Klip Pilihan

Part Yg Pling Aku Suke Dlm Nur Kasih..hi..hi..

Sekilas Semasa KPIK10

Laman Utama

Beginikah Umat Islam?

Alhamdulillah Syukur ku panjantkan ke hadrat Illahi kerana pada 26 Januri 2010 akhirnya Forum Isu yang berkaitan dengan kalimah Allah dapat di adakan di Masjid Al-Azhar, Kolej Justify FullUniversiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) setelah aku kehulu-kehilir mendapatkan kelulusan Ust. Farid Ravi dan surat-surat jemputan kepada pihak pentadbiran.


Pembikinan Program
Sebelum mengadakan forum ini, aku mencari cara yang paling mudah tanpa banyak protokol, darisitulah aku mengajak pihak Masjid Al-Azhar KUIS, untuk bekerjasama dengan kami (Ikatan Ilmuwan Muda (ILMUWAN)). Aku meletakkan diri aku sebagai setiausaha dan Muhammadon yang merupakan Pembantu Exekutif Masjid sebagai pengarah bagi memudahkan urusan antara dua pihak.

Dalam menyiapkan dokumen bagi forum ini seperti kertas kerja dan surat-menyurat, aku banyak dibantu oleh Muhammadon. Beliaulah yang memeriksa format dan ejaan dokuman-dokumen tersebut.

Pada mulanya forum ini diadakan 19 jan 2010 iaitu seminggu daripada tarikh sebenar, disebab kan masa terlalu singkat iaitu 2minggu, tarikh terpaksa dipindah kepada 26 januari 2010 biarpun kertas kerja sudah di tanda tangan oleh Dr. Zulkifli Aini yang merupakan Penasihat ILMUWAN dan mendapat persetujuan oleh Ust. Farid.

Ahli panel untuk forum ini pada mulanya ialah Dr. Farid Shahran (Timb Dekan IRK UIAM) yang juga mantan Timb Presiden ABIM, kedua ialah En. Farooq yang merupakan Pensyarah jabatan undang-undang KUIS (di cadang oleh Dr Zul). Akan tetapi di akhir2 aku diberi makluman oleh teman Abu Qasim (naib Presiden PKPIM) yang mengata Dr FArid tidak dapat hadir dan en. Farooq tak dapat menerima pelawaan kami kerana tidak mahir dalam isu ini.

Aku mulai pening he..he.. aku minta pandangan saudari Izzah (timb HEWI PKPIM) bertayakan pandangan nya, beliau mencadangakn Dr Khalif Muammar Pensyarah UKM, dan memberi nombor telefonnya. Aku menelefon Dr Khalif dan beliau pun tidak dapat hadir kerana mendapat jemputan lain yang berkaitan isu yang sama.

Kemuan aku minta pandangan Dr. Zulkifli, beliau mencadangkan Dr. Sani Badrom (fuh aku berurusan dgn para Dr.2 tu ha..ha...) yang merupakan Fellow Kanan IKIM dan Dr Zul memberi nombor telefonnya kepada aku. Lalu aku ke pejabat masjid dan menelefon Dr Sani. Alhamdulillah beliau menerima pelawan kami.

Ujian Allah
Dalam seminggu sebelum hari nya tiba, aku kehulu kehilir menyiapkan surat jemputan kemudain membetukan kertas kerja dan mengambil tanda tangan Ust. Farid Ravi. tetapi tidak pernah bersemuka dengannya sehinggalah pada sehari sebelum hari kejadian aku dapat bersemuka dengan beliau, aku ke pejabatnya di institut kajian hadis di bangunan Nursing. Pada masa itu, beliau sedang menjawab telefon, aku memberi salam semasa masuk dan melihat beliau sedang sibuk, aku duduk sambil menunggu.

Setelah beliau selesai, aku bertanyakan ust, sibuk tak sekarang? tetapi aku sedikit tersentuh bila beliau menjawab, hari2 saya sibuk sekarang g buat kerje kan. alangkah terasanya aku. demi rakyat kampus KUIS dalam menerangkan isu Kalimah Allah ini aku merendahkan diri. Tetapi aku masih duduk disiti biarpun beliau sudah masuk biliknya sehinggalah PA nya memaanggil ku.

Beliau memeriksa sekali lagi kertas kerja, rupa2nya beliau tak perasan lagi tantang ILMUWAN tu beliau bertayakan kelab sapa penasihanya? aku jawan Dr. Zulkifli Aini, Dia tanya lagi kamu ni GMS (puak Pro-M)ker dengan mata yang tajam ke arah ku, dengan jelas lagi bersluluh, aku memberitahu kami adalah ABIM kat kampus. he..he..

Beliau menagatakan masjid boleh bagi RM400 je sedangkan jumlah semua RM619, lalu aku mula pening dan teringat kat abg2 PKPIM bagitahu hari tu, kalo da nak mintak support try la mintak di PKPIM, lalu aku menghubungi abg Lerd (SUA PKPIM) beliau marah aku sebab last mint haha... lagi pun bendahari (kak Syafa) balik kampung.

Aku pun pk2 ok, kami hantar juga surat sumbangannya biarpun lambat dapat. Kemudian aku menghungi Abu Qasim, beliau mencadangakn mintak dengan ABIM pusat. Aku terus calll Dr Razak Idris (Presiden ABIM) yang kebetulan orang Kelantan gak hi..hi.. beliau meminta hantar dahulu surat sumabngan dan akan memberi tahu kemudian.

Sudah duit tak da ni sebab aku di maklumkan oleh Muhammadon, pembantu kepada bendahari sedang bercuti jadi tak dapat lah keluarkan cek. Mujurlah ada cenderahati, jadi bolehlah lkami bagi banda tu dahulu dan wangnya kemudian he..he..

Tiba2 timbul ppula masalah baru, Banner tak sampai2 lagi sudah masuk asar barulah sampai, dalam diri aku sudah tak da semanagat untk gantung banner sebab takda gunya sudah petang ni. Nasib baik semalam aku tampak memo tantang forum ni di setiap bangunan Fakulti Kecuali AI sebab dah kunci he..he..).

Bila teringat akan Allah bersama dengan orang yang sabar, aku pun berkifir nak sangkut ke tidak, jadi Nuaim pun call, " anta kat ner? banner dah sampai ni". aku jawab, ana nak pi kelas". lalu aku menelifon Azizan n Abu bakar teman yang banyak membantu dari segi persiapan. Kebetulan mereka di masjid boleh teruk ke tepai masjid untuk gantung banner dan juga di simpang masuk KUIS bagi makluman orang awam dan teman-teman dari kampus lain.

Semasa dalam Kelas
Kelasyang aku pi petang tu ialah subjek kajian ajaran salah(Sesat) yang merupakan salah satu subjek dalam bidang Usuluddin.

Di akhir kelas, ustz memaklukan ada forum malam ini di masjid dan meminta teman2 kelas ke sana untuk menilai. Mengikut pandanga ustz. beliau tidak melihat isu ini serius kerana katanya tidak melibatkan aqidah dan dalam AlQuran memberitahu org kafir pun mengakui Allah yang menciptakan manusia.

dan ramailah juga "Budak Usuluddin Sem 6 09/10" yang setuju penggunaan kepada orang kapiq dan bagi aku tidak ada masalah sebab itu pandangan mereka dan peranan pelajar ialah meneliti dan melinai budan menghukum seseorang.

aku menjangkakan mereka akan datang ramai2 dalam forum iu untuk bertanyakan soalan Killer he..he.. tetapi hampeh belaka.

Hari Kejadian
Forum bermula selepas maghrib, aku solat di masjid tetapi melihat meja untuk pendaftaran ahli masih belum di sediakan lalu selepas solat, aku menelefon Abu bakar yang bertugas sebagai persiapan tempat. Aku terpaksa bertegas pada masa kritikal ini "push" kapada ajk harap mereka faham.

Tiba2 seorang ahli panel lewat datang, lalu aku menelefon Dr sani, beliau sudah sampai sewaktu solat maghrib lagi. Lalu aku melayannya dengan cara orang akademik, berbual dengan isu berkaitan sambil dibidas oleh beliau tentang porgram ini macam tidak teratur sebab panel terlewat he..he.. jd cm biasa aku buat muka tak berssalah :).

Sehinggalah pukul 8.30, dah dekat waktu isya', aku terus bertemu hafiz dan meminta pandangan beliau, dia kate kalo panel ok, ana ok je wt forum lepas Isya'.

Lalu aku berbincang dengan Dr Sani, beliau masih membidas aku dan bersetuju buat lepas solat isya'.

Alhamdulillah Sebelum Isya' rombongan PKPIM pun sampai he..he..

Selepas solat, barulah Forum bermula, dan alhamdulillah masih ada insan yang sudi bermasa dlam forum ini lebih kurg 2o org termasuk siswi.

1st Time Jadi Moderator
Selama aku belajar disini, tidak pernah lagi membuat program pe tah lagi nak jadi moderator ni. Pada mulanya moderator ialah penasihat ILMUWAN sendiri iaitu Dr. Zulkifli Aini, tetapi selepas tarikh forum ini ditunda, beliau ke Indonesia ada lawatan kerja dan aku pada masa itu hendak jadi pengerusi majlis sahaja.

Selepas bertanyakan teman-teman jawatankuasa, telah diputuskan aku yang akan mengantikan moderator, pada masa itu, perjuangan punya pasal dan ingin belajar perkara yang baru, aku terima sahaja.

ketika sedang berbual dengan Nuaim (kawan sebilik), tiba2 aku terkeluar minta dia jadi moderator. Nuaim kate die pun tak pernah jadi, api dia nak cuba. Selepas beberapa hari, beliau kembali bagitahu aku tak dapat jadik, sebab ada majlis pembubaran Persatuan Mahasiswa Undang2 yang dikendalikannnya.

Aku pun rasa, mungkin memang telah ditentukan aku yang akan jadi Moderator dan mungkin ada hikmah disebaliknya. Aku pun teruskan dengan bertanyakan pandangan Abu Qasim tentang soalan yang boleh digunakan dalam forum nanti.

Pada hari kejadian aku ,main redah je buat tak tahu je, nak kate debar pun tak de, [ada masa tu aku tawakkal je mintak tuhan gerak kan badan dan mulut ni secara baik he..he..

Selepas pengerusi menjemput, aku terkejut sebab die jemput aku sorang je, lam hati, nah aku lak yang kne jemput, aku pun jemput je al blasah je ayat2 pe pun, nasib baik keluar ayat2 skima ha...ha..

Pastu masa alu-aluan aku tahu menggunakan sapaan yang tungang langgang tak tahu siapa diatas, tapi nasib baik sebut ahli panel dulu, lagi pun orang2 atasan ak da masa tu hatta Ust Farid Ravi pun.

Semasa mengajukan soalan, pada asalnya akunak tanya secara spontan konon nya, tapi dh tegok teks tugak, baca jela... ha..ha..

Semasa ahli panel bercakap selalunya moderator kena set masa, aku pun keluarkan fon dan letak diatas meja, tapi serabut la pulak orang duk call dan mesej... tapi nasib iak la ahli2 panel ni faham. :)

Ahlamdulillah aku rasakan setakat ni ok la skit semasa kendalikan forum sesuailah dengan first time nih. ape yang paling aku suke skali, aku tak sangkut2 semasa bercakap :)


Heh..He.. Macho kan, jgn betul kn siaran anda


Dr. Sani Badron (Fellow Kanan IKIM)


Ha.... ni dier doktor sedang beceramah si Abu Qasim


Uik... Alamak... Ketua Jabatan Usul pun mai arr (Ust Abu Zaki)


Ni lah mereka yang dipilih Allah


ni pun...(termasuk pegawai eksekutif masjid si Madon)

Ni jugak


Ha nih la pengerusi, ade ke patut pangil aku mewakili kelas usuluddin

Nilah sarapan+lunch+dinner aku kih..kih..


Semangat seorang presiden : Sudah die dah mula dah


Kak Akmar, Kak FAtin kecik dan kak aida dari HEWI PKPIM


Selepas sahaja tiba di asrama, aku terus hampat totor dan terus baring kan diri kerana penat mengahntar rakan ke UniKL MIAT selepas pulang dari Multaqa Nuqaba.

Multaqa Nuqaba' bermula pada hari jumaat,22 Januri 2010, jam 5 petang sehingga ahad, 24 Januari 2010 jam 3petang bertempat di Kolej Darul Hikmah, Kajang, Selangor.

Dalam Program ini aku mewakili Persatuan Pembimbing Pelajar Islam Kelantan (PPIK) bersama-sama 4lagi rakan yang lain iaitu, Abdullah Nawi (Abe Loh), Faizal (BOB), Zul Amin dan Fatimah dari UIA Nilai dan dalam masa yang sama, saya juga trut membewa 2orang wakil KUIS iaitu saudari Habibah dan Azah.

Paha hari pertama bermula selepas maghrib dengan syarahan daripada Dato' Dr. Siddiq Fadzil, yang merupakan Presiden WADAH dan Presiden Koleh Dar Al-Hikmah. Beliau juga merupakan mantan Presiden PKPIM dan ABIM.

Dalam Multaqa Nuqaba' ini banyak memberi pendedahan tentang gerakan Islam iaitu dalam konteks PKPIM-ABIM-WADAH disamping menerangkan perana sebagai naqib serta cara pengendalian usrah.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Ilahi, pada malam ini telah selesai satu amanah yang diberikan pada aku iaitu mengendalikan sebuah program kampus. Forum yang bertajuk Apa Ada Disebalik Hijab adalah program yang dianjurkan Unit Nisa' Majlis Perwakilan Mahasiswa KUIS dimana ia bekerjasama dengan Ikatan Ilmuwan Muda KUIS (ILMUWAN).

Ucapan terima kasih kepada teman-teman di majlis perwakilan terutama pengarah kak Toyyibah serta teman-teman Majlis Tertinggi program kerana memberi mandat kepada saya untuk mencuba dalam mengendalikan program yang dikira tinggi gak dalam kampus ni sebab anjuran majlis perwakilan tub..tub.. jadi timbalan pengarah.

Ini diceritakan sedikit pengalaman aku sepanjang aku mengendalikan gerak kerja program ini bermula dengan penangguhan sehinggalah kembali hendak melaksakan juga forum ni.

Memamg pada asalnya forum ini tak jadi kerana pada masa itu sudah tidak sempat untuk menjemput mana-mana ahli panel dan pada masa itu juga ust shahrul yang merupakan panel yang utama yang kami panggil kerana kecnderungan beliau dalam isu dalam forum ini.

Pada mula-mula inign mengambil tanda tangan ustaz, aku agak terkaku dalam berbicara dengan ustaz pasal program ini maklumlah tak biasa. selepas itu pengalaman pi amik kertas kerja kat pejabat Jabatan Pembangunan Mahasiswa (HEP). pun agak terkaku tetapi alhamdulillah lulus juga biarpun agak kelewatan.

tetapi masalah ahli panel lak. memang sebenarnya aku pun rasa takda semangat untuk meneruskan program ni sebab ust. shahrul tak dapat hadir dan selepas tu bincang dengan teman-teman program macam tak jadi he..he..

Akan tetapi pada suatu hari, kak toyyibah sekalu pengarah program menghantar sms kepada aku dengan meminta membuat mesyuarat untuk mencari keputusan adakah ingin meneruskan program ini atau tidak. Aku pun memanggil MT program untuk berbincang dan keputusannnya adalah pada hari rabu 20 hb jan 2010(rabu).

Keesokan harinya aku berjumpa dengan ust shahrul untuk menjumput beliau untuk jadi ahli panel, beliau kata saya tak dapat dan beliau mencadangkan hari khamis 21 jan 2010. Aku membawa tarikh cadangan ini ke pengarah dan ia diterima.

Hanya tinggal seminggu untuk forum ini berlangsung, pada hari selasa aku membuat perjumpaan dengan ketua-ketua biro untuk pembangian tugas, pedekatan aku pada masa itu dalam keadaan yang suntuk ini, hanya membahagikan kepada setiap biro apa yang perlu mereka buat tanpa berbincang apa-apa lagi.

Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar dan aku pun tidak menyangka kerana sedang mengendalikan mesyuarat program anjuran majlis perwakilan program dan ajk-ajk nya bukan mereka yang pertama kali mengendalikan program. dengan kuasa Allah aku boleh mengandalikan mesyuarat dengan serius (bukan ape aku ni suka main-main sebenarnya). Selepas semuanya jelas tentang apa yang perlu dilakukan, maka ajk memulakan tugas2 mereka.

Pada hari kamis (petang hari kejadian) aku menerima panggilan telefon oleh pengarah dengan marah mengatakan Ust Shahryol tidak tahu menahupun pasal dia kena jadi ahli panel malam ini pastu memo ditampal lewat lepas tu takada pengumuman di asrama.

Pada masa itu diri aku berasa lain dah, kepala terasa sakit, debaran mula terasa. Tetpi aku cuba menahan daripada stress kerana aku ini memang seorng pemarah bila tertetekan semua orang akan jadi mangsa. tetapi alhamdulillah aku mendapat kekuatan untuk mengawal diri dengan berpendirian setiap masalah akan diselesaikan segalanya ditangan Allah.

Untuk Ust Shahrul aku SMS kepada Acap, biro protokol bertanyakan mengapa surat jemputan tidak dihantar lagi. Beliau membritahu petang ini akan pergi jumpa ust. Untuk Pengumuman aku bertanyakan Hafiz, biro teknikal dan publisiti. Beliau pada masa itu ada kelas dan akan membuat pengumuman.

Apabila kali kedua pengarah menghantar SMS tentang pengumuman di asrama, aku membalasnya biask diatur he..he.. setelah beerapa jam , pengarah menghantar SMS "maner nyer pengumuman!!!" aku oada masa itu sedang menaip kertas surat menyurat untuk forum kalimah Allah, tersentak tetiba, nak buat macam mana. Aku terus SMS ke Habibah meminta beliau untuk membuat pengumuman.

Pada masa itu dia ada kelas, jadi kena tunggu abis, selepas habis kelas, beliau SMS kembali aku dan memberitahu pihak asrama tidak bagi buat kerana tidak membuat temu janji awal-awal. Seterusnya aku SMS kepada Hafiz, dai kata "ok". Memang pada waktu ini sedikit menguji emosi aku yang agak lemah ini.

Selepas itu, si Acap tadi SMS dan memberitahu ust shahrul marah sebab lembat memberitahu dia dan mintak soalan yang akan ditanya. Aku pada masa itu takdapat memberikan kertas soalan itu dan menyangkan pengarah sudah bagi kepada ajk nya sebab beliau sendiri yang mintak aku mail kan.

Acap SMS aku dan ingin berbincang di pejabat MPM kerana ust shahrul mungkin tidak dapat hadir. AKu kesana dan berbincang untuk mencari pengantin beliau. Pada masa itu aku sudah buntu hendah memanggil siapa yang boleh jadi peyung terjun dalam forum ini. Setelah lama aku berfikir, dan merasakan di hati ada yang pensyarah aku rapat yang dapat bantu aku. Tiba2 Allah mengingatkan akan aku kepada ust rosli semasa membelek nombor telefon dalam fon.

Lalu aku terus membuat panggilan kepada ust. Rosli, alhamdulillah beliau dengan mudah menerima jemputan ini walaupaun pada malam itu beliau ada urusan.

Aku memberitahu kapada Acap, sudah ada penggantinya. lalu aku kata program on, bukan apa pada masa itu timbul beberapa halangan kerana isu penampalan poster merata-rata yang menyebabkan kami akan disaman kedua, ada ugutan oleh seorang ustaz ingin mebatalkan forum ini kerana marah dengan MPM.

Tetapi pada masa itu hti ini cukp tenang dan taku teruskan persiapan.

Pada pukul lima semua ajk kene ke tempat kejadian untuk buat persiapan tampat. Sedang aku buat kerja, kak toyyibah call, "Syahiran kenape tak bagi lagi soalan kat ust shahrul?" paada masa itu aku terkejut sangat2 kerana inginkan ust tidak dapat datang.

Aku terus ke pejabat masjid untuk "print" soalan dan terus menelefon ust dimana, beliau menjawab dengan nada sedikit kecewa dan aku cuba juga kesana dan beranikan diri untuk berbincang.

Sampai disana aku melihat ust Shahrul berada dalam pejabat ketua jabatan Usuluddin, Sut Abu Zaki. Aku terus menegtuk dan masuk, dan reaksi ust pun tidak menampakkan reson positif. Tetapi aku percaya dengan pensyarah yang juga sebagai orng akademik, beliau bercakap dengan tetang, memberitahu masalah dan ketidak puasan hati dan menerima pandangan dan kesulitan yang aku hadapi.

Tetapi, beliau berkeputusan tidak dapat hadir kerana isu ini bukan main kerana perlu merujuk kitab untuk berhujah. pe yang beliau kata.. kalo saya datang, ada la.

Selepas itu aku ke masjid dan bersolat hajat kerana pada waktu kebuntuan ini sudah tiba untuk bertawakkan selepas berusaha untuk mencari jalan penyelesaian.

Pada malam kejadian, hati aku berasa ingin memberitahu kamal mustaqim selaku moderator untuk tambah soalan lagi kerana takut2 ust shahrul datang. Aku menyuruh Acap call balik ust tetapi tak dapat. Dalam hati aku rasa ust. takkkan datang dan mungkin beliau tidak mahu diganggu.

Alangkan terkejutnya sesudah Ust Rosli sampai dan aku membawanya ke tempat makan, ust Shahrul ada distu, aku menarik nafas lega kerana beliau datang, ust rosli pun dapat dan soalan pun si kamal sudah tampah, cantik laktu soalanya.

Pengalan aku sepanjang belajar disini, ini lah pertama kali aku jadi VIP dimana mengiring ahli panel masuk bersama muzik, dahulu aku hanya melihat orang je.

Satu lagi keajaiban, alhamdulillah hadirin agak ramai dimana kami hanya terget 20 orang sahaja tetapi ai melebihi itu biarpun ramai dari kalangan siswi.

Si kamal pulak mengendalikan forum cukup ceria titambah cara ust Shahrul dan Ust Rosli yang menyampaikan kekadang berbentuk jenaka serta sorang ahli panel perempuan dari EXCO persatuan kebangsaan pelajar islam malaysia (PKPIM) ynag banyak berkongsi Input.

Pada masa itu juga aku tak menyagka aku duduk di kerusi VIP bersebelahan ust Subari Dekan Jabatan Pembangunan Mahasiswa (JPM). siap berbual lagi hi..hi..

begitulah akhirnya forum yang berjalan dengan lancar dengan komitmen ajk yang berperanan masing2.

Aku bersyukur sangat2 kepada Allah swt kerana memakbulkan doa aku..pada masa duduk didepan haii aku sebak mengenangkan konfik yang berlaku petang tadi dan akhirnya kepada sesempurna sebegini.

Saya juag memohon maaf kepada Ust Shahrul Azman, Ketua Jabatan Dakwah diatas kesulitan yang berlaku. Aku anggap ia satu proses pembelajaran tak rasmi.

Kepada Ust Rosli bin mokhtar, pensyarah jabatan Syariah, terima kasih kerana sporting biarpun menerima panggilan last mint.

Kepada kak toyyibah sekalu pengarah, terima kasih kerana memberi peluang dan tidak maraha sebagaimana kak marah kat org lain :)

dan kepada AjK terima kasih kerana memberi kerjasama kepada saya unuk menjayakan forum ini biarpun pelbagai masalah yang timbul.






Pada hariJumaat iaitu 16Januari2o1o yang lalu, Aku ke Pusat Kovensyen KUIS untuk menyaksikan penyampaian Anugerah Sinar Aspirasi Mahasiswa KUIS 90/10.

Anugerah ini diberikan kepada kelab dan persatuan serta mahasiswa yang aktif dalam menceburi pelbagai program serta persatuan-persatuan yang hidup dengan membuat aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada penghuni kampus.

Aku tiba kelewatan sedikit kerana menyelasaikan ususan membasuh pakaian dengan menggunakan mesin basuh he..he..

Tujuan lain aku hadir ke anugerah ini selain melihat mereka yang mendapat anugarah yang paling aktif, aku juga ingin melihat teman sebilik naik kepentas, menerima anugerah persatuan bawah jabatan terbaik dimana Nuaim merupakan YDP Persatuan Mahasiswa Syariah Undang-Undang KUIS.

Kehadiran mahasiswa pada malam itu tidak lah meriah lebih-lebih lagi merusi lelaki yang cukup ketara kosongnya, aku sorang2 duk depan sambil mengambil gambar.

Bagi Aku, anugerah ini sihat untuk memberi motivasi kepada mahasiswa supaya bergiat dalam aktiviti Outdoor atau diluar kuliah bagi menambah kemahiran dalam mengurus organisasi disamping saling kenal-mengenali dengan teman-teman yang berlainan bidang selagi tiada unsur-unsur yang tidak beradab didalam sistem pemilihan penerima.






Dalam isu ini aku tidak mudah muntuk menyangkal atau menyokong daripada pandangan-pandangan daripada mana pihak Islam mahu pun Kristian. Aku berpendirian bahawa dalam sesama Islam, mesti tidak lari dari perbedaan pandangan, oleh yang demikian aku lebih suka menumpul pandangan-pandangan dari pada semua pihak.

Segala hujah-hujah mereka aku akan mengambil kira dan begitu juga hujah daripada pihak Kristian sendiri. Yang penting skali fakta ataupun sumber daripada Al-Quran dan Sunnah tentang isu berkaitan perlu dijelaskan dahulu.

Selepas itu merujuk pula dari segi syariat, Waqi' (Setempat), U'ruf(Budaya) dan juga undang-undang negara disamping mendapat pandangan daripada ilmuwan yang dalam bidang-bidang yang berkaitan dengan diatas tadi.

Selepas mengambil kira daripada setiap sumber tadi barulah aku mengalanalisis dengan merusmuskan kesemua fakta-fakta serta hujah dari pelbagai pihak serra cendikiawan.

Aku terkejut bila dalam kelas Taiyyarat Assufiyyah, Pensyarah yang mengajar menanyakan isu ini kepada teman-teman sekelas bagi mendengar pandangan. Aku cukup setuju dengan tindakan ust, kerana sebelum itu aku sudah berbincang beliau tentang sola ini dan dalam masa yang sama juga ada beberapa teman di kelas sudah menanyakan soal ini kepada Ketua Jabatan Usuluddin selepas aku mencetus kan kepada mereka isu ini sebelumnya.

Akan tetapi aku cukup terkilan bila salah seorang teman sekelas mengatakan aku tak'sub, tetapi aku tidak mengerti apakah dengan tindakan aku ingin belajar sesuatu yang baru dengan mendengar pandangan semua pihak, aku di tuduh ta'sub? sedangkan aku tidak terikat dengan mana-mana pandangan.

tetapi tidak mengapa aku tetap maaf kan kalian kerna Allah menyatakan dalam Al-Quran "Katakanlah(wahai Muhammad) adakah sama orang yang berilmu/tahu dengan orang yang tidak berilmu/tidak tahu tahu.... daripada ayat ini Allah SWT sengaja menanyakan manusia kerja jawapannya menang di ketahui manusia kerna sengaja menyuruh berfikir.

Pada malam ini (selasa) aku akan ke UIA untuk mendengar syarahan daripada Dr. Farid Syahran (pensyarah di Kuliah Usuluddin UIAM) yang dianjurkan oleh teman-teman dari Intellect Youth Club (IYC).

dan Jika diizin kan pada 19 Jan 2010 bertempat di masjid Al-Azhar akan diadakan juga forum ini yang dianjurkan bersama ILMUWAN KUIS(ikatan Ilmuwan Muda), Majlis Perwakilan Mahasiswa dan beberapa kelab lain.

Ingan berfikir sebelum bertindak, jadilah mahasiswa yang penanalisi dan keratif dalam membuat keputusan bukan terikat dengan mana pihak atau pemimpin dalam organisasi.


Hari ini selepas sahaja aku bertolak dari UKM, aku terus menelefon teman di kampus untuk ke masjid Wilayah Persekutuan, jalan Duta KL. aku bersama teman bertolak dengan motosikal lebih awal kerna ini sampai sebelum masuk waktu solat Jumaat (Zohor).

Tujuan ku kesana adalah bagi memberi sokongan dalam perhimpunan aman yang membantah keputusan mahkaman tentang membenarkan kalimah Allah digunakan bagi penganut Kristian.

Aku bersama2 pimpinan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) berkumpul di hadapan masjid yang turut dihadiri Pri Bumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dengan melebarkan sepanduk bantahan serta membuat beberapa laporan kepada pihak media dengan proses temuramah dengan SU Agung PKPIM iaitu Kahirul Anwar Musa dan PERKASA Perlis Encik Ariff dan ia disiarkan dalam buletin TV3( Muka aku masuk wooo...)