Dalam isu ini aku tidak mudah muntuk menyangkal atau menyokong daripada pandangan-pandangan daripada mana pihak Islam mahu pun Kristian. Aku berpendirian bahawa dalam sesama Islam, mesti tidak lari dari perbedaan pandangan, oleh yang demikian aku lebih suka menumpul pandangan-pandangan dari pada semua pihak.
Segala hujah-hujah mereka aku akan mengambil kira dan begitu juga hujah daripada pihak Kristian sendiri. Yang penting skali fakta ataupun sumber daripada Al-Quran dan Sunnah tentang isu berkaitan perlu dijelaskan dahulu.
Selepas itu merujuk pula dari segi syariat, Waqi' (Setempat), U'ruf(Budaya) dan juga undang-undang negara disamping mendapat pandangan daripada ilmuwan yang dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan diatas tadi.
Selepas mengambil kira daripada setiap sumber tadi barulah aku mengalanalisis dengan merusmuskan kesemua fakta-fakta serta hujah dari pelbagai pihak serra cendikiawan.
Aku terkejut bila dalam kelas Taiyyarat Assufiyyah, Pensyarah yang mengajar menanyakan isu ini kepada teman-teman sekelas bagi mendengar pandangan. Aku cukup setuju dengan tindakan ust, kerana sebelum itu aku sudah berbincang beliau tentang sola ini dan dalam masa yang sama juga ada beberapa teman di kelas sudah menanyakan soal ini kepada Ketua Jabatan Usuluddin selepas aku mencetus kan kepada mereka isu ini sebelumnya.
Akan tetapi aku cukup terkilan bila salah seorang teman sekelas mengatakan aku tak'sub, tetapi aku tidak mengerti apakah dengan tindakan aku ingin belajar sesuatu yang baru dengan mendengar pandangan semua pihak, aku di tuduh ta'sub? sedangkan aku tidak terikat dengan mana-mana pandangan.
tetapi tidak mengapa aku tetap maaf kan kalian kerna Allah menyatakan dalam Al-Quran "Katakanlah(wahai Muhammad) adakah sama orang yang berilmu/tahu dengan orang yang tidak berilmu/tidak tahu tahu.... daripada ayat ini Allah SWT sengaja menanyakan manusia kerja jawapannya menang di ketahui manusia kerna sengaja menyuruh berfikir.
Pada malam ini (selasa) aku akan ke UIA untuk mendengar syarahan daripada Dr. Farid Syahran (pensyarah di Kuliah Usuluddin UIAM) yang dianjurkan oleh teman-teman dari Intellect Youth Club (IYC).
dan Jika diizin kan pada 19 Jan 2010 bertempat di masjid Al-Azhar akan diadakan juga forum ini yang dianjurkan bersama ILMUWAN KUIS(ikatan Ilmuwan Muda), Majlis Perwakilan Mahasiswa dan beberapa kelab lain.
Ingan berfikir sebelum bertindak, jadilah mahasiswa yang penanalisi dan keratif dalam membuat keputusan bukan terikat dengan mana pihak atau pemimpin dalam organisasi.
0 comments:
Post a Comment