Baru-baru ini iaitu pada 14 November 2009 aku pelawa untuk menjadi fesilitaor dalam program SMART Solat anjuran
Persatuan Mahasiswa Usuluddin, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).
Program ini diadakan di surau muhajirin, Bukit Mahkota, Bangi yang memberi sasaran kepada adik-adik diperigkat rendah dengan kehadiran seramai lebih kurang 30 orang.
Bemula 8.00pagi sehingga 6.30 petang, peserta kem ini di ajar untuk mengenal, memahami serta memantapkan solat sebagai tunggak kepada agam Islam serta penganutnya.
Program dimulakan dengan Ceramah tentang kepentingan solat yang disampikan oleh teman aku, iaitu saudara Farhan (Pa'an) yang juga selaku pengarah program.
Seterusnya peserta di bahagikan kepada beberapa kumpulan kepada fesi yang ada dan juga mengikut jantina.
Aku memegang 2 orang peserta untuk mengajar cara-cara solat dan menghafal bacaan dalam solat yang wajib dibaca.
Biar pun bagi aku agak sukar untuk mengajar mereka ini dalam memahami lepentingan solat, tetapi telah menjadi tanggugjawab kita sebagai orang ISlam yang akan terus berpesan-pesan kepada kebenaran dan juga kesabaran.
Apabila aku teringat akan keadaan anak muda sekarang yang sengaja meninggalkan solat malah ada yang tidak pernah bersolat, lalu jiwa ini menjadi semangat untuk mendidik peserta ini selama dalam program ini untuk memahami solat.
Majlis penutupan disampaikan oleh Ketua Jabatan Usuluddin, KUIS, iaitu Ust. Abu Zaki B. Ismail bersama-sama imam surau dan juga pengarah program.