Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Petra Training Counsultant (PTC)


Pada 27 Jun 2009, aku di jemput oleh Abg Naim untuk menjadi fesilitator di Sekolah Menengah Kebangsaan HillCreast, Gombak, Selangor.

Aku bertolak dari rumah sewa pada petang jumaat, pada mulanya bersama teman tetapi beliau tidak kesampaian untuk sama-sama mengikutinya. Sampai di stesen Taman Melati aku solat di Madrasah Mustaqim taman Melawati dan makan selepas itu.

Sehingga selepas solat isya’ barulah abg. Naim bersama kawan-kawan yang lain, fakhrul ,fairul dan lain-lain menjemput aku sertam bermalam dirumahnya.

Pada keesokkan harinya, kami bertolak seawal jam 8pagi ke SMK Hillcreast yang terletak didak juah dari kawasan rumah abg naim.

Sampai disana kami breafing terakhir bersama dua orang lagi fesi perempuan iaitu syazwani dan adibah. Selepas itu program terus bermula dengan ucapan pengetua sekolah.

Program yang diberi nama kursus kepimpinan untuk ketua dan penolong kelas menjemput pihak kami dari Petra Training Counsultant (PTC) untuk memberi pengisian kepada peserta bertujuan member pendedahan awal tentang apakah itu kepimpinan serta kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul.

Program ini dimulakan dengan slot yang diberi nama “ice breaking” dan selepas itu pelbagai lagi modul-modul yang diisi dalam kursus ini seperti ceramah oleh ketua fesi iaitu abg naim sendiri, LDK dan sebagainya.

Kursus ini berakhir pada jam 1 petang, biarpun kursus ini diadakan selama setengah hari sahaja, aku yakin dengan peserta yang terdiri daripada ketua dan penolong kelas itu yang tahu hormati pihak luar, mampu menunjukkan kepimpinan mereka dan dapat membantu pihak sekolah dan juga disiplin dalam mengurus pegerakan pelajar serta dapat menjadi pembimbing rakan sebaya yang baik.







0 comments: