Klip Pilihan
Laman Utama
-
Luaskan Peranan Mahkamah Syariah Untuk Pengharmonian Dua Bidang Kuasa - Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan M...9 years ago
Beginikah Umat Islam?
Sukur Alhamdulillah pada 8ogos telah berlangsungnya perkahwinan mantan Timbalan Presiden PKPIM Saudara Abdul Muntaqim atau Abg Naim dirumah permaisuri pilihannya di Rawang.
Aku bersama saudara Fahkrul presiden APIS dan beberapa rakannya ke rumah abg naim selepas seminar kongress pelajar yang kebetualan diadakan pada 7,8,9 ogos 2009.
Ucapan tahniah dan selamat pengantin baru kepada Abg naim dan akhirnya aku dapat juga melihat siapa isterinya yang sebelum ini aku selalu mendesaknya suruh kawin he..he..
Semoga rumah dan tangga anda di rahmati Allah dan bahagia berkekalan hingga keakhirnya...
Aku bersama deligasi dari ngeri iaitu YDP Ust Faisal, TYDP Abg Khairul Anuar Ibrahim, SU Alami, PSU Abg Afzan TYDP ABIM Kota Bharu Abg Abdullah Nawi, Ust Che soh dan Ust Che Wei dari ABIM Pengkalan Chepa, serta beberapa orang exco negeri iaitu Ust. Amin, Kak Syikin, Kak Suhaida dan termasuk aku. Mana kala pemerhati saudara SaifulIslam, Saudari Syazwani (PPIK), Saudari Shahida (PPIK) dan Zul Amin (PPIK)
Aku bertolak pada petang jumaat kerana terpaksa menyelesaikan beberapa tugasan kerana pada hari itu masih ada kelas dan ada beberapa temu janji.
Setibanya di KL Sentral aku bertemu beberapa sahabat dari pimpinan PKPIM yang baru sahaja ditemu-ramah oleh pihak Malaysiakini termasuk abg afzan dan saudara Zulamin yang kebetulan menginap di sekretariat PKPIM.
Selain itu disana juga ada ABIM dari sabah yag baru tiba dan beberapa kakak yang turut ingin ke sana.
Aku bergerak bersama-sama mereka kecuali pimpinan PKPIM tadi, Abg .Afzan dan ZulAmin kerana mereka ada urusan lain yang perlu diselesaikan.
Aku dan kawan-kawan yang lain selamat tiba di masjid Sultan Alam Shah untuk makan malam dan pada masa yang sama sedang berlansungnya diskusi.
Selepas habis program pertama aku terus ke tempat menginap di Sekolah Menengah Tg. Ampuan Jumaah. Pada masa aku sampai, rombangan dari ABIM kelantan masih belum sampai kerana ada masalah.
Aku megucapkan tahniah kepada pimpina baru serta presiden baru Ust. Razak Idris yang juga orang Kelantan (Wakaf Baru) dimana beliau sebelum ini merupakan pensyarah Usuluddin di UKM dan pada bulan oktobor nanti akan menghabiskan pengiannya di peringkat PhD di Malbornd.
Berikut adalah barisan pimpinan ABIM Pusat 09/10 :
Naib Presiden Kebangsaan : Ahmad Saparuddin Yusup
Naib Presiden Antarabangsa : Khairul Faiz Morat
Naib Presiden HELWA : Fadhlina Siddiq
Setiausaha Agung: Muhd Raimi Abd Rahim
Setiausaha Kewangan: P Aizan Tukirin
Penolong Setiausaha Agung: Maria Kamel
Ketua Biro Dakwah: Naim Mohd Noor
Ketua Biro Penerangan: Mohd Hilmi Ramli
Ketua Biro Pembangunan Sosial: Akmal Hisham Abdul Rahim
Ketua Biro Penyelidikan: Fauwaz Hasbullah
Ketua Biro Penataran: Abdul Razak Aripin
Ketua Biro Pendidikan: Dr Haslinda Abdullah
Ketua Biro Ikhtisas: Dr Mohd Mahyudi Bin Yusop
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Kesihatan): Dr Saifullah Al-Hany Abdul Halim
Ketua Biro Tugas-tugas Khas (Latihan): Noryzal Zainal Abidin
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Perhubungan Antarabangsa) : Jufitri Joha
Selepas itu aku ke Kajang untuk membeli tiket balik raya dan alhamdulillah ada yang kosong iaitu pada 18 september 2009 dan aku mebali ke KUIS untuk mesuk kelas disebelah petang. Sebelun itu aku makan tengah hari sebelum masuk kelas.
Apabila selesai makan aku terus bergegas tempat motor aku untuk ke kelas tetapi tiba-tiba aku tengok pehal lak ramai pelajar berduyun-duyun ke Pusat Konvensyen KUIS (PKK) aku blur seketika sambil memerhatikan keadaan.
Aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dan aku bertanya dengan mereka yang lalu-layang mereka cakap semua pelajar kena pi taklimat H1N1. Masa itu terdetik dalam hati" hmm.. die mai dah...". sebelum ini KUIS bising dengan Denggi je kerana Bandar Sri Putra merupakan kawasan tertinggi Denggi.
Lalu aku sertai dalam himpunan itu dan mendengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Timbalan Rektor HEP Ust Khairi. Beliau mengistiharkan bahawa pada jam 5petang pada 4Ogos (hari ini) sehingga 10Ogos, premis KUIS akan ditutup atas dasar ramai pelajar-pelajar yang mengidap demam dan diarahkan oleh kementerian kesihatan Malaysia untuk tutup.
Dalam fikiran aku ada kebaikan dan ada keburukan, yang baiknya aku boleh siapakan slide perbentangan dan juga ujian subjek Firaq yang pada asalnya pada 10 ogos, aku juga boleh menumpukan sepenuh perhatian kepada persiapan aku dalam Muktamar PKPIM pada hujung minggu ini.
tetapi keburukkannya banyak silibus pelajaran akan tertunggak mungkin buka nanti akan banyak kelas ganti pada waktu siang dan malam.
Pada malam itu ini aku bercadang untuk ke Gombak untuk membuat persiapan muktamar PKPIM.
Syukur alhamdulillah dengan kuasa Allah laptop aku kembali boleh digunakan walaupun skrin masih lagi tak dibaiki lagi. Ingat lagi semasa mula-mula aku adapat tahu laptop aku rosak, pada masa itu aku merasa "blur" tak tahu nak buat ape dengan duit yang tidak mencukupi aku hanya mendiamkan diri.
Mujurlah aku dapan meminjam dengan kawan di UKM, dapatlah aku menyelesaikan beberapa perkara seperti asignment, tempahan design dan juga kerja-kerja muktamar MPAT PKPIM.
Pada suatu hari, tak tahu mengapa aku merasakan untuk menekan butang memasang laptop, lalu aku menekannya dengan dipasang kepada monitor dan disusun rapi wayarnya, tiba-tiba monitor bernyala dan mengeluarkan gambar ACER.. wah.., terperanjatnye aku.. dan boleh bukak..
Aku menunggu sehingga hadis Loading, dan selepas itu aku semak segala fail penting yang ada dalam nya, wah.. masih ada.... asimen aku.....projek aku......
tetapi aku kembali blur kerana... kenapa laptop ni mati secara tiba-tiba dan hidup secara tiba-tiba? aku mengatakan mungkin ia ujian bagi aku, lalu aku biarkan persoalan itu berlalu.....