Klip Pilihan
Laman Utama
-
Luaskan Peranan Mahkamah Syariah Untuk Pengharmonian Dua Bidang Kuasa - Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan M...9 years ago
Beginikah Umat Islam?
Hari ni aku nk ngare kok versi klate, aku loni po nga ile sbloh kaki... hola gewe aku iaitu labtop kesayange rusok, aku tok tahu bakpo dio jadi gitu, hujung muggu lepah aku ado program di kaje(Kajang) pahtu aku ikuk saing-saing aku balik gombok sebak hari senin cuti konvokesyen KUIS.
Lepah aku balik rumoh, aku tra bukok labtop aku, tengok-tengok tokleh "display" kat skin... pada mulonyo aku ingak monitor hok rusok sebak labtop aku tok guno skrin sebak rusok, jadi aku beli la monitor dan sambung situ.Tapi aku chek, tok rusok pun pahtu aku chek kat labtop..rupo-ruponyo labtop tu sdri rusok hok aku sdiri pong tok tau sebak gapo.
Maso aku balik rumoh, aku tengok mejo hok aku wak alas monitor dan labtop takdop, budok-budok rumoh aku buak tubik lua sebak male tu ado usroh kat umoh. Aku tokse nk nuduk sapo-sapo jadi aku anggap ni mungkin uje tuhe.
Jadi buak maso ni aku tokleh nok wak gapo-gapo design lah, sklo ado hok mitok tolong buak banner dan lain-lain. Aku tengoh blur loni tok tahu nak wat gano dengan labtop tu sebak kalu gi bekki, maha skrin sajo RM800 petah lagi bekki bare hok jeng dale tu.
Hola nak wat gano, aku tawakkal jela, ajat nok pinje denge saing hok ngaji di UKM.. :) tengoklah gano, hmm... pade stakat ni lah sajo nok kongsi kesedihe he..he..
Kisah bermula semasa aku semester dua dimana pada masa itu aku sangat memerlukan wang untuk memampung perbelanjaan sara diri di kampus..yelah RM1000 sebulan sebenarnya tak cukup untuk hidup di bandar besar ni..lain la kalo duk di Kelantan.
Jadi aku cuba bertanyakan orang-orang tentang hasrat untuk mencari kerja sambilan. Aku bertanya kakak aku yang tinggal di Gombak dan dia memberi jawapan bahawa beliau bersedia mengambil aku bekerja bersamanya dan memberi masa yang sesuai untuk membawa aku ke tampat kerjanya.
Pada suatu hujung minggu waktu malam, kakak aku tadi pun datang menjemput aku di kampus dan membawa aku ke tempat kerja "partime"nya. Bertempat di KL, dalam sebuah bangunan yang tinggi dan besar. Apabila aku masuk kedalam,kelihatan ramai orang-orang yang berpakaian segak dengan "kot" pada masa itu aku mula merasakan perniagan ini akan memberi keuntungan jugak.
Kakak aku membawa aku berjumpa dengan kawannya yang berbangsa cina...tapi... aku pada masa itu berkeadaan dalam kejutan budaya kerana mereka ini bersalaman antara lelaki dengan perempuan dan... termsuk kakak aku. Pada masa itu aku terpaksa juga bersalaman kerana menghormati mereka.
Mereka mengeluarkan dokumen-dokumen yang entah pe..pe.., dan menceritakan dengan panjang lebar beserta peta minda "network" perniagaan MLM ini. Memang aku berasa terteraik kerana produk yang dijual adalah satu barang wangian kesihatan tetapi wang keahlian itu yang menjadi masalah sebanyak RM2000.
keahlian aku sudah dibayar oleh kakak aku tetapi apa yang bermain difikiran aitu bagaimana aku nak menarik pelanggan kerana kenalan aku semuanya bukan orang yang berada. Aku membiarkan saha ia berlalu... selepas beberapa minggu aku mengikuti nya lagi dan pada masa itu ahti aku mula memberontak. Apabila sekembalinya aku ke asrama, amerenung seketika kerana aku seorang siswa pengajian ISlam, layakkan aku berada disuasana sebegini,
Lalu aku mengambil keputusan untuk tidak menerskan perniagaan ini kerana 1. budaya mereka yang begitu sosial dan aku telah menegur kakak aku, sampai sekarang tidak mengajak aku lagi. 2. harga keahlian yang terlalu mahal tidak mungkin aku akan mempengaruhi pelanggan.
Pengalaman kedua, aku semasa semester 4, dimana pada suatu malam kawan aku mengajak makan bersamanya dan dia kata hendak belanja aku... dalam fikiran aku macam syak sesuatu kenapa mamat ni baik sangat.
Sampai di kedai makan aku diminta duduk dan diminta oder apa sahaja... Selepas makan, dia memanggil seorang lagi kawannya datang dan lalu membuka dokumen dalam fail. Beliau menceritakan penjang lebar akan pernaigaan MLM ini.
Pada akhir penerangan beliau bertanyakan hendak menggukan pakej yang mana, dan aku dengan tegas menyatakan "TIDAK BERMINAT LANGSUNG".. selepas itu kawan tu panggil seorang lagi kawan dia, dan datang. Orang tu budak KUIS dan orang Kelantan yang lupa diri he..he.. dia datang dan bertanya "bakpo demo xse" saya pun bagi tau "Kawe tak terbuko hati :)"
lalu dia berleter dan menggunakan ayat-ayat yang bukan untuk ummat Islam. Kurang hajar dan kasar, tetapi tidak atahu mengapa tahap kesabaran aku pada malam itu sangat tinggi.
Nama MLM itu ialah LUXOR!!! blah la weiii, nak berniaga pun kena pekse kerr!! :P
Dan pengalaman ketiga, aku dimana pada baru-baru ini aku menyatakan kepada sepupu aku, "Hari free" dia pun kata hendak berjumpa pada pukul 3 di bandar tasek selatan. Aku dengan waktu yang tepat sampai disana dan dibawa oleh beliau ke suatu pejabat "part-time"nya.
Aku diminta masuk ke dalam suatu dewan untuk mendengar penerangan tentang produk MLM ini dengan membawa alat Pendidikan yang dipanggil Score A Programme. Aku mendengar dan ia akag menarik kerana alat ini ialah pengisian latihan pengajaran kepada anak-anak diperingkat rendah dan menengah.
Selepas sejam lebih didalam aku berasa lapar dan mengantar masej kat sepupu aku kate lapar nak keluar mencari makan. Lalu aku keluar dan sebelum itu ada lagi, aku dibawa ke pejabatnya dan diberi penerangan tentang strategi perniagaan ini. Pada Akhir penerangan, aku diminta memilih pekej yang disediakan dan aku menyatakan taknak kerana masih trauma dengan MLM yang lepas. Yang ini hampir memaksa ini tetapi agak lembut dan melepaskan aku akhirnya.
Begitulah sedikut perkongsian pengalaman aku semasa di ngorat oleh orang-orang MLM ni. Ini tidak bermakna aku anti MLM kerana aku sudah ada pilihan sendiri... apa die?? adalah... he..he.. sokonglah produk orang islam :)
Muktamar ABIM Kelantan telah berlansung dengan jayanya pada 11 Julai 2009 bertempat di Rumah Anak Yatim Puteri harapan (RPH), Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Kelantan yang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Muhammad Bin Abdul Rahman Selaku Timbalan Pengarah Belia Dan Sukan Negeri Kelantan yang mewakili Pengrah Jabatan Belia dan Sukan Kelantan.
Dif-dif jemputan dan VIP disambut oleh perbarisan kawalan kehormat Pasukan Briged Bakti Kelantan itulah merupakan kelainan muktamar pada tahun ini yang menonjolkan salah satu pertubuhan beruniform yang ditubuhkan oleh ABIM Kelantan pada suatu ketika dahulu.
Aku ditugaskan untuk menjaga teknikal walaupun bersama Abg Afzan yang sudah seminggu berkampung di sekretariat ABIM Kelantan kebetulan pada masa ini aku cuti tengah semester selama seminggu.
Ucapan alu-aluan oleh Ust Faisal Abdullah yang merupakan YDP ABIM kelantan yang merungkai sedikit tentang tema muktamar iaitu "Meneladani Qudwah,Membina Generasi" dimana ABIM Kelantan mengambil contoh tokoh Sultan Muhammad Al-Fateh yang telah membebaskan kota constantinople sebagai icon dalam membina generasi belia di Kelantan.
Selepas itu ucaptama oleh Abg Yusri yang merupakan Presiden ABIM Pusat dimana di ABIm Pusat pula mendepankan tokoh Sultan Salahuddin Ayubi yang sedia maklum baginda telah membebas kan Palesti dari Kristian dan Yahudi.
Selepas itu di sesi kedua merupakan perbentangan oleh Abg Ju Fitri Joha sempana perlancaran Grup Generasi Al-Fateh yang akan menjadi pengerak dalam agenda pembinaan generasi berteraskan tokoh ini.
Dan sesi sidang muktamar yang membincangkan hal-hal organisasi dan halatujunya. Pada tahun ini ABIM Kelantan mengemukakan 5 muka baru dalam organisasi iaitu Ust Amin, Kak Syikin, Sdr.Bajili, Sdr. Hilmi dan termasuk aku yang ditaklifkan sebagai biro siswazah muda.
Aku berterimaksih kepada Al-Fadhil YDP kerana memberi kepercayaan untuk memikul amanah yang agak berat dimana ia lebih menumpukan kepada belia yang masih belajar seiring dengan tanggugjawab aku juga sebagai setiausaha Agung Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) yang merupakan wakil suara Mahasiswa dan pelajar diKelantan.
Harapan agar Allah swt memberi kekuatan pada diri ini untuk melaksanakan tugas dengan baik bersama bimbingan abg dan kakak bersama YDP sendiri... insya' Allah.
utuk maklumta lanjut sila klik sini
semasa proses persiapan bahan multimedia
Himpunan Hari Belia Negara 2009 Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan pada 10 Julai 2009 bertempat di Hotel Renaissance, Kota Bharu dimana ia telah di sempurnakan oleh YB Dato’ Shabery Cheek, Menteri Belia Dan Sukan.
Aku hadir bersama pimpinan ABIM Negeri Kelantan yang juga merupakan badan gabungan kepada Majlis Belia Kelantan (MBK). Seramai 8 orang yang mewakili ABIM Kelantan iaitu abg Nuar, Ust Fadhlul, Alami, Kaka Suhaidah, Kak Izat, Kak Salmi dan Kak Nadrah termasuk 2 orang yang mawakili exco yang tidak dapat hadir iaitu Zul Amin dan Ust Amin ….Amin….murah rezeki he..he..
Apa yang mebanggakan ialah Ust Faisal yang juga merupakan Yang Di Pertua ABIM Kelantan mengetuai bacaan ikrar belia dan menyerahkan skrol ikrar kepada YB Menteri.
Majlis ini dihadiri oleh pelbagai pertubuhan belia termasuk Pertubuhan Belia 4B, persatuan beruniform seperti Pengakap, Pergerakan Putri Islam dan St John, dan banyak lagi yang aku lupa ape tah lagi he..he..
Pada hari tersebut aku belajar cmner makan di hotel 5 bintang, walaupun mula-mula masuk tu rasa lain tapi “cover” je… Selepas majlis perasmian kami dihidangkan sajian makan berperingkat, cmner tu? Ha.. aku periksa lam menu ada 6 makanan tak termasuk air. Makana pertama Sup Jagung +telur, kedua Ayam masak sos tiram kot, ketiga ikan talapia goreng masak masam manis, keempat Daging kambing masak lada hitam, Kelima Nasi Goreng Belacan dan yang terakhir.. lizert..op salh ek dessert..la buah tebikai kuning , merah dan betik..Apa yang pelik nya makanan punye la mantop tapi air mula dari makanan pertamas sampai last air kosong je.. ish…
Sepanjang aku kami makan, kami di alun oleh suara-suara yang perasan merdu oleh penyanyi solo yang perasan nak jadi artis daripada persatuan belia he..he.. Dh la nasyid diletakkn pada akhir masa tu orang nak balik dah… ini lah 1 belia 1 negara he..he..
Di akhir majlis aku bergambar dengn YDP dn exco-exco ABIM Kelantan yang masih belum balik kerana ada yang balik awal.
Aku pulang dan menyambung kembali kerja persiapan muktamar ABIM Kelantan pada keesokkan harinya yang ditingglkan kepada abg afzan..seba tu la dia wakil kan kat orang suh datang.
Namun cerita diatas adalah "ending" kepada cerita sebenar bagaimana aku boleh dapat juga bercuti biar pun tiket dah abis... opps.... ok begini, aku berniat hendak balik pada hari Jumaat malam kerana terpaksa siapkan tugasan (assignment) dimana pada hari Jumaat adalah tarikh tutupnya.
Petang khamis aku ditemani kawan ke stesen bas Kajang untuk membeli tiket, dalam hati aku memang pasti adanya tiket "comfirm" sebab sebelum ni aku pernah beli tiket ke KB (Kota Bharu) pada hari yang sama iaitu beli tiket waktu pagi untuk naik dimalamnya, akan tetapi kali ini nasib tak menyebelahi aku walaupun tiket aku beli sehari sebelum tarikh kejadian.
Selepas selesai bab tiket, tinggal pasal tugasan pulak. Selepas sahaja waktu kelas pada 5.30 petang, aku seperti biasa menumpang kawan balik ke rumah sewa 4tingkat... eh silap tingkat 4..la.. dan aku membuka laptop dan fail tugasan terus sambung kerja tugasan yang sudah 3 hari aku buat.
Pada malam yang sama juga adalah pertemuan Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM) atau bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan pelajar yang tinggal di luar kampus. Tetapi aku terpaksa selepaskan tugasan itu dan dalam masa yang sama juga aku kene buat pembetulan "design" pemplete PKPIM yang aada sedikit kesalahan dan serahkan kepada bos percetakan selepas waktu isya'.
Seleas menyerahkan benda tu kat bos, aku sambung kembali tugasan, pada mulanya aku hendak hantarkannya pada keesokan harinya, tetapi baru ku teringat, pagi esok sebelum pukul 8 mana ada kedai yang buka lagi, dah la Bas pukul 8 pagi. Aku dengan bergegaskena siapkan sebelum pukul 11malam dimana sebelum tutupnya kedai print kat luar tu.
Tetapi aku rasa tak sempat hendak siapkan sebelum pukul 11,lalu aku teringat akan kawan-kawan yang menawarkan perkhidmatan mencetak tugasan ni. Lalu aku menghantar sms kepada rakan di asrama siapa yang buat perkhidmatan ni, dan alhamdulillah ada. Jadi aku kena siapkan sebelum pukul 12 pula kerana selepas waktu tu, tidak dibenarkan masuk kampus.
Aku meneruskan misi siapkan tugasan dan apabila sudah siap, aku terus sampan dokumen itu dalam "pendrive" dan aku keluar ruamh mendapatkan basikal terus turun dengan lif dan ke kampus KUIS. Aku menuju ke asrama untuk "print" tugasan ini di bilik I 105, dan selepas itu lepas siap di kacip, misi kedua aku adalah menghantar tugasan ini ke bilik pensyarah.
Aku hampir-hampir tidak dapat menghantarnya kerana pintu depan bangunan Akademi Islam itu terkunci, aku buntu sebentar dan hampir putus asa. Akan tetapi tiba-tiba tak tahu kenapa hai ini mengajak untuk mencuba pintu belakang, dan syukur pintunya tidak berkunci laku aku terus ke dalam dan menuju ke bilik penyarah tersebut.
Dengan keadaan mencemaskan takut-takut ada pakcik pengawal yang memeriksa bengunan ini, aku meneruskan juga misi ini walaupun terpaksa buang selipar untuk mengelak bunyi. Akhirnya aku sampai juga di bilik Ustazah Nazneen, penyarah mata pelajaran Sosiologi he..he.. jgn mare..
Apabila selamat keluar, aku dengan tidak melengahkan masa mengambil basikal tadi keluar kampus, biarpun penat mengayuh menaiki bukit, tetapi aku berpuas hati sebab dapat gak hantar asimen ni.
Tetapi misi aku masih belum berakhir, kerana masih mencari sapela yang boleh hantar aku ke stesen bas pagi esok ni. Hati ku berdebar-debar kerana aku terpaksa pulang bergegas ini juga kerana ketiadaan wang untuk menampung perbelanjaan makan minum disini. Sampai dirumah kawan aku tanya aku datng darimana dan kebetulan dia juga tanya bila balik kampung. Lalu aku meberanikan diri meminta tolong darinya untuk menghantar ke stesen bas dan dia sudi membantu.
Disini aku ingin mengucapkan tberbanyak-banyak terima kasih kepada Asyraf kerana menemani aku beli tiket balik kampung dan kepada Syafiq Akmal kerana sudi menghantar aku ke Kajang, aku tahu akan aku telah membebankan mereka, hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala amal ibadat mereka kerana membantu sahabat yang bermasalah dari pelbagai segi untuk mengurangkan bebannya. Syukran... :)