Klip Pilihan
Laman Utama
-
Luaskan Peranan Mahkamah Syariah Untuk Pengharmonian Dua Bidang Kuasa - Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan M...9 years ago
Beginikah Umat Islam?
Aku tidak pernah berseorangan dalam melaksanakan tugas sebagai da’ie, kesana kemari, keutara dan selatan, mejelajah merata bukan bermaksud bersiar-siar atau membazirkan duit ibu bapa yang diberi untuk perbelanjaan harian, akan tetapi keyakinan akan balasan Allah pada hari kemudian kepada mereka yang banyak membantu.
Mereka melihat aku selalu beseorangan ke mana-mana, kekadang ke kampus melawat adik-adik dari Kelantan, mereka mengutarakan persoalan “ nape abg sekian..sekian… tak datang sekali?” Aku tidak mampu menyatakan terus soalan itu tetapi hanya memberikan asalan yang “simple” seperti si fulan..ada kerja.
Biarpun lain seperti yang dibicarakan oleh hati…”Aku sudah mengajak berulagkali, akan tetapi ada sahaja alasan, aku tidak mahu meningglkan rakan yang pernah sama berjuang diperingkat sekolah dulu, dan terus terang aku katakan aku semakin tidak memahaminya. Tetapi tidak mengapalah, aku diajar untuk tidak memaksa dan sentiasa bersabar untuk terus mengajak walaupun kekadang aku sudah tahu jawapan dia.
Buat anda yang memerhati akan pergerakanku, aku tidak pernah beseorangan dalam melaksanakan kerja ini, malah sebenarnya aku hanya cebisan daripada mereka yang berperanan lebih dari aku iaitu mereka yang masih berada diatasku masih ramai, aku ini hanya berjalan kearah mereka yang ramai.
Aku memahami manhaj dakwah secara persendirian dan secara berkumpulan(berjemaah) boleh juga dikatakan berterang-terangan serta setiap langkah kesana dikira perjuangan yang mati syahid jika terhenti ditengahnya dan aku cuba bersedia untuk itu semua.
Aku sedar ilmu ini tidaklah semantap teman-teman lain yang bersemangat untuk mempertahankan agama, lantang berhujjah serta tidak putus dalam menjalankan aktiviti dakwah dalam kampus biarpun aku pernah bersama dengan mereka. Bagi aku, menganggap diri ini untuk belajar apa-apa yang baru, aku kurang dalam percakapan malah aku selesa dengan melaksanakan tugas beserta strategi.
Aku hanya menjalankan sedaya mungkin tanggungjawab ini, mungkin ada diantara anda yang melihat aku diatas, dan mengenalpasti kecatatan dalam meksanakan tugas, tegurlah dan itulah mungkin kelemahan aku yang hanya seorang pelajar.
Langkah ku ini tidak pernah keseorangan,kerana ia menuju kearah satu kolompok yang lebih mantap yang penuh dengan pembimbing yang akan membimbing aku untuk menjadi insan yang sedar akan tugas dan tanggungjawab.
Tidak perlu untuk dijunjung jika ku berada diatas, dan tidak boleh di pijak jika ku dibawah kerana apa yang aku harapkan ialah ukhuwwah yang menghormati persaudaraan seIslam tidak kira dari kelompok mana dikau. Jika jawatan itu membantu dalam melaksanakan tugas akan ku terima atas alasan itu.
Aku tidak pernah keseorangan… jika tinggal je aku untuk meneruskan perjuangan ini, akan ku cuba sedaya mungkin dengan ilmu dan pengalaman yang ada untuk meneruskan dalam menegak panji Islam di muka bumi ini bersama generasi yang pernah digilap oleh mereka suatu ketika dahulu. Jika aku gugur… tolonglah sambung perjuangan ini, biarkan aku melepasi ujian permulan nanti…Salam Perjuangan..
Pada 27 Jun 2009, aku di jemput oleh Abg Naim untuk menjadi fesilitator di Sekolah Menengah Kebangsaan HillCreast, Gombak, Selangor.
Aku bertolak dari rumah sewa pada petang jumaat, pada mulanya bersama teman tetapi beliau tidak kesampaian untuk sama-sama mengikutinya. Sampai di stesen Taman Melati aku solat di Madrasah Mustaqim taman Melawati dan makan selepas itu.
Sehingga selepas solat isya’ barulah abg. Naim bersama kawan-kawan yang lain, fakhrul ,fairul dan lain-lain menjemput aku sertam bermalam dirumahnya.
Pada keesokkan harinya, kami bertolak seawal jam 8pagi ke SMK Hillcreast yang terletak didak juah dari kawasan rumah abg naim.
Sampai disana kami breafing terakhir bersama dua orang lagi fesi perempuan iaitu syazwani dan adibah. Selepas itu program terus bermula dengan ucapan pengetua sekolah.
Program yang diberi nama kursus kepimpinan untuk ketua dan penolong kelas menjemput pihak kami dari Petra Training Counsultant (PTC) untuk memberi pengisian kepada peserta bertujuan member pendedahan awal tentang apakah itu kepimpinan serta kesedaran tentang tanggungjawab yang dipikul.
Program ini dimulakan dengan slot yang diberi nama “ice breaking” dan selepas itu pelbagai lagi modul-modul yang diisi dalam kursus ini seperti ceramah oleh ketua fesi iaitu abg naim sendiri, LDK dan sebagainya.
Kursus ini berakhir pada jam 1 petang, biarpun kursus ini diadakan selama setengah hari sahaja, aku yakin dengan peserta yang terdiri daripada ketua dan penolong kelas itu yang tahu hormati pihak luar, mampu menunjukkan kepimpinan mereka dan dapat membantu pihak sekolah dan juga disiplin dalam mengurus pegerakan pelajar serta dapat menjadi pembimbing rakan sebaya yang baik.
Aku tidak tahu mimpi apa pihak KUIS menjemput Dato' Sri Anwar Ibrahim dalam wacana ilmu yang bertajuk Islam, Generasi Muda dan Perubahan, pada 23 Jun 2009,bertempat di Pusat Konvensyen KUIS (PKK) yang bermula pada jam 9 malam.
Bersyukur aku terasa kerana dapat juga bersama dalam wacana itu biar dapat tahu petang semasa handak ke kelas kebetulan pada hari tersebut hanya pada petang sahaja dan aku terlihat banner wacana ilamu anwar ibrahim, tertutup kepada pelajar KUIS sahaja.
Pelajar-pelajar yang hadir cukup ramai, pada mulanya aku anggap pelajar-pelajar hadir kerana terpaksa kerana ada yang hadir untuk markah usrah, tetapi aku salah kerana apabila Dato' Sri Anwar Ibrahim (DSAI) tiba, tepukan gemuruh dan laungan takbir oleh audion dimana ia membuktikan DSAI tidak salah tempat.
DSAI datang bersama YB nik nazmi, memulakan ucapan nya dengan menceritakan dimana hebatnya orang muda. Beliau melibatkan ayat Quran dari surah Al-kahfi yang menceritakan pemuda al-kahfi yang lari dari pemerintah yang kejam pada masa itu dan sembunyi daalam gua. DSAI memberitahu orang muda merupakan agen perubah dan mampu membuat keputusan seperti pemuda kahfi tadi yang membuat keputtusan untuk lari dari pemerintah yang zalim bukan tunduk menjadi lembu dicucuk hidung sahaja.
Beliau meneruskan pidatonya dengan memberi penekanan bahawa ilmu adalah asas segalanya tidak kira kita minat politik atau tidak, pengetahuan perlu didahulukan barulah tindakan kita tidak melulu dan tidak berpaksikan semangat semata-mata. disamping itu, DSAI mencadangkan mahasiswa perlu membaca buku karangan ibnu ghazali iaitu "dimana perlu kita bermula."(bahasa inggeris dan arab)
Ada beberapa Audion menanyakan soalan antaranya yang boleh aku nyatakan ialah islah yang dimaksudkan oleh DSAI ialah menegakkan yang asal iaitu sekarang penindasan dan kezaliman, perlu di tegakkan asal ialah keadilan dan kebebasan.
Ada juga yang bertanya tentang pandangan beliau tentang kerajaan perpaduan, beliau menjawab ia sudah diputuskan dalam mesyuarat pakatan rakyat yang dipengerusikan oleh beliau dan pakatan adalah pakatan.
Selain itu, ada juga yang bertanya apakah yang Pakatan Rakyat akan lakukan bila memerintah negara, beliau menjawab kembali kepada perlembagaan iaitu apakah peranan kita kepada rakyat adakah penindasan atau korupsi.
Ada juga yang bertanya kenapa diselangor tidak di realisasikan manifesto seperti pemberian percuma atau pemotongan harga yuran dikuis, sedangkan Selangor dibawah Pakatan yang menterinya KeADILan, beliau menjawab semua cukai yang dibayar terus ke Kerajaan pusat dan wang agihan bergantung kepada mereka hendak bagi berapa. Jadi beliau menceritakan tentang wang agihan yang diberikan kepada negeri-negeri dibawah pakatan rakyat yang jumlahnya sangat kecil berbanding dinegeri lain.
akhirnya DSAI menekankan lagi bahawa mahasiswa perlu menekankan kepada memperkasakan ilmu dan membudayakan ilmu. Inilah yang aku terasa sedikit kagum dengan beliau, biarpun seorang ahli politik malah pembangkang, tetapi tidak totok mebicarakan tentang plotik semata-mata akan tetapi memberi tahu akan akar kepada itu semua iaitu ilmu, jika tiada ilmu dan tidak menunjukkan kita tidak berilmu, segala tindaakan adalah kerana nafsu semata-mata.
*Gambar diatas hiasan sahaja..aku xda kemera dan telefon berkamera.
Aku bersyukur kehadrat illahi kerana akhirnya pada 20 Jun 2009, berlangsung juga Konvensyen Pelajar Islam Kelantan ke-10(KPIK10) bertempat di Hotel MGU dimana aku diamanahkan menjadi pengarah.
Aku berterima kasih kepada teman-teman komiti (ahli jwatankuasa pengajur) kerana biarpun arahan yang diberi secara jarak jauh tetapi kerja serta apa-apa perkara boleh di lakukan dengan bimbingan YDP PPIK, abg.Afzan dan YDP ABIM Ust. Faisal.
KPIK 10 ini pada asalnya tercetus semasa aku masih dalam cutu semester, tetapi apabila terdapat pelbagai kekangan yang berlaku, tarikh terpaksa berubah dua kali dan tarikh terakhir yang ditetapkan ialah pada 20 Jun 2009 dimana pada tarikh ini adalah tarikh selepas cuti penggal pelajar sekolah.
tetapi tarikh tersebut cuti aku telah berakhir, selepas dibincang dengan kedua penasihat, aku sedia untuk memberi arahan secara jarak jauh dan memberi mandat pengarah kepada abg abdullah (a. Loh).
Biarpun pelbangai halangan yang berlaku,ada pihak tak bagi sokongan untuk melepaskan anak sekolah dibawah kelolaannya, sumbangan juga masih belum diluluskan biarpun sudah lama di bagi dan di "follow up" dan macam-macam lagi.
Aku tidak menyangka dengan keadaan yang sebengini, KPIK10 pada thun ini amat mendapat sambutan yang lar biasa, kerana surat jemputan di hantar tanpa sokongan Jabatan Pelajaran Kelantan kecuali sekolah dibawah yayaan Islam Kelantan (YIK).
KPIK10 pada tahun ini aku telah mengubah konsepnya dimana pada kali ini kami lebih menumpukan kepada pimpinan di peringkat sekolah menengah.
Dengan bertemakan Membina Keunggula Pelajar Muslim ini memlambangkan pembinaan kembali generasi pelajar Islam yang boleh berperanan di dalam pelbagai sektor sebagaimana tokoh-tokoh cendikiawan Islam dahulu.
Kami juga membawa icon Sultan Muhammad Al-Fatih sebagai panduan kerana baginda merupakan pemimpin yang komited dalam perjuangan agama, biarpun umur masuh muda tetapi boleh mempengaruhi tentera-tenteranya untuk terus berjuang dengan kata-kata yang ikhlas dan benar. Akhirnya beliau dapat menawan constantinople.
Dan bagi saya, semangat itu sudah meresap kepada teman-teman komiti KPIK10 2009 ini kerana biarpun pengarah nun jauh disana tetapi dengan berkat dan semangat ingin membina sebuah generasi Islam yang baru, akhirnya kita boleh malihat hasil keikhlasan dan semua... terima kasih.. :)
Akhir nya tidak jutaan penghargaan kepada Angkatan Belia Islam Malaysia Kelantan dan juga menaja Yayasan Pembangunan Ekonomi ISlam Malaysia (YaPEIM) dengan menghantar imbbalan Ketua Pengarah untuk merasmikan KPIK ini, kerana sudi membantu pihak kami dalam melahirkan kembali ummat kegemilangan islam silam.
untuk berita penuh sila klik : www.ppik-kelantan.blogspot.com
Pada pagi ini jam 5.10pagi, 19 Jun 2009, alhamdulillah selamat sampai ke Kota Bharu daripada Kuala Lumpur semalam bertolak dari Terminal Putra jam 9.00malam .
Tujuanku adalah untuk menghadiri Konvensyen Pelajar Islam Kelantan yang akan diadakan pada 20 Jun 2009, bertempat di MGU Hotel.
Konvensyen Pelajar Islam ini pada kali ke 10 nya atau pun diberi singkatan KPIK-10 menghimpunkan pimpinan pelajar di peringkat sekolah menengah di Kelantan.
KPIK-10 akan di rasmikan oleh YBhg. Dato' Dr. HJ. Abdul Malik Bin Awang Kecik, Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) dan dijangka 300 orang peserta yang bakal memenuhkan dewan.
Pada 2 Jun 2009, pada hari itu, aku dalam perjalanan pulang ke Selangor daripada kampung selepas majlis perkahwinan kakak aku, setibanya di Terminal bas Putra pada jam 6 petang, aku terus menelefon seorang sahabat daripada KUIS untuk menemani aku ke Program Malam Tautan Anak Negeri Kelantan dianjurkan oleh Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) UIA Petaling Jaya.
Aku menaiki komuter dan setibanya di stesen Bangi aku terus membeli tiket ke KL Sentral dan tinggalkan beg baju di ruang Surau stesen. Aku bersama teman terus menaiki Komuter ke KL Sentral untuk mendapatkan LRT ke stesen Universiti.
Kedatangan aku ke program tersebut agak kelewatan kerana memakan masa sepanjang dalam tren ,solat maghrib dan menunggu kereta teksi.
Sampai sahaja di destinasi, aku disambut oleh adik Azuan yang merupakan YDP PPIK Pusat Asasi UIA PJ. Aku bersama teman di bawa ke satu kelas di mana dalam kelan itu terdapat ramai pelajar-pelajar yang baru sahaja menjejaki alam kampus.
Aku mewakili PPIK pusat dijemput untuk memberi penerangan tentang PPIK Pusat di Kelantan. Sebelum aku diberi peluang berucap, sahabat-sahabat aku yang lain berucap dahulu ialtu saudara Zul Amin mantan timbalan Amir Kampusa PKPIM UIA-PJ, saudara Izuan selaku YDP PPIK PAUIA-PJ, kak Emy elyani mantan Amirah PKPIM UIA dan dipengerusikan oleh Timbalan Amir KAmpus PKPIM PAUIA-PJ.
Aku melihat adik-adik audium tidak bermaya mengambarkan suasana yang membosankan, jadi aku fikir aku perlu buat sesuatu agar sauasana menjadi ceria. Lalu sampailah giliran aku menyampaikan ucapan, aku memulakan dengan muka yang serius kerana ingin melihan reaksi mereka, dan seterusnya tiba-tiba mood aku datang untuk membuat lawak.
Alhamdulillah aku berjaya menarik perhatian mereka dan aku terus menerus menyampaikan ucapan dengan cepat kerana masa dah semakin suntuk dan lewat.
Habis sudah program tersebut aku terpaksa bergegas pulang kerana takut tidak sempat untuk mengejar tren terakhir, akan tetapi aku tidak mahu mengambil resiko untuk tido di stesen kerana pada masa itu sudah jam 10.30malam.
Lalu aku mengambil keputusan untuk bermalam di asrama UIA Gombak dibilik Saudara Halim yang juga mantan pimpinan PKPIM UIA-PJ bersama-sama teman aku tadi dan juga saudara Zul Amin sebelum berangkat pulang pada keesokan harinya.
Pada Keesokan harinya aku dijemput ke PAUIA-Nilai atas tujuan yang sama. Aku meminjam motor Kak Khairiah iaitu Amirah PKPIM KUIS.
Pada kali ini aku tidak terlalu lewat sampai disana biarpun tersesat di "Round About" Nilai kerana sudah lama tidak kesana.
Aku disambut oleh saudari Fadhilah, pimpinan PPIK PAUIA Nilai, dan dibawa ke sebuah kelas. di PAUIA Nilai terdapat beberapa adik-adik yang pernah terlibat dengan ABIM-PPIK semasa di Kelantan, seperti adik Fatimah, Ayunie, Amirah (YAM) dan Nabilah.
Aku diberi peluang berucap seperti di UIA PJ dengan memberi sedikit pengenalan tentang PPIK di Kelantan. di akhir program aku membeuat sedikit breafing untuk pimpinan PPIK di kampus UIA dan cawangannya.
Adik-adik anak Kelantan PAUIA Nilai
*Klik Pada gambar untuk yang lebih jelas
XPDC Ke Gunung Stong bersama Skuad Sukarelawan Remaja (SSR)
0 comments Posted by SyahiranMuhd at 11:39 PM
Pada 23-25 April 2009, aku menyertai ekspidisi ke Gunung Air terjun kedua tertinggi di asia iaitu Gunung Stong, di Badong, Jeli, Kelantan yang dianjurkan oleh adik-adik dari Skuad Sukarelawan Remaja (SSR) Pertubuhan Briged Bakti Negeri Kelantan (BBNK).
Peserta yang seramai 24 orang bertolak seawal jam 4 pagi dengan menaiki kereta api di stesen Wakaf Baru dan tiba pada jam 7 pagi selepas berhenti solat subuh pada jam 6pagi.
Kami bersarapan di kedai kopi bersebelahan stesen kereta api sambil menunggu kereta sewa kha untuk dibawa ke kaki gunung. Apabila Sampai di kaki gunung, kami di kepalai oleh petunjuk arah yang dibayar iaitu cikgu loqman daripada Persatuan Jurulatih Rekreasi dan kami dibawa naik olehnya mengikut kumpulan nombor yang telah dibahagi.
Apabila tiba di Kem Baha yang merupakan kawasan perkhemahan antara puncak dan kaki gunung dan disitu terdapatnya airterjun yang mengalir yang menjadi punca makanan kepada kami dan pendaki-pendaki yang lain. Kami memasang khemah disitu serta bermalam disitu.
Pada keesokkan harinya, dalam suasana dingin yang amat, kami solat Subuh berjemaah dan selepas itu kami duduk beramai-ramai di atas batu yang mengadap matahari naik cukup indah sambil bergambar kenangan.
Selepas sarapan kami bersiap untuk mendaki ke puncak dan ia memakan masa selama 4jam, bergantung kepada kekuatan si pendaki. Kami bertolak kepuncak pada jam 10 lebih dan tiba pada pukul 3 petang di puncak. Sepanjang perjalanan pelabagai halangan yang ditempuhi , jalan licin, dahan reput, pohon berduri, pacat dan nyamuk merupakan perkara biasa.
Dengan mendaki gunung inilah kita dapat mengetahiu bagaimana sifat seseorang, adalah penakut kah dia atau jenis yang penting diri sendiri atau jenis atau yang sanggup tunggu kawan iaitu pentingkan ukhuwwah, tak pun kita boleh tengok siapa yang semangat semata kerana seseorang tidak kira lelaki atau perempuan. . menyampah.. :P
Nak sampai kepuncak, kumpulan aku je yang tahu betapa siksanya aku nak sampai kepuncak, kadang-kadang rasa sudah dekat rupa-rupanya amat-amat jauh tak percaya Tanya lah Alami, Yunie, Saiful dan mereka yang bersama-sama dalam kumpulan itu biarpun sebenarnya ni adalah kali ke 2 aku mendaki gunung ni.
Apabila sampai je di puncak, segala nya aku lepaskan, dimana aku terus lelapkan mata tak kira siapa yang berada disekeliling sebab mereka semua ni adik pada aku jadi suka hati aku la nak buat apa pun he..he..
Selepas bergambar dipuncak, kami beransur turun, kami terpaksa cepat-cepat turun kerana hari sudah nak gelap dan hujan dah nak turun, takut-takut nanti kami terpaksa berdepan dengan kepala air macam ombak dari punca air mata air dari puncak.
Alhamdulillah aku sempai sampai, itu pun dan nak masuk waktu maghrib. Aku solat dan berehat seketika tapi bila bangun-bangun dah subuh he..he..
Selepas solat subuh, terasa kekosongan pada perut dan terus kedapur dengan muka tak malu mencari apa yang boleh dimuat masuk. Alhamdulillah kat daupur dah ramai mereka-mereka yang berkerumun iaitu makan megi mentah, sebab nasi tengah ditanak. Aku membantu buat air sebab memang aku pun nak minum air sebenarnya.
Kami bersiap untuk turun semula ke kaki gunung selepas 2 malam di Kem Baha dan bermula turun pada jam 10pagi. Sampai di kaki gunung kawan-kawan yang lain sambung mandi dibawah, pada masa itu aku sudah tak ada mood nak mandi kerana badan tersangat letih, apa yang ada di benak fikiran ialah… air sejuk yang ada ais..fuhh..
Alhamdulillah kereta sewa pun sampai untuk mengambil kami bagi pusingan pertama, jadi paham-paham la sape yang mula-mula masuk kereka itu. Dalam hati aku.. cepat-cepatlah sampai ke kedai kopi yang berhampiran dengan stesen kereta api itu. Sampai sahaja di stesen kereta api aku dan beberapa kawan-kawan yang lain lepak di kedai kopi tersebut biarpu aku tahu duit dah nak kering.
Kereta api tiba pada jam 3 petang, sebelum itu aku dan kawan-kawan yang lain solat jamak dan qasar. Aku sampai di stesen jam 6.30 petang bersama semua peserta XPDC dan aku balik dengan ayah aku yang datang menjemput.
Akan tetapi selepas aku mendaki niat aku masih belum tercapai kerana, tujuan sebenar aku menyertai XPDC ini ialah untuk mengrangkan berat badan, akan tetapi lemak dalam badan ini agak tepu untuk di pecah kan.he..he..
Pandangan Luar Air terjuan kedua tertinggi di Asia
Berehat seketika bersama SSR & Abg Syah
Oh yeah peace like me..
Pemandangan di atas di kem baha
Cg. Lokman (Guide kami)
Ha... cm ni la cara tido di atas gunong, bukan mcm atas katil tau.
Pemandangan bandar Jeli pukul 7pagi
Pemandangan pada pukul 6.30pagi
Ha... junior2 nanti jgn tiru aksi ni tau... tengok je..
Fuh muka lega leh sampai kepuncak biarpun merangkak
Bersiap dh nak balik
Kenangan semasa di puncak..
Syukur kehadrat lllahi kerna dengan izinnya pada 31 julai 2009, Nur Maihan Bt Muhammad telah selamat diijabkabulkan di masjid Mukim Paya Rambai, Jalan Bayam, Kota Bharu, Kelantan dengan Azzuddin yang berasal daripada Seremban Negeri Sembilan.
Begitulah berakhirnya zaman mereka berdua yang disaksikan oleh kedua orang tua dari kedua belah pihak yang merestui kasih pilihan yang dijalinkan sekian lama semenjak di matrik Kulala Pilah dibawa ke UPM higgalah kealam pekerjaan.
Sebelum sampainya hari keramat itu, orang yang paling gembira sekali semestinya Ibunda tercinta , Puan Wan Azizah yang banyak bertungkus lumus dalam membantu membuat persiapan dipihak perempuan tatkala si bakal pengantin meneruskan tugasnya sebagai pekerja di kota.
Nur Maihan bt Muhammad adalah anak kedua daripada 4 orang adik beradik aku, maknanya dia adalah kakak yang kedua. Dia merupakan adik beradik yang cemerlang dalam pelajaran ketika belajar di SMKA Naim Lilbanat dan dia ni bukan jenis aktif macam aku.
31 Julai semakin dekat dan orang yang pertama sampai dari perantauan untuk majlis perkahwinan ini ialah…. Aku he..he.. bukan ape saja ambil kesempatan diatas peluang percutian ini, aku sampai pada hari selasa manakala kedua kakak aku itu sampai pada pagi rabu.
Semakin dekat hari kejadian, semakin riuh rendah rumah aku, bukan apa, kakak yang sulong balik bersama keluarganya (suami, kedua anak lelaki nya yang berumur 5 tahun dan sorang lagi tak sampai setahun). Ditambah pula kehadiran mak dan bapa saudara dari sebelah ayah dan mak dengan segala tenteranya sepupu-sepapat dalam membantu dalam persiapan majlis yang mugkin lama lagi akan kembali lagi he..he.. (jangan komen pe..pe..)
Pada malam perkahwinan, pihak pengantin bersyukur kerana datang seorang lagi mak saudara yang mahir dalam membuat gubahan makanan untuk makan beradat, kami (termsuk saya yang seorang lelaki ini) membantu sehinggakan lewat malam.
Pagi ini adalah pagi yang lain dari yang lain lebih-lebih lagi kepada kakak ya, ma, ayah, dan lain-lain, mereka semua bagun awal pagi bagaikan hari raya…. Kecuali aku, tido lepas subuh macam biasa he..he..
Pengantin lelaki sampai pada jam 11.45pagi, mereka menginap sementara di rumah sewa bapak saudara yang tinggal dibelakang rumah aku je.. dan selepas tu ke Masjid untuk majlis akad, pada masa tu hujan renyai2, diorang semua pergi dengan kereta, aku seorang je yang terpaksa naik motor merentas hujan sampai demam selepas kenduri.
Kerja aku pada pada mejlis ni banyak, maklumlah anak seorang lelaki, semua kerja orang cari aku, sedangkan aku ditugaskan untuk mengambil gambar. Aku terpaksa tinggalkan kerja2 di pengkalan kerana nak pergi gari “tape” dan batteri kamera..last2 pengantin pula marah aku sebab dengar kata aku tak buat kerja.
Ok..takpe itu perkara biasa bagi aku, biasa la orang penringkan ramai yang nak minta tolong sampaikan tak terbuat
Tetamu yang dating cukup-cukup ramai, sampai ke malam, anggaran mak, budjet tetamu yang dating seramai 300orang je.
Begitulah sedikit kisah peristiwa di majlis perkahwinan kakak kedua bersama putera pilihannya abg. Azuddin (azrul) menantu kesayangan mak tu.. he..he.. dan mejlis dirumah pengantin pada 6 Jun2009.
Wassalam…
Gelagat Sepupu 1st pegang hantaran
Kak ya mengepalalai deligasi pengantin perempuan
Ayah (mad tok bilal) memperhatikan Ust. Adam, Kadi pada kali ini :)
Haa.. kawin pun kene tanda tgn gak tau
Aku nikahkan skian..skian..skian.. ilal akhir...
Nak kawin pun kene dengar tazkirah dulu, tentang rumah tangga dalam Islam
Pengantin perempuan bersama ahli deligasi yang sibuk bersembang...ish...
Ha.... sah ke ayahnye...
Alhmdulillah.. Sah...
Ha... baguh la gitu kak... bia taak sapa selama2 nya deh...
Ish.. main2 larrr..
Berarak pengantin lelaki...
Biarpun terlajak ke lua pagar atas masalah teknikal namun.. jadi gak..
Dari kiri... Ayah, Dari kanan ma..
19hantaran dari pengantin lelaki
Bergambar bersama keluarga... nak tengok lebih dekat klik pd gambar..