Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Disebalik Cuti Tengah Semester

Alhamdulillah pada petang jumaat iaitu pada 4 Julai 2009, aku selamat sampai ke Kota Bharu kerana diberi cuti oleh pihak KUIS sempena Pertengahan Semester. Aku bertolak pada 8 pagi hari jumaat dengan menaiki bas cap Transnasional di perhentian bas Kajang.

Namun cerita diatas adalah "ending" kepada cerita sebenar bagaimana aku boleh dapat juga bercuti biar pun tiket dah abis... opps.... ok begini, aku berniat hendak balik pada hari Jumaat malam kerana terpaksa siapkan tugasan (assignment) dimana pada hari Jumaat adalah tarikh tutupnya.

Petang khamis aku ditemani kawan ke stesen bas Kajang untuk membeli tiket, dalam hati aku memang pasti adanya tiket "comfirm" sebab sebelum ni aku pernah beli tiket ke KB (Kota Bharu) pada hari yang sama iaitu beli tiket waktu pagi untuk naik dimalamnya, akan tetapi kali ini nasib tak menyebelahi aku walaupun tiket aku beli sehari sebelum tarikh kejadian.

Selepas selesai bab tiket, tinggal pasal tugasan pulak. Selepas sahaja waktu kelas pada 5.30 petang, aku seperti biasa menumpang kawan balik ke rumah sewa 4tingkat... eh silap tingkat 4..la.. dan aku membuka laptop dan fail tugasan terus sambung kerja tugasan yang sudah 3 hari aku buat.

Pada malam yang sama juga adalah pertemuan Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) atau bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan pelajar yang tinggal di luar kampus. Tetapi aku terpaksa selepaskan tugasan itu dan dalam masa yang sama juga aku kene buat pembetulan "design" pemplete PKPIM yang aada sedikit kesalahan dan serahkan kepada bos percetakan selepas waktu isya'.

Seleas menyerahkan benda tu kat bos, aku sambung kembali tugasan, pada mulanya aku hendak hantarkannya pada keesokan harinya, tetapi baru ku teringat, pagi esok sebelum pukul 8 mana ada kedai yang buka lagi, dah la Bas pukul 8 pagi. Aku dengan bergegaskena siapkan sebelum pukul 11malam dimana sebelum tutupnya kedai print kat luar tu.

Tetapi aku rasa tak sempat hendak siapkan sebelum pukul 11,lalu aku teringat akan kawan-kawan yang menawarkan perkhidmatan mencetak tugasan ni. Lalu aku menghantar sms kepada rakan di asrama siapa yang buat perkhidmatan ni, dan alhamdulillah ada. Jadi aku kena siapkan sebelum pukul 12 pula kerana selepas waktu tu, tidak dibenarkan masuk kampus.

Aku meneruskan misi siapkan tugasan dan apabila sudah siap, aku terus sampan dokumen itu dalam "pendrive" dan aku keluar ruamh mendapatkan basikal terus turun dengan lif dan ke kampus KUIS. Aku menuju ke asrama untuk "print" tugasan ini di bilik I 105, dan selepas itu lepas siap di kacip, misi kedua aku adalah menghantar tugasan ini ke bilik pensyarah.

Aku hampir-hampir tidak dapat menghantarnya kerana pintu depan bangunan Akademi Islam itu terkunci, aku buntu sebentar dan hampir putus asa. Akan tetapi tiba-tiba tak tahu kenapa hai ini mengajak untuk mencuba pintu belakang, dan syukur pintunya tidak berkunci laku aku terus ke dalam dan menuju ke bilik penyarah tersebut.

Dengan keadaan mencemaskan takut-takut ada pakcik pengawal yang memeriksa bengunan ini, aku meneruskan juga misi ini walaupun terpaksa buang selipar untuk mengelak bunyi. Akhirnya aku sampai juga di bilik Ustazah Nazneen, penyarah mata pelajaran Sosiologi he..he.. jgn mare..

Apabila selamat keluar, aku dengan tidak melengahkan masa mengambil basikal tadi keluar kampus, biarpun penat mengayuh menaiki bukit, tetapi aku berpuas hati sebab dapat gak hantar asimen ni.

Tetapi misi aku masih belum berakhir, kerana masih mencari sapela yang boleh hantar aku ke stesen bas pagi esok ni. Hati ku berdebar-debar kerana aku terpaksa pulang bergegas ini juga kerana ketiadaan wang untuk menampung perbelanjaan makan minum disini. Sampai dirumah kawan aku tanya aku datng darimana dan kebetulan dia juga tanya bila balik kampung. Lalu aku meberanikan diri meminta tolong darinya untuk menghantar ke stesen bas dan dia sudi membantu.

Disini aku ingin mengucapkan tberbanyak-banyak terima kasih kepada Asyraf kerana menemani aku beli tiket balik kampung dan kepada Syafiq Akmal kerana sudi menghantar aku ke Kajang, aku tahu akan aku telah membebankan mereka, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala amal ibadat mereka kerana membantu sahabat yang bermasalah dari pelbagai segi untuk mengurangkan bebannya. Syukran... :)

0 comments: