Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?



Pada 2 Jun 2009, pada hari itu, aku dalam perjalanan pulang ke Selangor daripada kampung selepas majlis perkahwinan kakak aku, setibanya di Terminal bas Putra pada jam 6 petang, aku terus menelefon seorang sahabat daripada KUIS untuk menemani aku ke Program Malam Tautan Anak Negeri Kelantan dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) UIA Petaling Jaya.

Aku menaiki komuter dan setibanya di stesen Bangi aku terus membeli tiket ke KL Sentral dan tinggalkan beg baju di ruang Surau stesen. Aku bersama teman terus menaiki Komuter ke KL Sentral untuk mendapatkan LRT ke stesen Universiti.

Kedatangan aku ke program tersebut agak kelewatan kerana memakan masa sepanjang dalam tren ,solat maghrib dan menunggu kereta teksi.

Sampai sahaja di destinasi, aku disambut oleh adik Azuan yang merupakan YDP PPIK Pusat Asasi UIA PJ. Aku bersama teman di bawa ke satu kelas di mana dalam kelan itu terdapat ramai pelajar-pelajar yang baru sahaja menjejaki alam kampus.

Aku mewakili PPIK pusat dijemput untuk memberi penerangan tentang PPIK Pusat di Kelantan. Sebelum aku diberi peluang berucap, sahabat-sahabat aku yang lain berucap dahulu ialtu saudara Zul Amin mantan timbalan Amir Kampusa PKPIM UIA-PJ, saudara Izuan selaku YDP PPIK PAUIA-PJ, kak Emy elyani mantan Amirah PKPIM UIA dan dipengerusikan oleh Timbalan Amir KAmpus PKPIM PAUIA-PJ.

Aku melihat adik-adik audium tidak bermaya mengambarkan suasana yang membosankan, jadi aku fikir aku perlu buat sesuatu agar sauasana menjadi ceria. Lalu sampailah giliran aku menyampaikan ucapan, aku memulakan dengan muka yang serius kerana ingin melihan reaksi mereka, dan seterusnya tiba-tiba mood aku datang untuk membuat lawak.

Alhamdulillah aku berjaya menarik perhatian mereka dan aku terus menerus menyampaikan ucapan dengan cepat kerana masa dah semakin suntuk dan lewat.

Habis sudah program tersebut aku terpaksa bergegas pulang kerana takut tidak sempat untuk mengejar tren terakhir, akan tetapi aku tidak mahu mengambil resiko untuk tido di stesen kerana pada masa itu sudah jam 10.30malam.

Lalu aku mengambil keputusan untuk bermalam di asrama UIA Gombak dibilik Saudara Halim yang juga mantan pimpinan PKPIM UIA-PJ bersama-sama teman aku tadi dan juga saudara Zul Amin sebelum berangkat pulang pada keesokan harinya.

Pada Keesokan harinya aku dijemput ke PAUIA-Nilai atas tujuan yang sama. Aku meminjam motor Kak Khairiah iaitu Amirah PKPIM KUIS.

Pada kali ini aku tidak terlalu lewat sampai disana biarpun tersesat di "Round About" Nilai kerana sudah lama tidak kesana.

Aku disambut oleh saudari Fadhilah, pimpinan PPIK PAUIA Nilai, dan dibawa ke sebuah kelas. di PAUIA Nilai terdapat beberapa adik-adik yang pernah terlibat dengan ABIM-PPIK semasa di Kelantan, seperti adik Fatimah, Ayunie, Amirah (YAM) dan Nabilah.

Aku diberi peluang berucap seperti di UIA PJ dengan memberi sedikit pengenalan tentang PPIK di Kelantan. di akhir program aku membeuat sedikit breafing untuk pimpinan PPIK di kampus UIA dan cawangannya.


Adik-adik anak Kelantan Pusat Asasi UIA-Petaling Jaya

Pimpinan PPIK UIA

Azuan YPD PPIK PAUIA-PJ

Zul Amin, Mantan Timb Amir Kampus PKPIM PAUIA-PJ

Kak Emy Elyani, Mantan Amirah PKPIM UIA

Aku sedang beri ucapan

Ir. Izuan YPD PPIK UIA sendang berceramah di PAUIA Nilai

Aku memberi pengenalan PPIK di UIA Nilai

Adik-adik anak Kelantan PAUIA Nilai


Adik-adik anak Kelantan PAUIA Nilai

*Klik Pada gambar untuk yang lebih jelas

0 comments: