untuk dibubarkan kerana ahli hanya 5 orang sahaja dan BBNK ini juga digunana untuk unit amal dibawah PAS sedangkan BBNK ini direct daripada ABIM.

Selepas tamat SPM aku berbincang dengan Rahaizad (mantan timbalan) untuk meneruskan kegiatan ini diperingkat kesukarelaan pula yang dipanggil Skuad Ibu Pejabat (sekarang dikenali Skuad Sukarelawan Remaja (SSR)) yang berpusat di pejabat ABIM tanjung mas Kelantan.

SIP atau SSR ini menghimpunkan pimpinan daripada setiap sekolah yang ingin menyumbang darisegi tenaga dalam aktiviti kemasyarakatan dan kejurulatihan.

Aku bersama Rahaizad, Mustaqim dan Aiman Hilmi bersepakat untuk menyertainya dengan mengisi borang serta wang pendaftaran RM5 pada masa itu aku bersama teman-teman berurusan dengan Kak Nah (Cik Hasnah).

Bermulanya bergelar SIP

Program yang mula2 aku menjadi AJK ialah dalam APR dimana aku, rahaizad dan mustaqim (pada masa itu aiman ada halalangan) ke pusat Islamic Outreach ABIM di Kok Lanas Kelantan biarpun sudah sehari program itu bermula.

Sampai sahaja aku disana, aku ditawarkan untuk mengajar kawad dan kebetulan aku minat dalam bab ni. Aku berjumpa dengan 1st encharge kawad pada masa itu iaitu Saudari Tngku Nur Amn bekas juara kawad kaki di perkhemahan perdana yang lepas dan beliau pun sama-sama mendaftar menjadi SIP.

Pada malam itu, ada sesi taaruf, barulah aku boleh tengok sorang-sorang ajk yang menjadi SIP dari pelbagai pimpinan sekolah. Pada masa itu orang badjet kami ni budak wara' la ki..ki..

Setelah lama dalam APR itu barulah kami saling kenal mengenali antara satu sama lain dan bersama dalam program-prgram lain yang dianjurkan oleh BBNK termasuk Perkhemahan Perdana dimana aku pada masa itu ditugaskan sebagai Teknikal, aiman dan mustaqim sebagai logistik dan rahaizad sempat bersama hanya seketika kerana melanjutkan pelajaran.

Sehinggalah keluarnya keputusan SPM, aku mengambil keputusan untuk meneruskan STAM di Maahad Darul Anuar, Pulau Melaka, Rahaizad, ke Poli-Tech Mara, Kedah, Mustaqim ke Kolej Teknologi Indra Kayangan, Perlis dan Aiman Hilmi ke UiTM Penang.

Tinggalah aku keseorangan bersama beberapa lagi yang masih menyambung pelajaran di peringkat STAM dan STPM maka yang lain sudah selamat menyambung pelajaran ke IPT luar dan dalam negeri.

Sehinggalah pada bulan 12, mereka kembali kerana dalam cuti semester dan dalam masa yang sama, diadakan program yang mencari pelapis kepada SIP ini iaitu Kem Jati Diri.
Mula Menjadi Office Boy

Pada tahun 2006, pada masa itu masih dalam pengajian STAM di Maahad darul Anuar (MADA), aku sering ke pejabat pada waktu lapang tetapi tidak kerap kerana mengejar masa belajar lagi dan bekerja sambilan di stesen minyakPetronas Dusun Muda.

Dan selepas itulah sementara menunggu keputusan STAM keluar, aku menghabiskan masa berada di pejabat BBNK dengan membantu darisegi urusan pelajabat bersama Kak Nah. Pada masa itu lah aku merasakan selesa di sana. Pada masa itulah aku kenal Kak Jat, Kak Pah, Kak Su dan Abg Afzan sehinggalah tidak disenagi oleh individu,individu yang tak berakhlak sampaikan kami (aku, asmawi dan Asmazira) di cop..err... emm.. malu nak bagi tahu perkataan tu.. tak pelah....(nak tahu tanya aku personal).

Aku terus berkeras untuk disitu dan aku telah bertekan dengan Pok Mat yang selalu mengawal anak buahnya untuk buat yang dia suka dan dalam masa itu aku bertegaskan" jangan ganggu saya lagi dan saya tidak suka dikawal..". Dia menerima dan ok... blah...buat la hal sdiri...(nak tahu cerita lebih lanjut..tanya aku lagi..)

Sehinggalah keluarnya keputusan STAM..akan tetapi aku gagal satu mata pelajaran yang menyebab aku tidak dapat sijil. Selepas itu rahaizad juga yang ingin menyambung pelajaran dalam bidang agama cuba mengajak aku untuk masuk ke Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor,KUIS ( dulu dikenali sebagai KISDAR).

Aku menerima pelawaan itu dengan mengisi borang online dan alhamdulillah aku dan Rahaizad telah diterima masuk dimana aku dalam bidang Usuluddin manakala Rahaizad dalam Bidang Syariah selama 3 tahun (2006-2010).

Biarpun begitu, kami tidak lupa akan BBNK ini dan pada cuti sebulan, kami balik dan pada masa yang sama kami menjadi urusetia dalam Perkhemahan Perdana BBNK 2007 di kok Keli dan kami bergiat sehingga ke hari ini....

DAn akhir sekali ucapan tahniah aku kepada pihak Pertubuhan Briged Bakti kerana telah berjaya menubuhkan BBNK ke peringkat kebangsaan pada thun 2009 iaitu Pertubuhan Briged Bakti Malaysia (BBM).

Untuk maklumat lanjut sila layari www.brigedbakti.org.my @ www.brigedbakti.blogspot.com


di Perkhemahan perdana 2008


Pada malam Aspirasi Kebudayaan berkheman perdana 2008


XPDC ke Gunung St0ng 2009


Perasmian penutup APR


Antara latihan di APR


Jemputan Ke Mini Muktamar PEPIAS Bangi.


Pada 1 Febuari aku bersama teman-teman yang lain ( Jijan, Abu Bakar, Habibah dan Azah) telah dijemput ke Perhimpunan tahuan Persatuan Pelajar Islam Selangor (PEPIAS) Cawangan Bangi, bertempat di Dewan Kuliah Akademi Islam Lama (DK AI).

Aku bersama teman-teman yang lain dijemput mewakila Persatuan Kebangsan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) Kampus KUIS yang dikenali sebagai Ikatan Ilmuwan Muda (ILMUWAN).

Diperingkat pusat, PEPIAS merupakan badan gabungan kepada PKPIM yang mewakili negeri Selangor dan PEPIAS cawagan bangi ini berpusat di KUIS.

Selepas proses pendaftaran dengan bayaran RM2 berserta dengan keropok muruku ikan ki..ki..

Program bermula dengan ucapan YDP PEPIAS Bangi 09/10 iaitu saudara Muzakkir dan dirasmikan oleh Presiden PEPIAS Pusat yang juga teman seperjuangan dalam badan gabungan negeri iaitu Saudara ZulHelmi.

Selepas dirasmikan, berlaku proses pembubanaran dimana semua pimpinan 09/10 tampil kehadapan yang dijemput oleh pengerusi tetap sebelum YDP mengumumkan pembubaran.

Apabila proses pembubaran selesai, pengerusi tetap memanggil nama-nama baru untuk megambil tempat walaupun ada muka lama yang hanya bertukar jawatan.

Ucapan tahniah aku kepada saudara Afiq yang sebelum ini adalah sebagai setiausaha kerana terpilih sebagai YDP PEPIAS Bangi bagi sesi 10/11.

Selesai sudah majlis itu, aku terus keahadapan bersama pimpinan PEPIAS bangi dan PUSAT sambil memeluk sebagai tanda persaudaraan dan budaya yang diamalkan dalam keluarga WADAH-ABIM-PKPIM.

Selepas itu apa yang paling aku suka ialah, apabila mereka umum ada jamuan yang disediakan di luar sana ki..ki.. hm.. bes nasik cap ayam, tak cakap banyak aku amik jer bersama dengan ayak.

tehniah aku ucapan kepada Saff pimpinan yang baru termasuk si Acap kerana terpilih terjadi Timb. YDP ki..ki...konfius...



Hadirin


Muzakkira-YDP PEPIAS Bangi 08/09 (Org Perak..)


Presiden PEPIAS- Zulhelmi (Org Tganu)

Barisan Pimpinan Lama


Barisan Pimpinan Baru(Si Acap tg Korek Idung)

Gempur!!!! Gear 5....


Hari bersilih ganti, rasanya baru saja di mula semester tetapi kini semester 6 ini kian berlabuh yang membawa tanda-tanda dekatnya ujian akhir semester Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang akan bermula 17 Febuari 2010.

Maka seluruh mahasiswa KUIS bertungkus lumus membuat persiapan dan ada juga yang masih berlenggang2 macam ada cita-cita untuk mengulang semester hadapan ki..ki...

Masa aku kini semakin sempit kerana banyak benda yang aku perlu disiapankan bermula dengan asimen dan mengulangkaji pelajaran.

Aku telah tingkatkan kelajuan ku kepada gear terakhir untuk memecut magi mengejar masa yang kian dekat dengan tarikh peperiksaan akhir semester.

Kepada teman-teman, ayuh sama -sama kita mengejar kecemerlangan sebenar sebagai seorang mahasiswa Islam yang suka mengusai Ilmu-ilmu dan buka n menunjukkan jaguh siapakah yang lantang dan pandai bercakap.

Aku mengharapkan doa dari semua teman-teman, guru-guru @ pensyarah2 dan kenalan dan tidak lupa juga kepada Ma dan ayah (minggu depan aku balik nak mintak restu he..he..). Semoga aku ditetangkan hati dan dapan menjawab soalan ini dengan baik dengan jawapan-jawapan yang jelas serta mendapat keberkataan segala ilmu yang dipelajari.... amin...

Jom Gempur!!! Inilah JIHAD kita.. TakbiRRR!!!

AllahuAkbar....

Alhamdulillah Syukur ku panjantkan ke hadrat Illahi kerana pada 26 Januri 2010 akhirnya Forum Isu yang berkaitan dengan kalimah Allah dapat di adakan di Masjid Al-Azhar, Kolej Justify FullUniversiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) setelah aku kehulu-kehilir mendapatkan kelulusan Ust. Farid Ravi dan surat-surat jemputan kepada pihak pentadbiran.


Pembikinan Program
Sebelum mengadakan forum ini, aku mencari cara yang paling mudah tanpa banyak protokol, darisitulah aku mengajak pihak Masjid Al-Azhar KUIS, untuk bekerjasama dengan kami (Ikatan Ilmuwan Muda (ILMUWAN)). Aku meletakkan diri aku sebagai setiausaha dan Muhammadon yang merupakan Pembantu Exekutif Masjid sebagai pengarah bagi memudahkan urusan antara dua pihak.

Dalam menyiapkan dokumen bagi forum ini seperti kertas kerja dan surat-menyurat, aku banyak dibantu oleh Muhammadon. Beliaulah yang memeriksa format dan ejaan dokuman-dokumen tersebut.

Pada mulanya forum ini diadakan 19 jan 2010 iaitu seminggu daripada tarikh sebenar, disebab kan masa terlalu singkat iaitu 2minggu, tarikh terpaksa dipindah kepada 26 januari 2010 biarpun kertas kerja sudah di tanda tangan oleh Dr. Zulkifli Aini yang merupakan Penasihat ILMUWAN dan mendapat persetujuan oleh Ust. Farid.

Ahli panel untuk forum ini pada mulanya ialah Dr. Farid Shahran (Timb Dekan IRK UIAM) yang juga mantan Timb Presiden ABIM, kedua ialah En. Farooq yang merupakan Pensyarah jabatan undang-undang KUIS (di cadang oleh Dr Zul). Akan tetapi di akhir2 aku diberi makluman oleh teman Abu Qasim (naib Presiden PKPIM) yang mengata Dr FArid tidak dapat hadir dan en. Farooq tak dapat menerima pelawaan kami kerana tidak mahir dalam isu ini.

Aku mulai pening he..he.. aku minta pandangan saudari Izzah (timb HEWI PKPIM) bertayakan pandangan nya, beliau mencadangakn Dr Khalif Muammar Pensyarah UKM, dan memberi nombor telefonnya. Aku menelefon Dr Khalif dan beliau pun tidak dapat hadir kerana mendapat jemputan lain yang berkaitan isu yang sama.

Kemuan aku minta pandangan Dr. Zulkifli, beliau mencadangkan Dr. Sani Badrom (fuh aku berurusan dgn para Dr.2 tu ha..ha...) yang merupakan Fellow Kanan IKIM dan Dr Zul memberi nombor telefonnya kepada aku. Lalu aku ke pejabat masjid dan menelefon Dr Sani. Alhamdulillah beliau menerima pelawan kami.

Ujian Allah
Dalam seminggu sebelum hari nya tiba, aku kehulu kehilir menyiapkan surat jemputan kemudain membetukan kertas kerja dan mengambil tanda tangan Ust. Farid Ravi. tetapi tidak pernah bersemuka dengannya sehinggalah pada sehari sebelum hari kejadian aku dapat bersemuka dengan beliau, aku ke pejabatnya di institut kajian hadis di bangunan Nursing. Pada masa itu, beliau sedang menjawab telefon, aku memberi salam semasa masuk dan melihat beliau sedang sibuk, aku duduk sambil menunggu.

Setelah beliau selesai, aku bertanyakan ust, sibuk tak sekarang? tetapi aku sedikit tersentuh bila beliau menjawab, hari2 saya sibuk sekarang g buat kerje kan. alangkah terasanya aku. demi rakyat kampus KUIS dalam menerangkan isu Kalimah Allah ini aku merendahkan diri. Tetapi aku masih duduk disiti biarpun beliau sudah masuk biliknya sehinggalah PA nya memaanggil ku.

Beliau memeriksa sekali lagi kertas kerja, rupa2nya beliau tak perasan lagi tantang ILMUWAN tu beliau bertayakan kelab sapa penasihanya? aku jawan Dr. Zulkifli Aini, Dia tanya lagi kamu ni GMS (puak Pro-M)ker dengan mata yang tajam ke arah ku, dengan jelas lagi bersluluh, aku memberitahu kami adalah ABIM kat kampus. he..he..

Beliau menagatakan masjid boleh bagi RM400 je sedangkan jumlah semua RM619, lalu aku mula pening dan teringat kat abg2 PKPIM bagitahu hari tu, kalo da nak mintak support try la mintak di PKPIM, lalu aku menghubungi abg Lerd (SUA PKPIM) beliau marah aku sebab last mint haha... lagi pun bendahari (kak Syafa) balik kampung.

Aku pun pk2 ok, kami hantar juga surat sumbangannya biarpun lambat dapat. Kemudian aku menghungi Abu Qasim, beliau mencadangakn mintak dengan ABIM pusat. Aku terus calll Dr Razak Idris (Presiden ABIM) yang kebetulan orang Kelantan gak hi..hi.. beliau meminta hantar dahulu surat sumabngan dan akan memberi tahu kemudian.

Sudah duit tak da ni sebab aku di maklumkan oleh Muhammadon, pembantu kepada bendahari sedang bercuti jadi tak dapat lah keluarkan cek. Mujurlah ada cenderahati, jadi bolehlah lkami bagi banda tu dahulu dan wangnya kemudian he..he..

Tiba2 timbul ppula masalah baru, Banner tak sampai2 lagi sudah masuk asar barulah sampai, dalam diri aku sudah tak da semanagat untk gantung banner sebab takda gunya sudah petang ni. Nasib baik semalam aku tampak memo tantang forum ni di setiap bangunan Fakulti Kecuali AI sebab dah kunci he..he..).

Bila teringat akan Allah bersama dengan orang yang sabar, aku pun berkifir nak sangkut ke tidak, jadi Nuaim pun call, " anta kat ner? banner dah sampai ni". aku jawab, ana nak pi kelas". lalu aku menelifon Azizan n Abu bakar teman yang banyak membantu dari segi persiapan. Kebetulan mereka di masjid boleh teruk ke tepai masjid untuk gantung banner dan juga di simpang masuk KUIS bagi makluman orang awam dan teman-teman dari kampus lain.

Semasa dalam Kelas
Kelasyang aku pi petang tu ialah subjek kajian ajaran salah(Sesat) yang merupakan salah satu subjek dalam bidang Usuluddin.

Di akhir kelas, ustz memaklukan ada forum malam ini di masjid dan meminta teman2 kelas ke sana untuk menilai. Mengikut pandanga ustz. beliau tidak melihat isu ini serius kerana katanya tidak melibatkan aqidah dan dalam AlQuran memberitahu org kafir pun mengakui Allah yang menciptakan manusia.

dan ramailah juga "Budak Usuluddin Sem 6 09/10" yang setuju penggunaan kepada orang kapiq dan bagi aku tidak ada masalah sebab itu pandangan mereka dan peranan pelajar ialah meneliti dan melinai budan menghukum seseorang.

aku menjangkakan mereka akan datang ramai2 dalam forum iu untuk bertanyakan soalan Killer he..he.. tetapi hampeh belaka.

Hari Kejadian
Forum bermula selepas maghrib, aku solat di masjid tetapi melihat meja untuk pendaftaran ahli masih belum di sediakan lalu selepas solat, aku menelefon Abu bakar yang bertugas sebagai persiapan tempat. Aku terpaksa bertegas pada masa kritikal ini "push" kapada ajk harap mereka faham.

Tiba2 seorang ahli panel lewat datang, lalu aku menelefon Dr sani, beliau sudah sampai sewaktu solat maghrib lagi. Lalu aku melayannya dengan cara orang akademik, berbual dengan isu berkaitan sambil dibidas oleh beliau tentang porgram ini macam tidak teratur sebab panel terlewat he..he.. jd cm biasa aku buat muka tak berssalah :).

Sehinggalah pukul 8.30, dah dekat waktu isya', aku terus bertemu hafiz dan meminta pandangan beliau, dia kate kalo panel ok, ana ok je wt forum lepas Isya'.

Lalu aku berbincang dengan Dr Sani, beliau masih membidas aku dan bersetuju buat lepas solat isya'.

Alhamdulillah Sebelum Isya' rombongan PKPIM pun sampai he..he..

Selepas solat, barulah Forum bermula, dan alhamdulillah masih ada insan yang sudi bermasa dlam forum ini lebih kurg 2o org termasuk siswi.

1st Time Jadi Moderator
Selama aku belajar disini, tidak pernah lagi membuat program pe tah lagi nak jadi moderator ni. Pada mulanya moderator ialah penasihat ILMUWAN sendiri iaitu Dr. Zulkifli Aini, tetapi selepas tarikh forum ini ditunda, beliau ke Indonesia ada lawatan kerja dan aku pada masa itu hendak jadi pengerusi majlis sahaja.

Selepas bertanyakan teman-teman jawatankuasa, telah diputuskan aku yang akan mengantikan moderator, pada masa itu, perjuangan punya pasal dan ingin belajar perkara yang baru, aku terima sahaja.

ketika sedang berbual dengan Nuaim (kawan sebilik), tiba2 aku terkeluar minta dia jadi moderator. Nuaim kate die pun tak pernah jadi, api dia nak cuba. Selepas beberapa hari, beliau kembali bagitahu aku tak dapat jadik, sebab ada majlis pembubaran Persatuan Mahasiswa Undang2 yang dikendalikannnya.

Aku pun rasa, mungkin memang telah ditentukan aku yang akan jadi Moderator dan mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku pun teruskan dengan bertanyakan pandangan Abu Qasim tentang soalan yang boleh digunakan dalam forum nanti.

Pada hari kejadian aku ,main redah je buat tak tahu je, nak kate debar pun tak de, [ada masa tu aku tawakkal je mintak tuhan gerak kan badan dan mulut ni secara baik he..he..

Selepas pengerusi menjemput, aku terkejut sebab die jemput aku sorang je, lam hati, nah aku lak yang kne jemput, aku pun jemput je al blasah je ayat2 pe pun, nasib baik keluar ayat2 skima ha...ha..

Pastu masa alu-aluan aku tahu menggunakan sapaan yang tungang langgang tak tahu siapa diatas, tapi nasib baik sebut ahli panel dulu, lagi pun orang2 atasan ak da masa tu hatta Ust Farid Ravi pun.

Semasa mengajukan soalan, pada asalnya akunak tanya secara spontan konon nya, tapi dh tegok teks tugak, baca jela... ha..ha..

Semasa ahli panel bercakap selalunya moderator kena set masa, aku pun keluarkan fon dan letak diatas meja, tapi serabut la pulak orang duk call dan mesej... tapi nasib iak la ahli2 panel ni faham. :)

Ahlamdulillah aku rasakan setakat ni ok la skit semasa kendalikan forum sesuailah dengan first time nih. ape yang paling aku suke skali, aku tak sangkut2 semasa bercakap :)


Heh..He.. Macho kan, jgn betul kn siaran anda


Dr. Sani Badron (Fellow Kanan IKIM)


Ha.... ni dier doktor sedang beceramah si Abu Qasim


Uik... Alamak... Ketua Jabatan Usul pun mai arr (Ust Abu Zaki)


Ni lah mereka yang dipilih Allah


ni pun...(termasuk pegawai eksekutif masjid si Madon)

Ni jugak


Ha nih la pengerusi, ade ke patut pangil aku mewakili kelas usuluddin

Nilah sarapan+lunch+dinner aku kih..kih..


Semangat seorang presiden : Sudah die dah mula dah


Kak Akmar, Kak FAtin kecik dan kak aida dari HEWI PKPIM