MLM...MLM... alah... anda semua pun tahu ape benda itu tadi, yelah aku pun melalui pelbagai pengalaman sepanjang menjadi mahasiswa di KUIS ni. Apa yang ingin aku konsikan disini bagai mana kisah-kisah promote-promote MLM ni cube memikat aku...he..he..
Kisah bermula semasa aku semester dua dimana pada masa itu aku sangat memerlukan wang untuk memampung perbelanjaan sara diri di kampus..yelah RM1000 sebulan sebenarnya tak cukup untuk hidup di bandar besar ni..lain la kalo duk di Kelantan.
Jadi aku cuba bertanyakan orang-orang tentang hasrat untuk mencari kerja sambilan. Aku bertanya kakak aku yang tinggal di Gombak dan dia memberi jawapan bahawa beliau bersedia mengambil aku bekerja bersamanya dan memberi masa yang sesuai untuk membawa aku ke tampat kerjanya.
Pada suatu hujung minggu waktu malam, kakak aku tadi pun datang menjemput aku di kampus dan membawa aku ke tempat kerja "partime"nya. Bertempat di KL, dalam sebuah bangunan yang tinggi dan besar. Apabila aku masuk kedalam,kelihatan ramai orang-orang yang berpakaian segak dengan "kot" pada masa itu aku mula merasakan perniagan ini akan memberi keuntungan jugak.
Kakak aku membawa aku berjumpa dengan kawannya yang berbangsa cina...tapi... aku pada masa itu berkeadaan dalam kejutan budaya kerana mereka ini bersalaman antara lelaki dengan perempuan dan... termsuk kakak aku. Pada masa itu aku terpaksa juga bersalaman kerana menghormati mereka.
Mereka mengeluarkan dokumen-dokumen yang entah pe..pe.., dan menceritakan dengan panjang lebar beserta peta minda "network" perniagaan MLM ini. Memang aku berasa terteraik kerana produk yang dijual adalah satu barang wangian kesihatan tetapi wang keahlian itu yang menjadi masalah sebanyak RM2000.
keahlian aku sudah dibayar oleh kakak aku tetapi apa yang bermain difikiran aitu bagaimana aku nak menarik pelanggan kerana kenalan aku semuanya bukan orang yang berada. Aku membiarkan saha ia berlalu... selepas beberapa minggu aku mengikuti nya lagi dan pada masa itu ahti aku mula memberontak. Apabila sekembalinya aku ke asrama, amerenung seketika kerana aku seorang siswa pengajian ISlam, layakkan aku berada disuasana sebegini,
Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak menerskan perniagaan ini kerana 1. budaya mereka yang begitu sosial dan aku telah menegur kakak aku, sampai sekarang tidak mengajak aku lagi. 2. harga keahlian yang terlalu mahal tidak mungkin aku akan mempengaruhi pelanggan.
Pengalaman kedua, aku semasa semester 4, dimana pada suatu malam kawan aku mengajak makan bersamanya dan dia kata hendak belanja aku... dalam fikiran aku macam syak sesuatu kenapa mamat ni baik sangat.
Sampai di kedai makan aku diminta duduk dan diminta oder apa sahaja... Selepas makan, dia memanggil seorang lagi kawannya datang dan lalu membuka dokumen dalam fail. Beliau menceritakan penjang lebar akan pernaigaan MLM ini.
Pada akhir penerangan beliau bertanyakan hendak menggukan pakej yang mana, dan aku dengan tegas menyatakan "TIDAK BERMINAT LANGSUNG".. selepas itu kawan tu panggil seorang lagi kawan dia, dan datang. Orang tu budak KUIS dan orang Kelantan yang lupa diri he..he.. dia datang dan bertanya "bakpo demo xse" saya pun bagi tau "Kawe tak terbuko hati :)"
lalu dia berleter dan menggunakan ayat-ayat yang bukan untuk ummat Islam. Kurang hajar dan kasar, tetapi tidak atahu mengapa tahap kesabaran aku pada malam itu sangat tinggi.
Nama MLM itu ialah LUXOR!!! blah la weiii, nak berniaga pun kena pekse kerr!! :P
Dan pengalaman ketiga, aku dimana pada baru-baru ini aku menyatakan kepada sepupu aku, "Hari free" dia pun kata hendak berjumpa pada pukul 3 di bandar tasek selatan. Aku dengan waktu yang tepat sampai disana dan dibawa oleh beliau ke suatu pejabat "part-time"nya.
Aku diminta masuk ke dalam suatu dewan untuk mendengar penerangan tentang produk MLM ini dengan membawa alat Pendidikan yang dipanggil Score A Programme. Aku mendengar dan ia akag menarik kerana alat ini ialah pengisian latihan pengajaran kepada anak-anak diperingkat rendah dan menengah.
Selepas sejam lebih didalam aku berasa lapar dan mengantar masej kat sepupu aku kate lapar nak keluar mencari makan. Lalu aku keluar dan sebelum itu ada lagi, aku dibawa ke pejabatnya dan diberi penerangan tentang strategi perniagaan ini. Pada Akhir penerangan, aku diminta memilih pekej yang disediakan dan aku menyatakan taknak kerana masih trauma dengan MLM yang lepas. Yang ini hampir memaksa ini tetapi agak lembut dan melepaskan aku akhirnya.
Begitulah sedikut perkongsian pengalaman aku semasa di ngorat oleh orang-orang MLM ni. Ini tidak bermakna aku anti MLM kerana aku sudah ada pilihan sendiri... apa die?? adalah... he..he.. sokonglah produk orang islam :)
0 comments:
Post a Comment