Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

SHAH ALAM, 4 Jun - Dewan Ulamak PAS Pusat yakin dan percaya walau sejahat atau sefasiq mana pun manusia beragama Islam, mereka tetap berpeluang untuk menerima hidayah dari Allah subhanahu wataala untuk kembali ke pangkal jalan.

Demikian ujar Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Mohd Daud Iraqi dalam ucapan perasmian Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat di Muzium Negeri Selangor pagi ini.

"Memang tidak dapat dinafikan bahawa adalah sebuah parti politik Islam. Selain itu seluruh dunia tahu bagawa PAS juga sebuah Harakah Islamiyyah, gerakan Islam yang menjadikan dakwah dan tarbiyah sebagai tunjang utama gerakkannya," katanya dalam ucapan Dasar tersebut.

Namun ujarnya, adalah amat malang jika terdapat segolongan ahli dan pendokong PAS yang tidak mahu berinteraksi apa lagi meneruskan agenda dakwah kepada non muslim dan agenda amar makruf nahi mungkar kepada saudara sesama Islam.

"Ibarat kata-kata hikmat Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa PAS akan membubarkan parti itu sekiranya Umno bersedia hendak mengamalkan Islam dalam hidup bernegara dan masyarakat,” ujarnya.

Begitu juga dengan kata-kata Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang menegaskan bahawa PAS melawan Umno bukan kerana nama dia Umno, tetapi kerana Umno mengekalkan peraturan dan perlembagaan penjajah.

"Sekalipun kita menentang umno, misi dakwah serta amar makruf nahi mungkar tetap disasarkan kepada mereka. Terutamanya pada masa ini, sehingga mereka faham dan akhirnya bersama kita dalam perjuangan ini,"katanya lagi.

Dato' Mohd Daud Iraqi
Muktamar Dewan Ulama' PAS Pusat ke 55/2009
THURSDAY, 04 JUNE 2009 03:31
http://muktamar55.pas.org.my/

0 comments: