Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Warkah buat guruku…

Assalamualaikum cikgu..

Setiap 16 mei merupakan hari bersejarah buat mereka yang bergelar pendidik tidak kiralah mengajar apa sekalipun dimana pada tarikh keramat inilah adalah hari untuk memperingati jasa serta pengorbanan seorang guru dalam membentuk anak bangsa pelapis Negara.

Disini ingin saya mengambil kesempatan untuk menguucapkan selamat hari guru kepada mereka yang bertungkus-lumus dalam membimbing serta memberi tujuk ajar dan panduan. Jika bukan kerana cik-cikgu dan dengan izin allah juga aku tidak manjadi seorang yang seperti sekarang.

Cikgu, Ustaz, Ustazah, mahaguru…
Jika saya tidak pernah bertemu anda, tidak ketahui apa yang akan berlaku dan bagaimana aku sekarang. Tetapi Alhamdulillah dengan petunjuk dari Allah, aku bertemu dengan kalian, belajar pelbagai ilmu dunia dan akhirat,mengetahui mana yang baik, mana yang buruk serta membewa aku ke zon selamat.

Saya sangat bersyukur menjadi diri seperti sekarang, bukan bermaksud aku adalah orang yang terbaik dan bukan juga seorang yang cemerlang dalam pelbagai hal, tetapi aku bernasib baik kerana tidak terjerumus ke lambah kehinaan dalam dunia anak muda yang semua orang tahu begitu membimbangkan.

Aku belajar mengenali manusia di pringkat awal selepas keluar dari kepompong alam bayi dan menjadi mendapat pendidikan awal institute TABIKA KEMAS berdekatan masjid mukim Paya Rambai dimana TABIKA itu juga dimiliki oleh datuk saudaraku.

Aku belajar mengenali huruf, membaca dan Cuma merubah paradigm diri di peringkat sekolah rendah di Sekolah Rendah Kebangsaan Sultan Ismail (2),jalan pekeliling kota bharu dan diakhir ku disana aku telah melangkah ke satu tahap daripada seorang anak kecil kepada seorang budak.

Aku belajar ilmu agama dan akademik serta kempimpinan di Maahad Pengajian Islam (MPI) Jalan Long Yunus,Kota Bharu . Aku tidak menyangka dengan sifat ku seorang pendiam semasa di sekolah rendah dan seorang pelajar yang kurang cemerlang, aku boleh melangkah arus di peringkat menengah. Disana aku dikenali oleh guru-guru dan adik-adik, disana aku adalah seorang ketua pelajar 2005,pengawas, badan dakwah, silat pusaka gayong dn juga kadet Briged Bakti. Semua ini adalah kerana bimbingan guru-guru yang aku cukup-cukup hormati dan kagumi dari segi ilmu dan pengalaman.

Aku belajar ilmu pertahankan diri dalam Seni Silat Pusaka Gayong sehinggalah aku mencapai satu tahap yang boleh member kepuasan kepada guru yang mangajar..

Aku belajar bagaimana berinterkasi dengan masyarakat, aku diberi kesedaran tentang tenggungjawab diri sebagai khalifah Allah dan Alhamdulillah aku masih berada disini meneruskan apa yang dipelajari dalam ABIM, PKPIM, PPIK dan SIP Briged Bakti.

Aku diberi pendedahan di peringkat IPT di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), aku belajar dengan pensyarah yang bergelar Ust dan ustazah lepasan M.A, aku belajar dengan mereka yang bergelar Dr. dan Prof. Madya, aku cukup kagum dengan mereka sehinggakan aku ingin menjadi seperti mereka kelak.
Di hari istimewa, Hari Guru ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah mendidik ku tidak kira dalam apa jua bidang, saya sangat merindui guru-guru semua. Terima kasih kepada guru-guru disekolah rendah : Cg. Fatimah, Cg. Intan, Cg. Norjahan Bibi, cg Asmadi da lain-lain.

Terima kasih kepada warga pendidik di MPI : Cg. Zuhairi, Ust. Izuddin, Ust. Latif, Ustz. Tohirah, Ustz. Mariah, Ust. Jalaluddin, Ust. Talib, Ust. Razak, Ust. Yaakob, Ust. Siti Wiah, Ustz. Zainab, Cg. Hasmah, Cg. Izura, Cg. Khairul, Ust. Mohamad Daud Omar, Cg Azihan, Madam Zainara, Cg. Maimun, Cg. Mariam dan lain-lain.

Terima kasih kepada guru-guru STAM di Maahad Darul Anuar : Ust. Nasaruddin, Ust. Osman, Ust. Affendi, Ust. Khairul Anuar, Ustz Sles Munirah dan lain-lain.

Terima Kasih kepada jurulatih serta mahaguru Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong PSPGM :Cg. Awang Daud, Dato’ Agos, Mat Burn, Abe Nik, Abe Loh, Abe Adnan, dan lain-lain.

Terima kasih kepada Abg Firdaus (senior MPI) dan abg Faizul Afzan(ABIM) kerana sudi mengajar ilmu grafik.

Niat dihati ingin lafazkan darimata ke mata, tapi apa kan daya halangan berpanjangan, agar warkah ini menjadi ucapan yang sangat bermakna kerana segala yang dicurahkan tidak boleh dinilai oleh apa jua harta mahupun wang… dan paling saya skacitakan nama-nama diataslah yang banyak bersabar dengan karenah ku yang tidak semua difahami orang.

Dan yang paling aku cintai adalah guru petama ku didunia ini, merekalah yang pernah melihat kaki sebesar tiga jari, merekalah yang pernah melihat kuketawa, mereka lah yang pernah mengembirakan ku, merekalah yang mengatur masa depanku dan merekalah orang mula-mula perkenalkan aku dengan sang pencipta iaitu Allah dan kekasihnya iaitu rasulullah…

Semoga Allah membalas segala yang dilakukan yang ikhlas….

Yang Benar,
MOHD SYAHIRAN BIN MUHAMMAD
Anak Murid mu yang selalu merindui mu.

0 comments: