Semester Pendek sudah bermula, aku pada mulanya menyangkakan tak dapat lah pulang bercuti namun aku diberi rezki oleh Allah swt dimana selepas pendaftaran ada 5hari sebelum bermulanya pembelajaran, lalu selepas sahaja pendaftaran keesoknanya aku terus ke terminal bas Kajang membeli tiket pulang kekampung pada malam ini (10 mac 2010).
Aku meminta jasabaik seoarang sahabat yang mempunyai kereta menghantar aku ke terminal pada sebelah malamnya. Biarpun agak kelewatan sahabat itu datag ambil aku di asrama kerana ada sedikit urusan kerja sehinggkan hampir2 aku terlepas bas, tetapi aku dapat juga meneruskan perjalanan aku pulang kekampung halaman.
Sepanjang cuit 5hari ini, bermula hari rabu hingga ahad, melakukan perkara rutin aku bila pulang kekampung iaitu menjenguk pejabat Setiausaha Agung Persatuan Pembimbing Pelajar Islam kelantan (PPIK) di pejabat ABIM Kelantan yang sudah lama kekosongan he..he..
Aku berbual dengan kak Pah yang sememangnya seorang yang suka berbual dan berkongsi cerita dan Gosip he..he..
Selain itu juga aku berhasrat ingin berjumpa dengan beberapa pembimbing yang banyak memberi nasiahat dan tunjuk ajar iaitu ust. faisal dan abg afzan.
Ust. Faisal adalah YDP ABIM Kelantan yang kini baru sahaja di pilih untuk memegang jawatan YDP Majlis Belia Kelantan (MBK). Dari situ aku sudah dapat gambaran keadaan beliau yang cukup padat dengan agenda dan aktiviti sehinggakan pejabat Abim pun jarang dijejaki. Biarpun begitu, beliau dapat juga laungkan sedikit masa bersarapan roti canai dengan aku dan byak juga perkara yang dapat dibincangkan walaupun selepas itu beliau kembali bz...
Kemudian abg afzan dimana sewaktu percutian ni, beliau diambang peperiksaan Open Universitinya (OUM). walaupun begitu sempat juga pergi mendengar ceramah di USM, pastu mengikutnya mengisi slot sekolah Agama Arab Maahad Muhammadi Perempuan Pasir Pekan,
ke Kem Ibadah Exco Dakwah ABIM di Bachok, Makan satay di Bachok yang disertai oleh Zul Amin (GPTD Salahuddin) dan ke kenduri perkahwinan Kak Jak... yang penting sempat jua berbincang tentang gerakan dan masa depan ABIM Kelantan nih.
Majlis Perkahwinan Kak Jak
Aku amat bersyukur kerana kak angkat ku ni akhirnya dilamar oleh seorang jejaka ( kawan pada abg afzan gak..).
Ezzat Mulyawati atau Kak Jak ni seorang yang sporting dan tidak mudah marah. Beliau banyak membantu aku dari semua segi termasuk kewangan.
Kak Jak Suka warna Merah terang dan suka bunga Ros dan yang pastinya beliau seorang yang tidak berkira dengan adik-adiknya.
Pada 14 Mac 2010 adalah hari bertuah bagi Kak Jak dan Abg Hazrat kerana hari ini baru lah di war-warkan perkahwinan mereka setelah beberapa bulan membuat akad atas sebab-sebab tertentu.
Pagi itu aku ke Billion untuk mencari hadiah kepada nya, sebab dah janji sebelum ni, pening kepala aku untuk mencarinya, sampaiakan aku berbincang dengan "Cdia" hadiah ape yang elok untuk orang perempuan nih.."Cdia" kate " uish.. Ore gi bekwoh buke bui cendera hati, kne bui gelas 1 set.." Aku bila dengar tu. aduss orang tengah takda duit ni, suh beli gelas 1 set lak he..he.. aku pun bagi tau lah, " Duit tok cukup naok beli benda tu.." Pastu aku terus mencarinya sehingga terjumpa satu cendaramata dlmnya ada bunga Ros merah..ki..ki..
Pada waktu petang aku & abg afzan sampai. dan kebetulan hari tu abg afzan pakai tshirt berkolar, nampak mudaj biarpun jelas kelihatan maju kedepan he..he..
Biaselah dah kawin kakak angkat, suami pun orang kenal, jadi majlis tu wt cm rumah sendiri je ki..ki... ramai kawan-kawan abg harat dan abg afzan, siap bergambar pe lagi. Yang paling bes aku dapat makan bersama pengantin he..he...
Sudah puas bergambar dan berbual, dalam jam 5.30 ptg kami pulang kerana pada malam ni juga aku kena kembali ke kampus.
Selamat Pengantin Baru Kak.. :)
He..he.. Dapat Makan Bersama Pengantin..
Cewah... teringan gak rasannya..hmm.. tgu 5tahun lagi..opsss..
Nila grup Abg Afzan n Abg Abg Hazrat tu...
Machokan Aku... (Bia Israel tengok)
0 comments:
Post a Comment