Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?



Pada 23-25 April 2009, aku menyertai ekspidisi ke Gunung Air terjun kedua tertinggi di asia iaitu Gunung Stong, di Badong, Jeli, Kelantan yang dianjurkan oleh adik-adik dari Skuad Sukarelawan Remaja (SSR) Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK).
Peserta yang seramai 24 orang bertolak seawal jam 4 pagi dengan menaiki kereta api di stesen Wakaf Baru dan tiba pada jam 7 pagi selepas berhenti solat subuh pada jam 6pagi.

Kami bersarapan di kedai kopi bersebelahan stesen kereta api sambil menunggu kereta sewa kha untuk dibawa ke kaki gunung. Apabila Sampai di kaki gunung, kami di kepalai oleh petunjuk arah yang dibayar iaitu cikgu loqman daripada Persatuan Jurulatih Rekreasi dan kami dibawa naik olehnya mengikut kumpulan nombor yang telah dibahagi.
Apabila tiba di Kem Baha yang merupakan kawasan perkhemahan antara puncak dan kaki gunung dan disitu terdapatnya airterjun yang mengalir yang menjadi punca makanan kepada kami dan pendaki-pendaki yang lain. Kami memasang khemah disitu serta bermalam disitu.

Pada keesokkan harinya, dalam suasana dingin yang amat, kami solat Subuh berjemaah dan selepas itu kami duduk beramai-ramai di atas batu yang mengadap matahari naik cukup indah sambil bergambar kenangan.

Selepas sarapan kami bersiap untuk mendaki ke puncak dan ia memakan masa selama 4jam, bergantung kepada kekuatan si pendaki. Kami bertolak kepuncak pada jam 10 lebih dan tiba pada pukul 3 petang di puncak. Sepanjang perjalanan pelabagai halangan yang ditempuhi , jalan licin, dahan reput, pohon berduri, pacat dan nyamuk merupakan perkara biasa.

Dengan mendaki gunung inilah kita dapat mengetahiu bagaimana sifat seseorang, adalah penakut kah dia atau jenis yang penting diri sendiri atau jenis atau yang sanggup tunggu kawan iaitu pentingkan ukhuwwah, tak pun kita boleh tengok siapa yang semangat semata kerana seseorang tidak kira lelaki atau perempuan. . menyampah.. :P

Nak sampai kepuncak, kumpulan aku je yang tahu betapa siksanya aku nak sampai kepuncak, kadang-kadang rasa sudah dekat rupa-rupanya amat-amat jauh tak percaya Tanya lah Alami, Yunie, Saiful dan mereka yang bersama-sama dalam kumpulan itu biarpun sebenarnya ni adalah kali ke 2 aku mendaki gunung ni.

Apabila sampai je di puncak, segala nya aku lepaskan, dimana aku terus lelapkan mata tak kira siapa yang berada disekeliling sebab mereka semua ni adik pada aku jadi suka hati aku la nak buat apa pun he..he..

Selepas bergambar dipuncak, kami beransur turun, kami terpaksa cepat-cepat turun kerana hari sudah nak gelap dan hujan dah nak turun, takut-takut nanti kami terpaksa berdepan dengan kepala air macam ombak dari punca air mata air dari puncak.
Alhamdulillah aku sempai sampai, itu pun dan nak masuk waktu maghrib. Aku solat dan berehat seketika tapi bila bangun-bangun dah subuh he..he..

Selepas solat subuh, terasa kekosongan pada perut dan terus kedapur dengan muka tak malu mencari apa yang boleh dimuat masuk. Alhamdulillah kat daupur dah ramai mereka-mereka yang berkerumun iaitu makan megi mentah, sebab nasi tengah ditanak. Aku membantu buat air sebab memang aku pun nak minum air sebenarnya.

Kami bersiap untuk turun semula ke kaki gunung selepas 2 malam di Kem Baha dan bermula turun pada jam 10pagi. Sampai di kaki gunung kawan-kawan yang lain sambung mandi dibawah, pada masa itu aku sudah tak ada mood nak mandi kerana badan tersangat letih, apa yang ada di benak fikiran ialah… air sejuk yang ada ais..fuhh..

Alhamdulillah kereta sewa pun sampai untuk mengambil kami bagi pusingan pertama, jadi paham-paham la sape yang mula-mula masuk kereka itu. Dalam hati aku.. cepat-cepatlah sampai ke kedai kopi yang berhampiran dengan stesen kereta api itu. Sampai sahaja di stesen kereta api aku dan beberapa kawan-kawan yang lain lepak di kedai kopi tersebut biarpu aku tahu duit dah nak kering.

Kereta api tiba pada jam 3 petang, sebelum itu aku dan kawan-kawan yang lain solat jamak dan qasar. Aku sampai di stesen jam 6.30 petang bersama semua peserta XPDC dan aku balik dengan ayah aku yang datang menjemput.

Akan tetapi selepas aku mendaki niat aku masih belum tercapai kerana, tujuan sebenar aku menyertai XPDC ini ialah untuk mengrangkan berat badan, akan tetapi lemak dalam badan ini agak tepu untuk di pecah kan.he..he..

Pandangan Luar Air terjuan kedua tertinggi di Asia

Berehat seketika bersama SSR & Abg Syah

Oh yeah peace like me..

Pemandangan di atas di kem baha

Cg. Lokman (Guide kami)

Ha... cm ni la cara tido di atas gunong, bukan mcm atas katil tau.

Pemandangan bandar Jeli pukul 7pagi

Pemandangan pada pukul 6.30pagi

Ha... junior2 nanti jgn tiru aksi ni tau... tengok je..

Fuh muka lega leh sampai kepuncak biarpun merangkak

Bersiap dh nak balik

Kenangan semasa di puncak..

0 comments: