Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Alhamdulillah Syukur ku panjantkan ke hadrat Illahi kerana pada 26 Januri 2010 akhirnya Forum Isu yang berkaitan dengan kalimah Allah dapat di adakan di Masjid Al-Azhar, Kolej Justify FullUniversiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) setelah aku kehulu-kehilir mendapatkan kelulusan Ust. Farid Ravi dan surat-surat jemputan kepada pihak pentadbiran.


Pembikinan Program
Sebelum mengadakan forum ini, aku mencari cara yang paling mudah tanpa banyak protokol, darisitulah aku mengajak pihak Masjid Al-Azhar KUIS, untuk bekerjasama dengan kami (Ikatan Ilmuwan Muda (ILMUWAN)). Aku meletakkan diri aku sebagai setiausaha dan Muhammadon yang merupakan Pembantu Exekutif Masjid sebagai pengarah bagi memudahkan urusan antara dua pihak.

Dalam menyiapkan dokumen bagi forum ini seperti kertas kerja dan surat-menyurat, aku banyak dibantu oleh Muhammadon. Beliaulah yang memeriksa format dan ejaan dokuman-dokumen tersebut.

Pada mulanya forum ini diadakan 19 jan 2010 iaitu seminggu daripada tarikh sebenar, disebab kan masa terlalu singkat iaitu 2minggu, tarikh terpaksa dipindah kepada 26 januari 2010 biarpun kertas kerja sudah di tanda tangan oleh Dr. Zulkifli Aini yang merupakan Penasihat ILMUWAN dan mendapat persetujuan oleh Ust. Farid.

Ahli panel untuk forum ini pada mulanya ialah Dr. Farid Shahran (Timb Dekan IRK UIAM) yang juga mantan Timb Presiden ABIM, kedua ialah En. Farooq yang merupakan Pensyarah jabatan undang-undang KUIS (di cadang oleh Dr Zul). Akan tetapi di akhir2 aku diberi makluman oleh teman Abu Qasim (naib Presiden PKPIM) yang mengata Dr FArid tidak dapat hadir dan en. Farooq tak dapat menerima pelawaan kami kerana tidak mahir dalam isu ini.

Aku mulai pening he..he.. aku minta pandangan saudari Izzah (timb HEWI PKPIM) bertayakan pandangan nya, beliau mencadangakn Dr Khalif Muammar Pensyarah UKM, dan memberi nombor telefonnya. Aku menelefon Dr Khalif dan beliau pun tidak dapat hadir kerana mendapat jemputan lain yang berkaitan isu yang sama.

Kemuan aku minta pandangan Dr. Zulkifli, beliau mencadangkan Dr. Sani Badrom (fuh aku berurusan dgn para Dr.2 tu ha..ha...) yang merupakan Fellow Kanan IKIM dan Dr Zul memberi nombor telefonnya kepada aku. Lalu aku ke pejabat masjid dan menelefon Dr Sani. Alhamdulillah beliau menerima pelawan kami.

Ujian Allah
Dalam seminggu sebelum hari nya tiba, aku kehulu kehilir menyiapkan surat jemputan kemudain membetukan kertas kerja dan mengambil tanda tangan Ust. Farid Ravi. tetapi tidak pernah bersemuka dengannya sehinggalah pada sehari sebelum hari kejadian aku dapat bersemuka dengan beliau, aku ke pejabatnya di institut kajian hadis di bangunan Nursing. Pada masa itu, beliau sedang menjawab telefon, aku memberi salam semasa masuk dan melihat beliau sedang sibuk, aku duduk sambil menunggu.

Setelah beliau selesai, aku bertanyakan ust, sibuk tak sekarang? tetapi aku sedikit tersentuh bila beliau menjawab, hari2 saya sibuk sekarang g buat kerje kan. alangkah terasanya aku. demi rakyat kampus KUIS dalam menerangkan isu Kalimah Allah ini aku merendahkan diri. Tetapi aku masih duduk disiti biarpun beliau sudah masuk biliknya sehinggalah PA nya memaanggil ku.

Beliau memeriksa sekali lagi kertas kerja, rupa2nya beliau tak perasan lagi tantang ILMUWAN tu beliau bertayakan kelab sapa penasihanya? aku jawan Dr. Zulkifli Aini, Dia tanya lagi kamu ni GMS (puak Pro-M)ker dengan mata yang tajam ke arah ku, dengan jelas lagi bersluluh, aku memberitahu kami adalah ABIM kat kampus. he..he..

Beliau menagatakan masjid boleh bagi RM400 je sedangkan jumlah semua RM619, lalu aku mula pening dan teringat kat abg2 PKPIM bagitahu hari tu, kalo da nak mintak support try la mintak di PKPIM, lalu aku menghubungi abg Lerd (SUA PKPIM) beliau marah aku sebab last mint haha... lagi pun bendahari (kak Syafa) balik kampung.

Aku pun pk2 ok, kami hantar juga surat sumbangannya biarpun lambat dapat. Kemudian aku menghungi Abu Qasim, beliau mencadangakn mintak dengan ABIM pusat. Aku terus calll Dr Razak Idris (Presiden ABIM) yang kebetulan orang Kelantan gak hi..hi.. beliau meminta hantar dahulu surat sumabngan dan akan memberi tahu kemudian.

Sudah duit tak da ni sebab aku di maklumkan oleh Muhammadon, pembantu kepada bendahari sedang bercuti jadi tak dapat lah keluarkan cek. Mujurlah ada cenderahati, jadi bolehlah lkami bagi banda tu dahulu dan wangnya kemudian he..he..

Tiba2 timbul ppula masalah baru, Banner tak sampai2 lagi sudah masuk asar barulah sampai, dalam diri aku sudah tak da semanagat untk gantung banner sebab takda gunya sudah petang ni. Nasib baik semalam aku tampak memo tantang forum ni di setiap bangunan Fakulti Kecuali AI sebab dah kunci he..he..).

Bila teringat akan Allah bersama dengan orang yang sabar, aku pun berkifir nak sangkut ke tidak, jadi Nuaim pun call, " anta kat ner? banner dah sampai ni". aku jawab, ana nak pi kelas". lalu aku menelifon Azizan n Abu bakar teman yang banyak membantu dari segi persiapan. Kebetulan mereka di masjid boleh teruk ke tepai masjid untuk gantung banner dan juga di simpang masuk KUIS bagi makluman orang awam dan teman-teman dari kampus lain.

Semasa dalam Kelas
Kelasyang aku pi petang tu ialah subjek kajian ajaran salah(Sesat) yang merupakan salah satu subjek dalam bidang Usuluddin.

Di akhir kelas, ustz memaklukan ada forum malam ini di masjid dan meminta teman2 kelas ke sana untuk menilai. Mengikut pandanga ustz. beliau tidak melihat isu ini serius kerana katanya tidak melibatkan aqidah dan dalam AlQuran memberitahu org kafir pun mengakui Allah yang menciptakan manusia.

dan ramailah juga "Budak Usuluddin Sem 6 09/10" yang setuju penggunaan kepada orang kapiq dan bagi aku tidak ada masalah sebab itu pandangan mereka dan peranan pelajar ialah meneliti dan melinai budan menghukum seseorang.

aku menjangkakan mereka akan datang ramai2 dalam forum iu untuk bertanyakan soalan Killer he..he.. tetapi hampeh belaka.

Hari Kejadian
Forum bermula selepas maghrib, aku solat di masjid tetapi melihat meja untuk pendaftaran ahli masih belum di sediakan lalu selepas solat, aku menelefon Abu bakar yang bertugas sebagai persiapan tempat. Aku terpaksa bertegas pada masa kritikal ini "push" kapada ajk harap mereka faham.

Tiba2 seorang ahli panel lewat datang, lalu aku menelefon Dr sani, beliau sudah sampai sewaktu solat maghrib lagi. Lalu aku melayannya dengan cara orang akademik, berbual dengan isu berkaitan sambil dibidas oleh beliau tentang porgram ini macam tidak teratur sebab panel terlewat he..he.. jd cm biasa aku buat muka tak berssalah :).

Sehinggalah pukul 8.30, dah dekat waktu isya', aku terus bertemu hafiz dan meminta pandangan beliau, dia kate kalo panel ok, ana ok je wt forum lepas Isya'.

Lalu aku berbincang dengan Dr Sani, beliau masih membidas aku dan bersetuju buat lepas solat isya'.

Alhamdulillah Sebelum Isya' rombongan PKPIM pun sampai he..he..

Selepas solat, barulah Forum bermula, dan alhamdulillah masih ada insan yang sudi bermasa dlam forum ini lebih kurg 2o org termasuk siswi.

1st Time Jadi Moderator
Selama aku belajar disini, tidak pernah lagi membuat program pe tah lagi nak jadi moderator ni. Pada mulanya moderator ialah penasihat ILMUWAN sendiri iaitu Dr. Zulkifli Aini, tetapi selepas tarikh forum ini ditunda, beliau ke Indonesia ada lawatan kerja dan aku pada masa itu hendak jadi pengerusi majlis sahaja.

Selepas bertanyakan teman-teman jawatankuasa, telah diputuskan aku yang akan mengantikan moderator, pada masa itu, perjuangan punya pasal dan ingin belajar perkara yang baru, aku terima sahaja.

ketika sedang berbual dengan Nuaim (kawan sebilik), tiba2 aku terkeluar minta dia jadi moderator. Nuaim kate die pun tak pernah jadi, api dia nak cuba. Selepas beberapa hari, beliau kembali bagitahu aku tak dapat jadik, sebab ada majlis pembubaran Persatuan Mahasiswa Undang2 yang dikendalikannnya.

Aku pun rasa, mungkin memang telah ditentukan aku yang akan jadi Moderator dan mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku pun teruskan dengan bertanyakan pandangan Abu Qasim tentang soalan yang boleh digunakan dalam forum nanti.

Pada hari kejadian aku ,main redah je buat tak tahu je, nak kate debar pun tak de, [ada masa tu aku tawakkal je mintak tuhan gerak kan badan dan mulut ni secara baik he..he..

Selepas pengerusi menjemput, aku terkejut sebab die jemput aku sorang je, lam hati, nah aku lak yang kne jemput, aku pun jemput je al blasah je ayat2 pe pun, nasib baik keluar ayat2 skima ha...ha..

Pastu masa alu-aluan aku tahu menggunakan sapaan yang tungang langgang tak tahu siapa diatas, tapi nasib baik sebut ahli panel dulu, lagi pun orang2 atasan ak da masa tu hatta Ust Farid Ravi pun.

Semasa mengajukan soalan, pada asalnya akunak tanya secara spontan konon nya, tapi dh tegok teks tugak, baca jela... ha..ha..

Semasa ahli panel bercakap selalunya moderator kena set masa, aku pun keluarkan fon dan letak diatas meja, tapi serabut la pulak orang duk call dan mesej... tapi nasib iak la ahli2 panel ni faham. :)

Ahlamdulillah aku rasakan setakat ni ok la skit semasa kendalikan forum sesuailah dengan first time nih. ape yang paling aku suke skali, aku tak sangkut2 semasa bercakap :)


Heh..He.. Macho kan, jgn betul kn siaran anda


Dr. Sani Badron (Fellow Kanan IKIM)


Ha.... ni dier doktor sedang beceramah si Abu Qasim


Uik... Alamak... Ketua Jabatan Usul pun mai arr (Ust Abu Zaki)


Ni lah mereka yang dipilih Allah


ni pun...(termasuk pegawai eksekutif masjid si Madon)

Ni jugak


Ha nih la pengerusi, ade ke patut pangil aku mewakili kelas usuluddin

Nilah sarapan+lunch+dinner aku kih..kih..


Semangat seorang presiden : Sudah die dah mula dah


Kak Akmar, Kak FAtin kecik dan kak aida dari HEWI PKPIM

0 comments: