Sudah 3minggu teman2 yang lain menikmati cuti, dan selama itu juga ramai teman2 seperjuangan yang sudah lega sepelas 3tahun berjuang dalam mengejar Diploma ini dan dalam masa yang sama, aku masih di KUIS meneruskan perjuangan menghabiskan saki baki subjek dan latihan ilmiah.
Mungkin ia kelemahan aku yang tidak mampu untuk memberi fokus kepada banyak perkara dan subjek2 yang begitu banyak. Begitu juga halnya dengan penyiapan tesis ini, aku ak dapat untuk menumpukan dalam pembikinannya.
Dalam sem pendek ini, aku kena habiskan beberapa surah hafalan dan juga latihan ilmiah disamping terpaksa membahagikan masa untuk mencari sedikit pendapatan dengan bekerja sebagai pembantu pensyarah dalam pembikinan laman web Ilmu.
Kadang-kadang akku merasakan cukup susah untuk mendapatkan segulung Diploma dalam bidang pengajian Islam Usuluddin ni. Tetapi semangat itu kembali selepas aku banyak bersemuka dengan pensyarah-pensyarah serta banyak bernayakan pandangan dan pengalaman mereka sewaktu perjalana menjadi seoarang cendikiwan .
Aku berdoa kepada Allah SWT yang berkuasa itu agar aku diberkati seluruh perjalan hidup ku dan dibantu sehingga mencapai cita-cita. Aku sedar jika aku tewas di pertengahan jalan ini aku akan menegecewakan mereka yang banyak membimbing aku daripada pelbagai bidang yang banyak membentuk aku sehingga menjadi seperti sekarang.
Aku akan menharuangi jua... LAWAN TETAP LAWAN.....
0 comments:
Post a Comment