Klip Pilihan
Laman Utama
-
Luaskan Peranan Mahkamah Syariah Untuk Pengharmonian Dua Bidang Kuasa - Isu perundangan Syariah sering kali berhadapan dengan pelbagai cabaran yang berat lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan pertindihan bidang kuasa dengan M...9 years ago
Beginikah Umat Islam?
[ Baca Seterusnya ]
Alhamdulillah syukur kehadrat illahi kerana sekali lagi pada tahun ini telah meanugerahkan nikmat Idulfitri yang penuh bermakna bagi ku berbahagia bersama keluarga, bertemu sanak saudara dan beramah mesra dengan sahabat handai yang jarang-jarang dapat diketemui. Bagi aku Idulfitri tahun ini mempunyai keistimewaan serta sedikit kekurangan , itu bukan masalah bagi aku untuk menggunakan kesempatan ini bagi mengeratkan ukhuwwah sesame Islam dan kaum kerabat walaupun kakak yang sulong tidak bersama-sama dan beliau beraya bersama keluarga suaminya.
Majlis Hari Raya yang di adakan pada 3 Syawal 1429 H /2 Oktober 2008 bertempat di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu, Kelantan dianjurkan oleh Markaz Siswazah Kelantan ( MSK ) ini dinamakan Aidilfitri Mahasiswa Kelantan. Aku datang bersama dua orang teman iaitu Mustaqim dan Rahaizad.
[ Baca Seterusnya ]
[ Baca Seterusnya ]
UIAM, 29 Ogos 2008 - Empat ahli panel dalam satu program Dialog Pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) bersepakat dan sekata bahawa AUKU merupakan undang-undang 'drakonian' yang memenjara kebebasan mahasiswa. Dialog tersebut juga mencatat sejarah tersendiri apabila buat pertama kalinya UIAM menemukan ahli Parlimen daripada 3 parti politik -UMNO, PKR, PAS dan seorang wakil pelajar
[ Baca Seterusnya ]
[ Baca Seterusnya ]
Program sebegini dianjurkan sempena hari kemerdekaan yang akan tiba supaya memperingati perjuangan generasi pada zaman itu. Sketsa ini di sertai mengikut wakil falkulti dan di peringkat akhir ini hanya kumpulan sahaja yang berjaya iaitu Falkulti Sains Dan Teknologi dan Falkulti satu lagi saya tak pasti.
[ Baca Seterusnya ]
Kami keluar berjalan kami daripada rumah dan apabila sampai di tempat pasar malam, seperti biasa proses tawaf selama berkali-kali sambil meng “usya2” sebelum membeli makanan dan mencuci mata. Tetapi tiba-tiba kami terdengar suatu suara yang memanggil dengan ayat yang sungguh mengejutkan suaru itu melaung-laungkan “ Durin-durian RM10…10biji”!!!
[ Baca Seterusnya ]
Bukan mudah untuk membina sebuah rumah jika setiap sudut dibuat bersendirian, dan ia mesti memerlukan ramai pekerja dan tenaga yang bersemangat dan memahami matlamat rumah jenis apa yang hendak di bina.Tetapi jika para pekerja atau kontraktor.
Dalam artikel ini aku ingin memberitahu sesuatu tentang harapan aku sebenarnya tentang sahabat-sahabat seperjuangan dalam gerakan kampus. Hasrat aku itu tidak terkeluar bila bersama-sama mereka malah dalam mesyuarat juga aku kadang-kadang terlupa tentang hal ini, mungkin aku berasa cukup-cukup teruja sampaikan tak terkata dengan mereka.
[ Baca Seterusnya ]
Pada hari ini hati ini berasa sesuatu yang tidak kena, aku terrus mencari dimana puncanya. Alhamdulillah aku diberi petunjuk dalam sembahyang yangmana Allah telah membuatkan kata hati ini bersuara.
[ Baca Seterusnya ]
Pada 22mei 2008, macam orang-orang muda yang lain, kami juga turut tidak terkecuali untuk merayap waktu malam, paham-paham saja la bila tinggal di luar kampus. Saya, Din.Suhaimi Dan Zubair keluar pada pukul 2pagi ke kedai Mamak Hj.Tapah untuk tengok bola.
[ Baca Seterusnya ]
Setelah seminggu berinduksi untuk fesilitator, seterusnya tugas pula dijalankan dalam program Minggu ta'aruf. Saya dipilih untuk menjadi Ajk Biro Teknikal & Persiapan, yangmana biro ni berfungsi sebagai membuat persiapan untuk sesuatu majlis atau program, seperti bahan-bahan teknikal atau siaraya, persembahan multimedia dan alatan-alatan keperluan lain.
[ Baca Seterusnya ]
Semester 3 sudah bermula, hari ini pendaftran "Course" dan penginapan. Apa yang ingin saya nyatakan disini iaitu saya tidak tinggal diasrama kerana saya telah menyewa rumah dengan 7 orang sahabat. Saya menyewa rumah Vista (lebih kurang rumah Flat dan apartment) di Bandar Baru Sri Putra Mahkota.
[ Baca Seterusnya ]
Pada 25 april 2008,saya telah mengahadiri Majlis Mandi Minyak, Anjuran Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia (PSSPGM) yang diadakan di rumah Pengerusi PSSPGM Kota Bharu , Encik Agos.
Majlis ini bermula pada pukul 9.30pagi dengan acara memasak santan untuk mendapatkan minyak untuk digunakan dalam majlis ini yang di kendalikan oleh 3orang jurulatih termasuk saya dan dibatu oleh pesilat-pesilat dari Maahad Tahfiz Al-Amin PUBIMAS dan Maahad Pengajian Islam (MPI).
Menjadi Urusetia Di Perkhemahan Perdana Briged Bakti ke 14/2008
0 comments Posted by SyahiranMuhd at 2:39 PMPada 13-17 April 2008, saya menjadi urusetia Perkhemahan Perdana Pasukan Kadet Briged Bakti Negeri Kelantan, bertempat di Kem Pengakp Pusu 40,Pasir Mas,Kelantan (Kem Panglima). Perkhemahan ini disertai sebanyak 700 lebih peserta dari seluruh Kelantan yang mewakili 9 PPD (Pejabat Pelajaran Daerah) dan 2 YIK ( Yayasan Islam Kelantan).
[ Baca Seterusnya ]
Dah berbulan berlalu, kenangan dalam Program Khidmat Desa (ProKhiD) anjuran Dewan Pemuda Masjid Malaysia (DPMM),pada 13-16 Disember 2007, masih segar dalam ingatan,yang menjemput mahasiswa Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor(KUIS) untuk menyertai program itu. pada hari itu saya yang berasal dari ceruk desa negeri Kelantan Darul Naim ini tak menyangka dapat hidup beberapa hari dalam keluarga masyarakat Negeri Sembilan (N.9) darul Khusus yang 100% mengamalkan adat pepatih.
[ Baca Seterusnya ]