Aku tidak pernah berseorangan dalam melaksanakan tugas sebagai da’ie, kesana kemari, keutara dan selatan, mejelajah merata bukan bermaksud bersiar-siar atau membazirkan duit ibu bapa yang diberi untuk perbelanjaan harian, akan tetapi keyakinan akan balasan Allah pada hari kemudian kepada mereka yang banyak membantu.
Mereka melihat aku selalu beseorangan ke mana-mana, kekadang ke kampus melawat adik-adik dari Kelantan, mereka mengutarakan persoalan “ nape abg sekian..sekian… tak datang sekali?” Aku tidak mampu menyatakan terus soalan itu tetapi hanya memberikan asalan yang “simple” seperti si fulan..ada kerja.
Biarpun lain seperti yang dibicarakan oleh hati…”Aku sudah mengajak berulagkali, akan tetapi ada sahaja alasan, aku tidak mahu meningglkan rakan yang pernah sama berjuang diperingkat sekolah dulu, dan terus terang aku katakan aku semakin tidak memahaminya. Tetapi tidak mengapalah, aku diajar untuk tidak memaksa dan sentiasa bersabar untuk terus mengajak walaupun kekadang aku sudah tahu jawapan dia.
Buat anda yang memerhati akan pergerakanku, aku tidak pernah beseorangan dalam melaksanakan kerja ini, malah sebenarnya aku hanya cebisan daripada mereka yang berperanan lebih dari aku iaitu mereka yang masih berada diatasku masih ramai, aku ini hanya berjalan kearah mereka yang ramai.
Aku memahami manhaj dakwah secara persendirian dan secara berkumpulan(berjemaah) boleh juga dikatakan berterang-terangan serta setiap langkah kesana dikira perjuangan yang mati syahid jika terhenti ditengahnya dan aku cuba bersedia untuk itu semua.
Aku sedar ilmu ini tidaklah semantap teman-teman lain yang bersemangat untuk mempertahankan agama, lantang berhujjah serta tidak putus dalam menjalankan aktiviti dakwah dalam kampus biarpun aku pernah bersama dengan mereka. Bagi aku, menganggap diri ini untuk belajar apa-apa yang baru, aku kurang dalam percakapan malah aku selesa dengan melaksanakan tugas beserta strategi.
Aku hanya menjalankan sedaya mungkin tanggungjawab ini, mungkin ada diantara anda yang melihat aku diatas, dan mengenalpasti kecatatan dalam meksanakan tugas, tegurlah dan itulah mungkin kelemahan aku yang hanya seorang pelajar.
Langkah ku ini tidak pernah keseorangan,kerana ia menuju kearah satu kolompok yang lebih mantap yang penuh dengan pembimbing yang akan membimbing aku untuk menjadi insan yang sedar akan tugas dan tanggungjawab.
Tidak perlu untuk dijunjung jika ku berada diatas, dan tidak boleh di pijak jika ku dibawah kerana apa yang aku harapkan ialah ukhuwwah yang menghormati persaudaraan seIslam tidak kira dari kelompok mana dikau. Jika jawatan itu membantu dalam melaksanakan tugas akan ku terima atas alasan itu.
Aku tidak pernah keseorangan… jika tinggal je aku untuk meneruskan perjuangan ini, akan ku cuba sedaya mungkin dengan ilmu dan pengalaman yang ada untuk meneruskan dalam menegak panji Islam di muka bumi ini bersama generasi yang pernah digilap oleh mereka suatu ketika dahulu. Jika aku gugur… tolonglah sambung perjuangan ini, biarkan aku melepasi ujian permulan nanti…Salam Perjuangan..
0 comments:
Post a Comment